"Sahira?"
"Kai"
"Kai"
Aku dan Jayven sebut nama kai pada waktu yang sama. Terus aku berpaling pada dia. Dia kenal mamat ni?
"Kau buat apa kat sini?" laju je tangan dia tarik aku ke belakang tubuhnya. Menjauh dari Jayven. Tak semena-mena wajah aku tersembam kat situ. Nasib bukan bau peluh tapi bauan haruman wangi downey.
"Hantar sahira balik"
"Terima kasih sebab hantar dia sampai sini. Bye" dia pusingkan tubuh dan terus angkat dan letak aku atas bahu dia. Dengan terkejut beruknya aku tambah tudung dah nak terselak campur si Kai yang angkat aku lepastu terus blah tinggalkan Jayven. Mana satu aku nak cover?
"Kai. Turunkan aku sekarang" senak perut aku atas ni lama-lama. Dia akhirnya turunkan aku dibawah lampu jalan.
"Kenapa-"
"Sebab aku cemburu"
Dalam sekelip mata dia mendekatkan dirinya dengan aku dan dia-
Cium aku.
Aku tampar dia. Saat dia terjeda, aku terus pergi tinggalkan dia.
□●□●□
10 missed call from Kai
Aku matikan phone. Kerja aku terganggu. Dari subuh tadi dia cuba call aku banyak kali tapi tak satu pun aku angkat. Aku berura-ura mahu ke bahagian kaunter tapi terbantut apabila figura Kai di sana yang sepertinya sedang mencari aku. Mujur aku sedang berada dekat dengan pintu masuk.
Laju aku meloloskan diri ke kedai game sebelah dan berjumpa dengan Jayven. Dari eksperinya aku tahu dia tertanya-tanya kenapa aku ke sini. Kelibat Kai menyentakkan tubuh aku untuk terus mencangkung berselindung dibalik kaunter disebelah Jayven yang sedang berdiri.
"Wake up. He's gone now" aku mendongak melihat Jayven sebelum perlahan-lahan berdiri. Aku hembuskan nafas lega.
"Gaduh?" dia bertanya.
"Something like that" cuma aku yang mahu mengelak dari berjumpa Kai. Jika dia mahu minta maaf sebab semalam, bukan sekarang. Aku tak nak jumpa dia atau tengok muka dia.
"Tell me what he did to u, im sure gonna smack his ugly face"
Aku pandang wajah dia sambil tersengih. Sepertinya Jayven amat kenal dengan Kai. Mereka berdua sepertinya saling mengenali. Apa mereka ada hubungan keluarga atau bekas kawan baik? Ada kemungkinan besar ya sebab Jayven dan Kai sama-sama berbangsa cina dan mungkin datang dari sekolah rendah yang sama.
"I cant tell u. Saya nak balik ke kedai. Thank you for helping and see ya" perlahan-lahan aku mengorak langkah keluar sambil melambai tangan padanya. Dia tersenyum nipis dan melambai semula.
"Curi tulang eh. Mentang-mentang boyfriend kat kedai sebelah je" di pintu masuk aku ditegur oleh kak Nisa.
"Bila masa?" tanpa menghiraukannya lagi aku terus masuk ke dalam dan lakukan kerja-kerja yang tergendala. Fikiran orang-orang sekarang. Rapat sikit dikata kapel, pendiam dikata sombong.
Dari semalam aku silentkan phone. Mana tidak, malam semalam saja hampir 20 kali Kai cuba call tapi aku tak angkat dan kemudian dia spam chat. Nak kata aku marah pasal semalam, ya. Sikit. Sekarang ni aku nak buka phone pun takut.
□●□●□
Aku berjalan pulang sendiri. Jayven tak dapat nak temankan aku balik harini disebabkan ayahnya mahu dia terus pulang ke rumah dan aku bersyukur tentang itu. Aku juga baru tahu Jayven datang dari keluarga yang kaya, baru tadi driver ayahnya datang menjemput dia pulang.
YOU ARE READING
cafuné
Novela JuvenilKang Minhee as Muhammad Kaif Shaahir Zhong Park Jihoon as Aideen Damien Lee Daehwi as Danish Amshar Choi San as Syahiran Muhammad .. P/s : maaf untuk penggunaan ayat atau peneranganya tah apa-apa sebab aku pun tak tahu apa yang aku mengarut :")