twenty one

1.2K 224 96
                                    

seohee berpusing pusing lagi di dalam bilik tersebut. bila dah dapat peluang ni, apa lagi, terus selongkar lagi la. lantas dia membuka laci laci yang ada. laci pertama dibuka, matanya terus tertancap pada sekeping gambar. gambar dia bersama seoyeon.

dahinya berkerut kerut, cuba untuk menganalisis situasi. kenapa seonghwa simpan gambar ni pula? gambar tersebut dipusing, ya tahu klise tapi memang betul ada tulisan di belakangnya.

i'm sorry, seoyeon. maaf kerana gunakan awak.

"apa maksud dia ni?"

"dia gunakan seoyeon..?"

kemudian dia menyelongkar lagi benda yang ada di dalam laci. sepatutnya dalam tu ada gambar seoyeon, tapi lain pula jadinya. yang ada dalam laci tu semua gambar seohee. bukan gambar sewaktu mereka dah berkahwin atau dah berkenalan tapi gambar seohee semasa dia masih belasan tahun dan sebelum dia kenal seonghwa lagi. masalahnya gambar tu kelihatan diambil secara sorok sorok.

"macam mana boleh jadi macam ni?"

-

"apa maksud ni?" seohee menayangkan gambar yang diambilnya dari dalam laci di hadapan seonghwa.

"gambar awak dengan seoyeon. kenapa?"

"baca ni!"

lantas, yeosang baca juga dalam diam. keluhan berat keluar dari mulutnya. akhirnya seohee dah tahu tentang tu. perkara yang seonghwa jaga daripada dulu akhirnya dapat diketahui oleh seohee.

"aku jumpa banyak lagi gambar aku masa aku tak kenal dia, masa aku belasan tahun lagi pun ada. mana dia dapat gambar aku semua tu?"

"dia kenal awak jauh sebelum awak tahu kewujudan dia. dah lama dia perhatikan awak"

"habistu seoyeon? takkan seoyeon tu bertepuk sebelah tangan je?"

"ya, dia gunakan seoyeon untuk kenali awak dengan lebih rapat. tapi awak dengar dulu, seoyeon dah tahu tentang ni tapi dia diamkan. dia tahu lelaki yang dia suka tu sayangkan kakak dia, sebab tu dia diam"

"kau jangan nak mengarutlah, yeosang! macam mana dia boleh kenal aku pula?"

"ada beberapa kali dia terserempak dengan awak sebelum ibu bapa awak meninggal dunia. lepastu awak terus hilang dari radar, sejak tu dia tahu dia dah mula sukakan awak dan dia cari maklumat tentang awak. dan ada lagi satu saya nak bagitahu awak"

seohee diam, dia beri peluang kepada yeosang untuk bercakap lagi. sungguh, hatinya sakit bila memikirkan betapa terseksanya perasaan seoyeon sewaktu mengetahui perasaan sebenar seonghwa.

"seonghwa tak pernah jadi lintah darat. dia tak suka buat kerja macam tu. lintah darat tu kan suka belasah orang kalau tak bayar hutang. dia sengaja je cakap macam tu dekat awak. hutang seoyeon tu sekadar alasan untuk dia terus berhubung dengan awak. dia tahu awak cukup bencikan dia, sebab tu dia buat alasan macam tu. seoyeon tak pernah berhutang apa apa dengan dia"

"habistu dia kerja apa sebelum ni?"

"kafe tu. dia uruskan segala galanya tentang kafe tu dari awal sampai akhir. dia minat melukis, tapi family dia halang dia daripada teruskan minat tu. kafe tu segala galanya bagi dia.. dan akhirnya dia serahkan kafe tu kat awak. besar pengorbanan dia, cuma awak yang tak nampak"

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now