Bilik B-05 suasananya tegang apabila semua orang diam dan tidak memberi pejelasan pada walid.
"Why kaklong selalu menyusahkan walid. Sedangkan minggu yang lalu kaklong punya masalah pun belum reda?"
Turun naik nafas walid. Aku mengusap lembut dada walid untuk memberinya tenang. Ummi diam menunduk lantai, kecewa dengan sikap anak daranya lagi satu.
Aku memandang Naufal tanpa perasaan, hati aku retak bagai dihiris dengan pisau.
"Naufal yang bawak kaklong ke sini"nafinya. Macam Naufal mabuk pula ye semalam. Naufal tersenyum sinis dan memandang aku untuk memberikan keterangan.
"You buat lawak apa ni? Nurul Natasya semalam you mabuk tau, you jangan nak membongak. I know everything" Tasya terdiam. Badan Naufal yang tanpa seurat benang ditumbuk kuat.
"You tipu.. you janji nak jaga i. Nak kahwin dengan i but now? You tak buat apa apa perancangan pun dengan my parents"
"Bila masa? I said kalau ada jodoh adalah. You jangan nak putarkan belit cerita boleh? Sekarang ni kita dalam masalah 'why you must do this all'?"ujar Naufal sinis.
Aku masih menahan sebak. Imran yang baru saja datang terus ke arah aku. Dia saja yang tahu cerita sebenar aku dan Naufal.
"Kakngah?"soalnya risau. Aku memeluk Imran sekuat yang mahu dan menangis di dadanya.
Semua orang melihat aku pelik kecuali Naufal. Dia tahu yang aku kecewa dengan sikapnya sekarang.
"Kakngah enough. Achik here to you" bisiknya.
"Em Imran dengan kakngah turun dulu."sempat Imran membuat isyarat mata kepada Naufal supaya menyuruhnya men-settlekan hal ini secepat mungkin.
"Walid nak kamu berdua kahwin. Tutup kes, walid pun tak dapat malu" walid terus keluar diikuti ummi.
Kaklong tersenyum menang. Naufal yang mendengar hal itu terus tersentak.

YOU ARE READING
Demi Kita
AcciónApabila walid menguasai semuanya, pasti tiada yang akan mampu menentang. Hanya air mata saja menjadi saksi setiap hari bahawa aku masih menyayanginya walaupun dia akan menjadi milik kaklong juga. "Naura, tolong walid ye. Tolong walid buat Naufal jat...