-2

56 6 0
                                    

Aku mengerutkan dahi tak paham.

" halmonie, kan kita keluarga Kang apesal nama haraboji ong? " halmonie tersenyum melihat aku.

" Daniel, kamu tau negara Malaysia? " aku laju mengangguk.

" jadi ada sorang coach bola sepak kat Malaysia tu muka dia sebijik dengan muka haraboji kamu, nama pun sama. Cumanya yang coach tu Ong, haraboji kamu Kang. Oleh kerana dia minat coach tu, dia tukar nama dia jadi Ong. " aku mentafsir segala perkataan yang keluar dari mulut halmonie.

" oooo " tu je yang tekeluar dari mulut aku. Nanti aku cari siapakah coach yang di idolakan oleh haraboji tu.

" halmonie, niel bosan lah kat busan ni. "

" dah nama pun busan menang bosanlah kamu. " halmonie berdiri dan bergerak ke dapur.

" haa meh sini. Halmonie buatkan susu coklat panas. "

" yeah yeah susu coklat! " aku melompat sambil menepuk tangan. Apa? Biarlah macam budak ii sekali pun. Mesti korang tengah bayangkan aku en? Alaaa ngaku jelah.

" hah apesal berdiri kat sana tu? Meh sini minum. " laju kakiku melangkah ke dapur.

" kemain laju halmonie buat susu coklat panas ni " aku menarik kerusi di sebelah halmonie.

" haih. Kan kamu sendiri yang belikan alat buat air tu. Halmonie dah tau lah cara guna dia. Sekarang semua hujung jari je. " aku tersenyum melihat halmonie.

" Niel bersyukur sebab masih ada halmonie. " halmonie tersenyum kearahku.

" tapi, kamu mesti balik jenguk omma kamu. Halmonie ni bukan robot yang boleh hidup selama lamanya. Sedangkan robot pun boleh rosak. Halmonie ni dah tua niel. "

Dalam diam aku mengiyakan kata ii halmonie tu.

" biarpun kita ni dari keluarga Kang yang kaya, tapi ada masanya kita jatuh juga. Ada baiknya kamu cari kerja. "

" nanti niel carilah demi halmonie " aku genggam tangan berkedut halmonieku.

" sekarang pun niel boleh pergi. " aku segera berdiri.

" disebabkan niel bosan biarlah niel jalan ii dulu. Manatau terjumpa kerja kosong kan? "

Halmonieku sekadar mengangguk perlahan.

" pergilah. " Katanya sepatah.

" halmonie ok ke niel keluar ni? " halmonie ketawa kecil.

" selama ni pun halmonie sendiri je. " aku tersenyum lalu mencium dahinya sekilas.

" bye halmonie "

" bye. Hati hati tau "

🍃

Setelah puas berjalan aku ambik keputusan untuk berehat di tepi Tasik.

" haa. Yerin ah. Awak kat mana? Tak kesian kan saya? Sampai macam ni awak tinggalkan saya. " aku menggenggam erat iPhone ku.

Buk!

Segera aku menoleh. Macam ada bunyi orang jatuh tadi.

Ehh iyalah.

Segera aku berlari mendapatkannya.

" yaa gwenchana? " aku menepuk nepuk pipinya. Anak siapa pula yang pengsan kat tengah jalan ni?

Dengan segala kudrat yang ada aku mengangkat tubuh tu ala ii ' bridal style ' dan membaringkannya di kerusi yang aku duduk tadi.

" arghh! "

" omma kapchagiya! " aku mengurut dadaku. Ya ampunn manusia ni. Aku buang kat tasik kang kena tangkap pula.

Cinta yang dibluetick S2 ✅Where stories live. Discover now