-5

25 5 1
                                    

Lepas dah 10 aku pusing ii cari parking finally kali ke 18 dah dapat !

Cepat ii aku naik lif . baidewei . diorang di tingkat berapa eh ? Aku chat Tae dia belum balas lagi .

Tung Tung !

TaeTheGucciLovers
- 6 bilik 9 .

Tanpa membalas chat tu aku menekan butang 6 .

Tung Tung !

Aish siapa lagi yang chat ni ?

TaeTheGucciLovers
- kau bluetick je aku ? Paiti . "(

Terimbas kembali kenangan lama . aku suka bluetick orang . sampaikan cinta orang lain pun aku bluetick . kejam sangat ke aku ?

Niels
mianhei 😂 -

Ehh dah fokus . cari bilik 9 .

Tengah seronok ii cari bilik 9 aku Langkah kakiku terhenti di bilik 8 . macam kenal .

Daehwi ke tu ? Buat apa dia kat hospital Busan ni ? Tapi dia tak pandang belakang lah . aku nak pastikan yang itu Daehwi atau bukan .

" Daniel !! " terus aku berpaling kearah suara tu .

" sini !! " Jimin menjerit lagi . ehh buang tebiat budak pendek tu . siap jerit ii kat dalam wad lah pula . ganggu pesakit lain je kerjanya .

Kan apa aku cakap . tak pasal ii kena marah dengan nurse .

" kau pahal jerit ii . ni hospital bukan stadium . " aku ketawa kecil .

" dah kau berhenti kat situ, so aku jeritlah . "

Aku nampak Tae sedang temankan Jungkook di dalam .

" aku bukan apa . aku macam nampak kawan aku tadi . oh ye macam mana dengan Jungkook ? "

" Doktor cakap dia cuma perlukan rehat . dan dia kekurangan air dan darah dalam badan . Doktor pun nampak kesan luka di lengan dia . Doktor cakap maybe dia kerat tangan dia sendiri . sebab tulah dia kekurangan darah . "

Tergamam aku dengar . kenapa pulak budak comel macam dia buat macam tu ? Bukan budak actually, kira remaja .

" mana Doktor tu ? "

" molla, macam masuk kat bilik sebelah . nama dia Doktor Lim . "

Aku mengangguk dan pantas pergi ke bilik sebelah . maksudnya bilik yang aku nampak Daehwi tu ke ?

Ah . yang penting sekarang aku kena jumpa Doktor tu . Doktor tu tengah bercakap dengan pesakit di katil 11 .

Takpelah . aku tunggu jelah .

" kau tunggu apa ? "

" Doktor Lim . " kataku sambil berpaling melihat orang tu .

Speechless .

" Daehwi ! " terus aku memeluknya .

" weyh aku rindu kau dho . " kataku selepas pelukan terlerai . aku kisah apa kalau bising . Ni kawan aku not . no no, best friend sehidup semati selama lamanya mmuah aku ni !

Cinta yang dibluetick S2 ✅Where stories live. Discover now