Part 1

666 5 1
                                    

Kisah bermula apabila dua insan bertemu buat pertama kalinya. Pada waktu rehat di kelas 3 Agama, Kasih Dania Natasya atau dikenali sebagai Kasih sedang menyiapkan kerja sekolah. Tiba-tiba seorang murid lelaki yang melalui kelas 3 Agama menyapa Kasih di hadapan pintu kelas...

Adli:Assalamualaikum.

K:Waalaikumussalam.

Adli:Aku tak pernah tengok kau pun. Kau budak baru ke?

K:Ehh,taklah. Saya sekolah sini dari form 1 lagi.

Adli:Kau nama apa?

K:Kasih.

Adli:Oh, sedap nama tu.

K:Terima kasih.

Adli:Sama-sama. Kau buat kerja sekolah apa tu?

K:Matematik.

Adli:Bab berapa dah?

K:Ni baru masuk bab 5.

Adli:Oh. Ni takpe ke kau duk sorang ni? Nak aku teman?

K:Ehh, takpe. Japgi kawan-kawan saya datang la tu.

Adli:Hah, takpe. Jaga diri leklok. Assalamualaikum.

K:Waalaikumussalam.

Adli Daniel atau lebih mesra dipanggil Adli,murid dari kelas sebelah kelas 3 Amanah berlalu dari pandangan Kasih. Entah mengapa hati Kasih sedikit terusik dengan keramahan Adli lalu dia tergeleng dan tersenyum sendiri. Barangkali Adli mengingatkan Kasih kepada bekas kekasihnya, Aiman.

*************************************************

Setahun berlalu di kelas 4 Berdikari. Di mana Adli merupakan seorang pengawas sekolah yang sangat ramah dengan rakan-rakan sekelasnya. Namun dia lebih rapat dengan seorang gadis di dalam kelasnya iaitu Nadhirah.

A: (menarik kerusi yang Nadhirah duduk)

N: Adli! Janganlah kacau aku! Aku tak siap lagi ni kerja sekolah! (marah terhadap Adli)

A: Pagi2 pun nak badmood. Kau period ke?

N: Aku tahu kau siap awal, Adli. Tapi boleh tak bagi aku masa sebelum Cikgu Hafeena masuk. (hampir menangis diusik Adli)

A: (membawa lari kerja sekolah Nadhirah)

N: (Nadhirah bangun lalu mengejar bukunya yang dilarikan oleh Adli)

Tiba-tiba, seorang cikgu masuk ke kelas mereka.

Cikgu: Ehh apa bising-bising ni! Duduk semua. Assalamualaikum dan selamat pagi.

Semua: Waalaikumussalam cikgu.

Cikgu: Hari ni kita akan ada sorang lagi pelajar yang masuk kelas kita, ni cikgu janji paling last la sebab 30 orang dah kan. Silakan masuk.

Semua melihat ke arah pintu ternyata...

K: Hai semua saya Kasih.

Cikgu: Ok Kasih boleh duduk sebelah Najihah ya.

K: Terima kasih cikgu. (segera mengambil tempat duduk di sebelah Najihah)

Cikgu Hafeena berlalu meninggalkan kelas itu yang tadi bising bagai ayam bertelur riuh sekampung.

Danish:Wei Adli, kau tengok budak tu.

Adli:Nama dia Kasih eah?

Danish:Haah. Sama dengan nama awek aku.

Adli:Tu Kasih kau orang panggil 'Cantik'. Ni nama dia Kasih Dania Natasya.

Wasit:Eleh dia tu. Budak sekelas sekali ngan aku dohh dulu.

Hanan: Yang aku tau dia ni budak pandai. Dalam top 10 ada dia ni.

Danish:Patutlah aku nampak dia kat pejabat tadi jumpa Cikgu Hafeena.Rupanya nak masuk kelas ni.

Wasit:Ayah dia ada sembang ngan aku tadi tanya kenal tak Kasih. Dia minta tolong aku tengok-tengokkan Kasih tu sama.

Adli:Aku pun nak tolong tengokkan Kasih jugalah.

Wasit:Aikk Adli. Nadhirah kau nak letak mana?

Adli:Nadhirah tu tetap dalam hati aku.Tapi Kasih ni, aku rasa macam berminat nak tau pasal dia.

*************************************************

Pada masa yang sama...

Najihah: Yeah Alhamdulillah kau masuk juga kelas ni. Barulah kita ada geng ramai.

K: Tulah aku pun tak sangka aku dapat. Aku pujuk punya pujuk cikgu dengan tebal muka ni. Haih. Tapi kenapa dorang tu dari tadi tengok aku je? Ada apa-apa yang tak kena ke dengan aku?

Najihah:Kau ok je. Takde masalah apa pun.

Umairah:Dorang memang camtu, Kasih. Usya orang memang tak puas hati. Dorang kalau usya orang sampai nak terkeluar biji mata tu.

Asma:Kau kan baru masuk kelas ni, Kasih. Tu yang dorang tengok kau tu.

Damia:Buat tak tahu je, Kasih. Biasalah, orang laki nama pun.

K:Hmm, yelah.

*************************************************

Adli:Aku rasa aku tau nak pilih sapa malam ni.

Haziq:Sapa wei, sapa? Damia? Saiyidah? Umairah? Asma? Najihah?

Adli:Adalah...

Hadif:Takkan dia tu...

Adli:(senyum sinis)

Crush AsramaWhere stories live. Discover now