Part 2

298 3 0
                                    

Adli dan rakan-rakannya ingin memasuki dewan makan asrama tiba-tiba bertembung dengan Kasih di hadapan pintu dewan makan. Mereka berdua masing-masing terkejut seketika apabila bertembung. Di tangan Kasih sedang memegang pinggan setelah selesai makan. Dia ke kiri, Adli pun ke kiri. Begitulah sebaliknya. Lalu Adli memberi ruang kepada Kasih ke singki tanpa berkata apa-apa namun hanya senyum kepada Kasih.

*************************************************

Ketika orientasi asrama, semua ketua biro dibenarkan memilih sendiri ahli-ahli bagi biro mereka. Adli dilantik sebagai ketua biro kerohanian manakala penolongnya ialah Izham. Maka, dia bercadang untuk memilih Kasih sebagai setiausahanya.

Cikgu:Keputusan dah ada kat tangan cikgu sekarang. So, kamu boleh tengoklah sendiri kamu dapat biro apa.

K:Aku jadi setiausaha biro kerohanian. Ketua dia, Adli. Mana Adli? Oh, tu dia! (monolog sambil berjalan ke arah Adli)

Adli:Kasih..... (melihat Kasih datang ke arahnya)

K:Ni biro kerohanian kan?

Adli:Ya, betul. Kau jadi setiausaha aku. Maksud aku, setiausaha untuk biro ni. Ni tugas-tugas untuk kau. Kau kena buat laporan ni dan minit mesyuarat. Esok hantar. Lepas tu, setiap hari, kau kena tanda kehadiran orang solat jemaah. Boleh?

K:Ok, boleh. Tak berat sangat. Awak ngan Izham buat apa? Tidur?

Adli:Wei, Izham. Dia kata kita tidur...Kasih Dania Natasya...kami kena cari orang jadi imam dan bilal, ketua dorm, bla bla bla.....(membebel)

K:Ok ok. Stop. Saya dah faham.

Adli:Kau duduk kampung apa?

K:Saya duduk Kg.Ria Mesra.

Adli:Oh, sekali ngan Umairah lah ni?

K:Haah, ngan Umairah.

Adli:Orang kampung Umairah. Patutlah cantik.

K:Apa dia?

Adli:Takde apa. Buat tau, jangan tak buat.

K:Hah, ok ok. Jangan risau.

**************

Keesokan harinya sebelum ke sekolah, mereka perlu berhimpun untuk roll-call. Adli dan kawan-kawannya bersiap awal dan bersemangat hendak ke sekolah. Ketika menunggu orang lain, Kasih dan kawan-kawannya muncul pada saat itu. Angin bertiup kencang tatkala Adli melihat Kasih. Terserlah kecantikan Kasih melalui senyumannya.

Adli:Ehh awalnya dia ada kat sini. Nak tengok aku ke apa ni? (Adli perasan sambil membetulkan songkoknya)

Izham:Aikk, Adli. Tengok Kasih tak berkedip mata haih. Tahu dia cute tapi jaga pandangan tu sama. (ketawakan Adli)

Adli:Tak, aku tak sangka yang dia beratur awal sangat. Selalunya budak-budak lain turun memang lambatlah kita tunggu.

Izham:Dia kena bertugas apa-apa kut. Pengawas kan mestilah on time.

************************************

Perjumpaan pengawas sekolah selepas perhimpunan...

Cikgu:Untuk minggu depan, pengawas tingkatan 4 perempuan akan jaga pagar. Hari Ahad,Fatma dan Aida. Isnin, Syazana dan Izzah. Selasa, Arissa dan Nadhirah. Rabu, Kasih dan Alisa. Khamis, Izzati dan Irdina. Kalau ada murid datang lewat, ambil nama dan serahkan pada cikgu.

Semua:Baik, cikgu.

************************************

Pada hari Rabu itu, Kasih bertugas dengan Alisa. Mereka bersemangat memandangkan ini kali pertama mereka digandingkan bersama. Pengawal keselamatan juga berbangga dengan semangat mereka. Terdapat beberapa orang murid yang datang lewat dan diambil nama. Sehinggalah jam menunjukkan 7.45 pagi, tiba-tiba Kasih melihat dari jauh ada dua orang lelaki sedang berjalan menghampiri mereka berdua. Angin bertiup kencang tatkala Kasih melihat kehadiran Adli dan kawannya, Izham.

Izham:Kesian korang dua. Meh kami pula jaga pagar.

Alisa:(ketawa)

K:Cehh. (senyum terpaksa)

Alisa:Tulis nama orang datang lewat dalam buku ni ya. Kami pergi dulu. (serah buku kepada Izham)

Semasa berjalan, Kasih sempat berpusing belakang dan ternyata Adli sedang tersenyum padanya.Merah pipi Kasih tanda segan. Untuk mendapatkan kepastian,Kasih bertanya kepada kawan-kawannya tentang hal itu.

K:Wei, Arissa. Memang akan ada pengawas lelaki ke ganti jaga pagar?

Arissa:Mana ada.

K:Tapi tadi aku ngan Alisa jaga, tiba-tiba Adli ngan Izham datang kepada kami, ganti kami.

Arissa:Masa aku jaga ngan Nadhirah, takdelah pula yang ganti kami.

K:Peliknya...(berasa cemas dan gelisah)

Crush AsramaWhere stories live. Discover now