Part 3

240 2 0
                                    

Suasana di kelas 4 Berdikari ketika subjek Pendidikan Islam.

Ustazah: Sapa yang tak bawa buku yang saya pesan haritu tolong bangun.

Nadhirah mencari-cari buku teksnya. Memang tiada. Dia mula gelisah.

N: Haih takde. Matilah aku harini.

Nadhirah bangun tetapi lengan bajunya dihalang oleh Adli meminta untuk duduk semula.

A: Kau ambil buku aku. Biar aku je bangun.

Nadhirah rasa sangat bersalah dengan Adli. Dia hanya menurut kata-kata Adli. Pada ketika itu juga, Kasih memandang Adli yang berdiri sambil menggeleng-geleng kepalanya dengan kecuaian Adli yang tidak membawa buku teks.

*****

Nadhirah memadam papan putih setelah tamat kelas. Adli ingin membantunya. Tiba-tiba pemadam papan putih jatuh ke lantai. Adli membongkokkan badan untuk mengambil pemadam itu tetapi tertarik tangan Nadhirah pula.

A: Sorry wei terpegang.

N: Adli... (malu beralah)

Tiba-tiba Kasih menghampiri mereka berdua.

K: Astaghfirullahalazim. Apa korang berdua buat ni? Tak malu ke pegang-pegang tangan macam ni?

A: Ehh tak. Aku tak sengajalah pegang. Aku nak ambil pemadam yang jatuh tu.

K: Tapi harini bukan kau bertugas pun kan, Adli? Setahu aku harini Nadhirah sorang je yang kena bertugas padam papan putih.

N: Ha ya Kasih. Adli cuma nak tolong aku je.

K: Oh camtu takpelah. Nadhirah kau sepatutnya ada kawan yang teman kau bertugas harini. Bukan kau sorang-sorang dengan Adli dalam ni sekali.

*****

Suasana sepi asrama waktu malam membuatkan semua orang tidur dengan nyenyak. Jam menunjukkan 3 pagi. Tiba-tiba 'prakkk' bunyi Kasih jatuh dari katil 2 tingkat! Dia mengaduh sakit di bahagian pinggang. Tiada siapa yang mendengar Kasih jatuh. Dia juga tidak dapat bangun menyebabkan dia tertidur di lantai sampai keesokan paginya. Lantas kejadian itu hanya disedari apabila semua orang bangun pagi.

Damia: Ehh Kasih! Kenapa kau tidur atas lantai ni? Kasih bangun!

K: (mula membuka mata perlahan-lahan) Aku jatuh...

Damia: Hah? Jatuh?? Wei korang tolong Kasih jatuh katil!

Najihah: Ya Allah camna boleh jatuh ni! Kejap aku ambil minyak angin!

Kecoh suasana di dorm Kenanga. Kawan-kawan Kasih memapah Kasih ke bilik warden berjumpa Kak Tini. Saiyidah dan Umairah mencari Cikgu Rohana melaporkan keadaan Kasih yang jatuh katil.
Adli dan rakan-rakannya juga yang ketika mahu bergerak ke surau menunaikan solat subuh berjemaah ternampak mereka membawa Kasih.

A: Ehh apehal pergi bilik warden ramai-ramai ni?

Asma: Kasih jatuh. Jatuh katil!

A: Allahuakbar! (berlari mendapatkan Kasih)

Adli mendekati Kasih lalu tanpa berfikir panjang dia menggunakan kain pelikat di bahunya mengikat pinggang Kasih yang sakit itu.

Crush AsramaWhere stories live. Discover now