Aku tak pernah sedar apa yang ada dalam hati ku sehingga satu hari dia memberitahu yang dia akan bertunang. Jihan akan bertunang. Bertunang dengan gadis pilihan keluarganya. Dia memberitahu dengan wajah penuh senyuman. Seolah-olah dia menerima gadis itu dengan tangan terbuka.
" Kau dengar ka?"
Jihan mencuit bahu ku bila lihat aku hanya melompong dengar berita itu. Cepat-cepat aku mengangguk. Debaran di dada sukar ku fahami. Kejutan itu membuat aku rasa sangat sakit. Ya! aku tak tahu kenapa ku rasa sakit hati. Senyuman gembira Jihan menambahkan rasa sakit hati. Tiba-tiba macam mau pecah rasanya dada.
" Jadi apa komen kau?" Tanya Jihan lagi. Menatap mengharapkan riaksi. Aku cepat-cepat larikan pandangan, takut kalau ketara nampak muka sakit hati.
" Hurm.. Komen.. ? Jihan! mestilah terkejut! ... Tapi..tapi.. Kau terima saja pilihan keluarga kau?" Tanya ku tidak percaya dengan keputusan Jihan. Jihan tersenyum dan mengangguk yakin. Matanya bercahaya dan senyumannya ranum. Jihan nampak gembira.
" Waktu kali pertama mama tunjukkan gambar gadis tu. aku sudah setuju. Entah.. mungkin ... jatuh cinta pandang pertama haha!" Jihan ketawa. Dia seperti tidak percaya dengan perasaannya sendiri. Tapi sinar mata Jihan cukup jelas untuk ceritakan isihatinya. Dan itu menyakitkan. Aku senyum tawar. Terlalu palsu. Rasa malu sebab aku dapat rasa kepalsuan senyuman ku itu.
.. Dan akhirnya aku mulai mengerti. Perlahan-lahan mengerti. Tapi sudah terlewat untuk aku memahami.. terlambat untuk sedar kerana Jihan bakal bertunang. Baru ku sedari yang dalam hati ku sebenarnya sayangkan Jihan lebih dari yang aku sangkakan. Aku baru menyedari ada cinta yang bercambah dalam hati ku untuk Jihan! oh ! shit!.. but too late for me to love him!
Dulunya aku fikir aku serasi dengan Jihan sebab kami ada minat yang sama. Kami sekepala. Kami suka game yang sama. Suka anime dan komik yang sama. Kaki lepak di café sambil borak macam-macam. Kami selalu habiskan masa berbual tentang hobi kami. Suka tengok movie di pawagam. Suka aktiviti outdoor. Hiking. Piknik. Rock climbing, berenang dan semua yang adventure. Aku sangat seronok habiskan banyak masa dengan Jihan kerana dia kawan yang sangat.. sangat..sangat.. baik! Aku selesa sekali dengan Jihan. Selama ini aku anggap Jihan adalah antara kawan baik dan hanya itu. Kami rapat sejak dari sekolah menengah.
Ah.. tentulah begitu bagi Jihan. Begitu juga bagi ku pada mulanya hingga tiba-tiba perasaan aneh ini merasuk ke dalam hati. Merasuk pada masa yang salah! Pada saat Jihan bagitau yang dia bakal bertunang!! Pada ketika hati jihan sudah terpaut pada yang lain.
.. Dan melihat Jihan bersiul-siul gembira, aku rasa macam celaka. Aku tidak berdaya tumpang gembira untuk Jihan kerana sibuk merawat hati ku yang menerima kejutan. Terkejut bila ku sedari yang aku sukakan Jihan. Aku jadi panik. Takut. Malah aku sampai demam melayan jantung yang tidak berhenti berdebar. Terkejut kerana baru menyedari status Jihan dalam hati ku-yang sebenarnya aku sayangkan Jihan lebih dari yang sepatutnya. Aku mahukan Jihan lebih dari aku mahukan orang lain. .Tapi mana mungkin dapat aku miliki. Bagaimana pun aku tak akan dapat luahkan rasa hati. Aku memendam rasa dan menjadi pendiam.