The one that got away

79 2 7
                                    


"Hei

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Hei..." Aku jerit dengan nada marah. Henry senyum sambil menjelirkan lidahnya. Budak sial. Aku cuba melayangkan tumbukan padanya tapi dia cepat mengelak. Tak puas hati, aku berdiri dan menampar belakangnya dengan buku tebalku. Aku berharap dia mengaduh kesakitan. Tapi dia hanya ketawa terkekek-kekek! Seolah-olah langsung tidak sakit! Seolah-olah tamparan sekuat hatiku itu bagaikan mengeletiknya saja! Anak sial.. tunggu kau!! Aku macam nak terajang dia sampai terkeluar dari dalam bas ini.

" Kau.. budak sial!" Tak guna aku marah. Kemarahanku menambahkan kegembiraannya saja. Aku duduk semula dengan perasaan yang mendidih. Bas bergerak terlalu perlahan. Belakang kerusi ku terasa ditendang-tendang lagi. Aku tahu itu Henry. Aku tahu dia masih mahu memancing kemarahanku. Aku cuba bersabar tapi tendangannya di belakang kerusiku benar-benar menyakitkan hati. Bunyi kekehan ketawanya yang kedengaran seronok itu membuat aku rasa macam mahu gila.. Mujur bas akhirnya sampai ke destinasi. Aku lega, Rosalie hanya tersengih melihat aku yang menyumpah seranah Henry tetapi di sambut dengan senyuman gembira oleh budak celaka itu.

" Kenapa budak tu suka menyakat kau ya?" Tanya Rosalie jalan beriringanku.

" Entah.. budak tu gila!" Kataku bengang. Sungguh aku bengang. Entah apa yang telah aku buat hingga budak tingkatan 2 yang bersaiz anak ikan itu suka menyakatku. Demi tuhan aku tak sanggup melayan kerenah kebudak-budakannya. Entah apa dosaku padanya hingga dia tidak mahu melihat aku gembira berborak dengan Rosalie. Setiap kali aku dan Rosalie bercerita dengan serius tentang Naguif, olahragawan hensem di kelas kami itu. Henry pasti akan mula mengacau dengan tendangan kakinya di kerusiku. Atau dengan suaranya menyanyi membingitkan telinga hingga kami tak boleh focus bergosip! Aku benar-benar tak faham dengan sikap 'budak kecik' tu!

Sepanjang tahun aku bertahan dengan gangguan harian yang menyakitkan hati dari budak Henry yang celaka itu. Ketika aku dan Rosalie mula masuk tingkatan 5 dan Henry pula ketika itu baru tingkatan 3. Dia sudah tidak ikut bas yang sama. Ayahnya hantar dia ke sekolah setiap hari. Aku lega! Bersorak riang.. budak celaka yang menganggu hidupku sudah lenyap. Di sekolah tentulah Henry tidak punya waktu untuk menyakatku. Aku focus pada Naguif. Begitu juga Rosalie. Kami sama-masa menaruh hati pada si hensem itu. Tapi hanya aku yang tahu hal itu. Rosalie meluahkan isihatinya tentang Naguif padaku tapi aku hanya memendamkan perasaan ku itu tanpa pengatahuan Rosalie. Biarlah... aku menjadi pendengar setia buat Rosalie. Aku sedar siapa diriku.. aku tak secantik Rosalie. Naguif mustahil akan memandangku. Memang Rosalie paling padan dengan Naguif. Rosalie bukan saja cantik tapi juga pelajar terbaik kelas kami. Dia sentiasa di tempat pertama. Aku? Setakat nombor 7 saja yang terbaik pernah aku capai dalam kelas. Tapi kerana dia cantik dan pandai budak-budak lelaki segan untuk memikatnya. Mereka rasa rendah diri sebab dia terlalu 'pandai' untuk mereka. Rosalie mengeluh hal itu padaku dan aku terus menjadi telinganya yang setia.

" Amy.. aku rasakan. Budak Henry tu suka dengan kaulah! Sebab tu dia asyik kacau kau.. Dia hanya kacau kau seorang tau!" kata Rosalie suatu hari. Aku ternganga.

koleksi cerita cinta pendekWhere stories live. Discover now