PART 1

149 1 0
                                    

Hai nama aku HAIRA NATASHA , alhamdulillah aku baru sahaja memperoleh keputusan SPM . Keputusan aku memangla tidak cemerlang :) . Tapi ... aku berjaya menyambung pelajaran ke peringkat IPTA .

Seronok tu memang seronok tapi aku takut nak mulakan kehidupan sebagai pelajar IPTA . Sudahlah aku dicampak ke utara sedangkan aku duduk di selatan . ok jum jelajah macamana kehidupan jadi aku .

AKU termenung ke luar tingkap , ya aku sudah tiba di rumah makcik aku di kedah . Aku menyambung pelajaran di politeknik kulim . Esok pendaftaran sem 1 bermula . Nak kata gembira itu ada , sedih ada semuanya ada .

" Haira , buat apa termenung kat tingkap tu . Tu Makteh dah panggil sruh makan ya nak . " tegur ibuku di pintu bilik .

Aku mengangguk pelahan dan menuju ke ruang makan . Rumah makcik aku di Sungai Petani . Satu jam juga nak ke kulim . Apa yang seronok duduk di kampung adalah bebas dari asap kenderaan dan aku dapat hirup original oksigen yang tiada pelbagai pencemaran .

" Hang duk menung pa ? " tanya makteh yang cuba bercakap dalam loghat yang aku fahami . ya aku lahir di kedah tapi aku membesar di johor . aku jarang sekali pulang ke kampung kerana ibu abah ku sibuk bekerja .

" tak ada apa apa makteh , teruja ja esok nak masuk belajar " sengihku sambil menyuap nasi ke mulut .

USAI sahaja makan malam , aku berehat di dalam bilik sambil membalas pesanan dari kesayangan aku . Paling aku takutkan bila mengalami long distance relationship . Masalah tu bukannya dari aku tapi dia . Siapa dia ?

Ding ... pesanan masuk ke telefonku membuatkan lamunan ku terhenti . pesanan ringkas dari Farish Arsyad . Aku mengenalinya 2 tahun lepas kerana dia merupakan jiran yang baru berpindah di kawasan perumahan ku .

Masih aku ingat ketika aku sedang pulang dari sekolah , aku diganggu oleh rakan sekolahku . Buku sekolahku dicampak ke longkang dan tudungku ditarik . Kenapa ? sebab aku budak loser di sekolah . Aku bukan la pelajar pintar dan jelita . Cuma manusia biasa yang berkawan dengan budak pintar dan jelita . Dan ketika itu , boyfriend aku ni datang ala ala hero dalam cerita hindustan tu heheheh sebab nak bantu aku . Masa ni la aku dah simpan 1001 rasa sayang kat dia

Sebelum aku sambung cerita lebih baik aku balas pesanan dia

" saya ok ja awak , saya baru habis makan . Awak malam ni teman saya tidur bole ? "

" tak bole la , saya nak jumpa member kat kelab malamni . awk tidur awal pastu goodluck esok ok my little tomato "

Aku mengeluh kecil , aku menyorokkan telefon bimbitku di belakang bantal dan terus terlena .

ILOVEYOU x3000Where stories live. Discover now