08

2.2K 398 236
                                    


[Terima kasih untuk pembaca yang sudi setia menemani perjalanan saya dalam ff forbidden maze setakat ini.]










Do read, do love, do comment if you want.





Forbidden Maze
Ep8

Time skip: Dua bulan

Selimut tebal diselak kasar lalu tubuhnya dikeluarkan daripada gumpalan selimut tersebut.

Badannya diserang rasa kurang bermaya sejak dua minggu yang lepas. Makan tak berselera, tidurnya terganggu.

"Ergh, penyakit apa yang berjangkit dekat aku ni?"bentaknya geram seraya kakinya melangkah cemas ke ruangan bilik air.

Seluruh permukaan wajahnya dihujani manik-manik peluh dingin. Manakala, bibirnya terjuih ke hadapan.

Rasa nak muntah. Rasa nak muntah. Loya lain macam. Persis mabuk ib-

"Kau okay tak sayang?"soal Taehyung sambil mengurut belakang tubuh kekasih hatinya itu.

Siapa lagi kalau bukan Jungkook yang tercinta?

"Aku cuma tak sedap badan je hyung. Pergilah sambung tidur kau semula. Ppaliwaa."halau Kook dalam nada suara yang perlahan.

Taehyung kelihatan tergesa-gesa meninggalkan adiknya tika Jungkook sudah mula berubah angin.

Angin monsun mana entah menyerang lelaki itu. Jungkook merengus geram. Jemarinya naik mengurut pelipisnya yang diserang sakit kepala.

"Kau mudah sensitif tak tentu pasal. Cuba rileks sikit!"usai merungut, Jungkook membasahkan keseluruhan wajahnya.

Terpandang muka Taehyung, ingatannya melayang kepada Yoo Min. Sudah dua bulan mereka tidak bertemu semenjak Kook keluar dari rumah mereka.

Rindu?

"M-mungkin kau bahagia dengan layanan palsu Taehyung. Aku tiada gunanya kan?"

Bibirnya dikemam rapat. Air mata duka dibiarkan mengalir tanpa diseka.

----

Tangan aku dah menggeletar teruk. Alat penguji kehamilan yang dibeli Taehyung direnung penuh kejutan.

"T-tak mungkin. I must be crazy."

Bunyi ketukan di pintu membuatkan kulit wajahku terus bertukar pucat lesi. Aku tak sempat melarang. Kepala suamiku sudah terjengul masuk ke dalam bilik air.

Meluru Taehyung ke arahku dengan tatapan mata yang begitu curious. Alat penguji tersebut direnung teliti olehnya.

"K-kita akan dapat baby? Ya tuhan, kau dah tak sunyi Yoo Min."Taehyung mengucup berkali-kali pipiku sehingga aku naik lemas.

Lenganku digoyang mesra dan aku tidak menghalang keterujaan suamiku.

Langkah demi langkahnya aku turuti bersama dahi yang berkerut. Fikiran melayang sudah ke laut China Selatan.

"J-jap, awak nak bawa saya pergi mana?"

Taehyung menoleh seketika. Dia tersengih lebar dan jari telunjuknya menghala pada figura manusia yang sedang tersenyum dengan wajah sugul.

"Kita patut berterima kasih dekat Jungkook. Tanpa dia, baby comel ni tak akan wujud."

Selamba je kau tolak aku duduk di sisi anak Jeon bertuah itu. Peluang yang wujud aku manfaatkan sebaik mungkin.

Telapak tanganku mendarat di kawasan terletaknya rahimku. Mataku dalam diam memerhati insan yang sememangnya bapa kepada bayi di dalam perutku ini.

Sekelumit rindu menapa di hati dan kian berkembang tatkala bahuku berlaga dengannya.

Detak hati berlagu kurang senang. Wajah pucat Jungkook cukup merisaukan aku.

"Jungkook, aku ada khabar baik. Yoo Min dah pregnant. Lepas ni, kau dah takde urusan dengan bini aku."

Gelas di dalam genggaman Jungkook nyaris jatuh terhempas di atas lantai. Lagaknya seperti orang kurang stabil emosi.

"Jadi, jauhkan diri dari Yoo Min dan kita anggap anak ini anak perkongsian aku dan isteriku. Mengerti?

Rengusan nafas berat dan tenungan garang yang hadir dari iris mata Jungkook buatkan aku kecut perut.

Bisikannya semasa Taehyung sibuk menyediakan hidangan minum petang mematikan keberanianku.

Aku takut hendak membalas jelingan dan suara bisikannya.

Kau tahu dia bisik apa?

"A-aku dah tergila-gilakan kau. Aku patut singkirkan atau lenyapkan terus hyung aku?"

-tbc-





A/N:

Hehehehehehehe saya sempat taip je mana-mana idea yang muncul.

Hopefully okay🤒❤



Kinda busy today. Wish me luck.

[C]Forbidden Maze• jjkWhere stories live. Discover now