01

3.3K 505 314
                                    

[Silent readers, beware. I will send naughty jeon to give u nightmare. I'm not kidding.]






Forbidden Maze • jjk
[Ep1]

Nama sahaja suami dan isteri. Luarannya indah. Dalamannya perit tidak terhingga. Aku akui Taehyung merupakan cinta pertama dalam hidupku.

Hubungan cinta yang dijalin sejak pertama kali pertemuan kami di upacara konvokesyen adiknya membawa kami ke jenjang pelamin.

Ikatan perkahwinan sudah termeterai. Kemanisan terlebih madu dan gula itu tidak kekal lama sehinggalah aku sedar akan sesuatu.

"Aku tak berselera untuk bersama kau, Yoo Min."bahuku ditolak seraya Taehyung duduk jauh sedepa denganku.

Aku sendiri diserang rasa malu yang menggunung tinggi. Kemahuan untuk berkasih sayang ditolak keras sang suami.

Kau fikir aku boneka?

"Maafkan aku untuk semua penipuan yang aku cinta. Kau hanya berguna untuk yakinkan orang tua aku yang aku ini bukan homos-"

Aku segera berdiri menjauhi dirinya. Bengang bukan kepalang menyaksikan pendirian bengkok suami sendiri.

Dia hanya pandai mencipta dusta. Sakit di hati aku siapa yang akan tanggung?

"Usah tegakkan benang yang basah Kim Taehyung. Saya dah semakin muak menghadap perangai jijik awak."aku berkata lantang.

Tubir mata yang berkaca dan bila-bila masa sahaja akan tumpah membasahi pipi aku seka kasar.

"Kau sendiri tahu.."Taehyung berjeda seketika. Wajahnya diraup beberapa kali menandakan pergelutan emosi yang dipendam dirinya.

Serius aku jijik, Taehyung.

"Cinta aku tak terbuka untuk seorang yeoja. Aku minta maaf, Yoo Min."ujarnya sebak.

Semua kegilaan ini terlalu di luar kawalan untuk ditanggung jiwaku yang lara.

Aku bergegas keluar dari bilik. Usai daun pintu dihempas kuat, aku biarkan tubuh kecilku tersandar lemah di permukaan pintu.

Esak tangis yang ingin pecah ditahan sekuat hati. Aku enggan dilihat lemah di hadapan Taehyung.

Seorang lelaki yang aku cinta dan cinta itu sehingga akhir nafasku tetap  bertepuk sebelah tangan.

°°°°

"Kau gila, hyung."Jungkook hampir menjerit geram apabila abangnya mengusulkan cadangan luar biasa.

Kulit pipi Jungkook merona merah. Kedua-dua telapak tangannya membentuk penumbuk kecil.

Amarahnya memuntah seperti lahar gunung berapi. Sejak bila abangnya berfikiran tidak normal ini?

"Kau satu-satunya insan yang aku percaya sepenuh hati. Bantu aku Kook. Aku t-tak boleh lepaskan  Yoo Min macam tu aje."giliran bahunya digenggam kemas oleh Taehyung.

Dia sedia maklum nafsu songsang abangnya terhadap lelaki lain. Sudah terlambat untuk dia memberi kata amaran kepada  Yoo Min

Motif abangnya menarik wanita itu ke alam perkahwinan begitu mencurigakan. Dia menolak lembut rangkulan lengan kekar Taehyung di bahunya.

Sampul berisi duit tunai dan cek jutaan Won itu diserahkan semula kepada Taehyung.

"Tapi, kenapa hyung pilih aku sedangkan mereka inginkan zuriat daripada hyung sendiri?"

Taehyung tersenyum lemah. Cincin perkahwinan yang tersarung di jemarinya diangkat megah lalu dia tayangkan jelas di hadapan kaca mata Jeon Jungkook.

"Aku tak mampu sentuh dan kasihi dia, Kook."

Jungkook gagal mengawal desakan hati agar dia sendiri menunduk patuh ke atas permintaan abangnya.

"Kau cuma perlu hadiahkan zuriat untuk dia. Sekurang-kurangnya Yoo Min aku t-tak sunyi."

Taehyung terus menarik Jungkook ke dalam pelukan. Tangis kecil yang melolos keluar dari bibir abangnya membuatkan Jungkook keliru.

"A-aku terima tapi jangan terlalu memaksa, hyung."

Tanpa diduga, lidahnya bergerak memberi balasan jawapan. Senyuman lega terbit di wajah Taehyung tatkala jawapan adiknya bergema di corong telinganya.

"Ingat, Jungkook. Aku akan tuntut dia semula apabila bayi yang aku mahukan ini wujud."

Tatapan mata itu menikam tepat ke arah wajah adiknya, Jungkook. Jemarinya naik menggosok kepala adiknya dengan mesra.

"Aku seorang yang berpegang kepada janji, Jeon Jungkook."

-tbc-

A/N:

Bagaimana bab yang pertama?

Hahahahahahaha.

Saya tak bergurau. Fanfic ini mengandungi jalan cerita yang menggila.

Jadi, baca atas risiko anda sendiri.

;)

Do you want me to continue?

Yes or Yes?





[C]Forbidden Maze• jjkWhere stories live. Discover now