16

2K 336 73
                                    

Ff ini akan tamat pada bab yang ke-20.

Sad or happy ending?

You choose, I write.

Enjoy this chapter.





Forbidden Maze

Jeon Jungkook singgah ke kelab malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jeon Jungkook singgah ke kelab malam. Hatinya berkecamuk memikirkan keputusan Yoo Min yang tegar memilih Taehyung.

Apa kurangnya dia di mata Yoo Min?

Oh, dia lupa status dirinya yang bukannya suami sah kepada wanita itu.

Hyung durjananya lebih berhak. Jungkook tidak mampu berkata apa-apa.

Dengan cara memabukkan diri, dia boleh memprotes kepada Yoo Min.

Minuman keras itu diteguk.

Satu cawan kaca.

Dua cawan kaca.

Sehinggalah cawan-cawan tersebut sudah berselerak di hadapan wajahnya.

"Oppa, cukuplah buat hal. Kalau Yoo Min unnie tengok semua ini, dia mesti kecewa!"Ryujin bersuara kuat.

Jungkook tidak mengendahkan bebelan tidak berbayar Ryujin seraya tubuhnya bergerak ke pentas tarian.

Bunyi bingit irama di kelab malam membuatkan landasan fikirannya menyimpang jauh.

"Perlukan peneman?"suara gemersik seorang wanita menerpa di sisinya. Tubuh sasanya menjadi target si wanita pelayan itu.

Ah, rindunya semakin menebal kepada Yoo Min. Tapi, dia sedar wanita itu lebih utamakan Taehyung.

"Berikan keseronokan kepada a-aku."bisikan seksi suara garau Kook membuatkan wanita seksi itu menerkam dirinya.

Otaknya bercelaru. Wajahnya sudah disembamkan ke leher wanita itu untuk memuaskan sakit hatinya.

"Y-yoo Min dah lupakan aku. Apa gunanya aku menaruh harapan?"

Dia biarkan sahaja jemari runcing wanita asing itu merayap di sekitar kemeja putihnya.

"Let's enjoy and forget everything Jeon Jungkook.'

Jungkook tersengih lebar. Pinggang ramping wanita itu ditarik rapat menghampiri tubuh badannya.

"Sure, make me feels satisfied hun."

----

Panggilan telefon daripada Ryujin aku tenung sekilas. Aku angkat lengan kekar Taehyung yang memeluk aku.

Nasiblah suamiku dah nyenyak tidur. Anak dalam perut pun sesak nafas dipeluk kuat olehnya.

"A-aku patut jawab ke?"aku bersuara sendirian.

Punat hijau di skrin ditekan lalu suara comel Ryujin terus bercakap dalam nada kalut.

Keningku terjengket naik dan aku tatap jarum jam yang tergantung di dinding.

Dua pagi anak Jeon buat hal?

"Unnie, tolong datang kutip kesayangan akak. Saya rasa dia protest teruk ni. Habis merebak virus Playboy dia. Please, Yoo Min unnie."

Aku menggigit kuku. Dalam kadar berhati-hati, aku melangkah turun dari katil.

Sweater nipis berwarna kelabu aku sarungkan ke badan. Demi anak Jeon, aku sanggup keluar dalam kesejukan ini.

"Maafkan saya, Taehyung."

Kunci kereta Taehyung aku capai segera. Laju aku bergerak ke luar rumah untuk ke kelab malam seperti yang dinyatakan Ryujin.

----

"Unnie!"

Yoo Min menoleh ke arah suara seorang gadis yang menjerit namanya itu.

Ryujin tersengih serba-salah. Jari telunjuknya menghala ke arah belakang wanita itu.

Jeon Jungkook sedang sibuk berfoya-foya di tengah ruang tarian.

Lengan kekarnya melekat di pinggang seorang wanita seksi. Seronok sungguh dia melabuhkan ciuman tanpa dia sedar Yoo Min sudah menerpa ke arahnya.

"J-jeon Jungkook, ikut saya balik rumah sekarang."

Sekuat tenaga dia dan Ryujin bergelut untuk menarik Jungkook keluar dari kelab malam tersebut.

Bau arak yang melekat di seluruh badan Jungkook memualkan tekak Yoo Min.

"Y-yoo Min aku?"

Sudah menjadi satu beban apabila giliran Jungkook memeluknya seperti beruang koala.

"Ya, saya nak bawa awak balik. Jadi budak baik. Arasseo?"

Perutnya seperti mak buyung menggangu proses memasukkan Jungkook ke dalam kereta.

Belum sempat tubuh lelaki itu ditolak ke dalam perut kereta, Jungkook tolak tubuh kecil Yoo Min rapat ke kereta.

Senyuman lebar terukir di wajahnya. Bibir merah milik Jeon Jungkook bertalu-talu menghadiahkan siri ciuman di wajah Yoo Min.

Mabuk dan rindu saling bersilih ganti dan ianya membuatkan hati Jungkook tidak keruan.

Dia genggam kemas jemari Yoo Min lalu ditekap kuat di permukaan jantungnya yang  berdegup kencang.

"Yoo Min, Yoo Min.."

Yoo Min masih setia menatap wajahnya.

Imej wajah Yoo Min yang cantik kelihatan kabur dan satu ayat keramat itu meluncur laju dari celah bibirnya.

Rasa cinta seakan ditiup semula. Mata si wanita itu terpaku pada renungan kasih yang mengalir dari iris mata Jungkook.

"Setiap kali aku pandang kau,rasa cinta aku semakin kuat."

Dia berjeda sebelum kata-kata terakhir itu disambung.

"T-tapi wujudkah masa depan untuk kita berdua dan anak ini?"

tbc

A/N:

Rindu ke saya update?

Saya nak kasi korang bertenang dahulu.

Sebelum meroyan di chapter seterusnya.

;) ❤

[C]Forbidden Maze• jjkWhere stories live. Discover now