BAB 1

1K 32 3
                                    

"Kerana aku hamba, 
Cintamu"

🍁🍁🍁

10 tahun lepas.

"MULAI, hari ini Maira akan tinggal dengan aunty Mimi ok," kata Encik Ahmad dengan nada keras.

Wajah anak perempuannya dipandang meluat. Walaupun Humaira Najiha baru sahaja berusia 12 tahun. Tiada sekelumit simpati pun terhadap anak itu.

Asalkan beban hutang yang ditanggung terlepas. Dan jika bukan sebab anak malang ini. Sudah pasti isterinya, Puan Shiha masih hidup.

"Tapi kenapa ayah bagi Maira dekat aunty Mimi?" Soal Humaira polos. Lolipop di tangan dikulum ke dalam mulutnya.

Aunty mimi mengukir senyum. Belum sempat Encik Ahmad menjawab persoalan Humaira, Aunty Mimi terlebih dahulu menjawab.

"Sebab Maira dah jadi anak aunty.  Nanti aunty belikan lolipop banyak-banyak eh."

Encik Ahmad tersenyum puas. Namun, Humaira pantas sahaja mengeleng tanda tidak mahu. Tubuh sasa sang ayah dipeluk erat.

"Maira tak nak, ayah! Maira nak tinggal dengan ayah!" ujar Humaira. Kolam matanya pecah. Tangisan mula kedengaran.

Manakala, Encik Ahmad menolak tubuh anak kecil itu kasar. Kedua pipi anak kecil itu dicengkam kuat.

"Hei, aku tak ingin lah jaga kau! Kau tu pembawa malang dalam keluarga aku tahu tak! Dah! Kau duduk sini sampai mampus!" herdik Encik Ahmad lalu meninggalkan Humaira yang sedang menangis teresak-esak.

TAHUN 2020.

Humaira memandang diri sendiri dari pantulan cermin. Solekan tipis dan baju yang jarang sehingga menampakkan lurah dibetulkan. Berpuas hati dengan penampilan diri.

Beg tangan dicapai lalu keluar dari bilik yang diduduki. Baru sahaja beberapa langkah dia berjalan. Sudah terpacul wajah Aunty Mimi.

"Kenapa mama?" Soal Humaira apabila Aunty Mimi memandang dia dari atas kepala sehingga ke hujung kepala.

"Nak pergi mana? Kan mama dah pesan, malam ni Maira cuti. Bagi budak baru yang buat kerja," kata Aunty mimi lembut.

Walaupun, Humaira Najiha bukan anak yang terlahir dari rahimnya, namun kasih sayang seorang ibu tumpah kepada gadis ini. Jauh dari sudut hati seorang ibu ayam, terselit sedikit belas ihsan. Di usia muda sebegini Humaira terpaksa menjadi pelacur gara-gara bebanan hutang bapa kandungnya sendiri.

"Maira nak keluar jumpa kawan. Maira balik lewat sikit tau," kata Humaira sambil tersenyum tipis.

"Jangan lewat sangat tau," pesan aunty Mimi .

Humaira mengangguk faham lalu beredar dari sarang pelacuran untuk ke destinasi yang dituju iaitu Cafe Mama.

🍁🍁🍁

Bau asap rokok memenuhi ruang udara di ruang tamu membuatkan Faizal memandang sahabatnya dalam. Bukan kebiasaan Umar Al-Hakim begini.

"Kau pehal bro?" soal Faizal.

Namun, pertanyaan itu dibalas dengan hembusan asap rokok dari mulut Umar.

"Bodohlah kau ni!" jerit Faizal lalu bangun dari sofa yang diduduki.

Umar menahan tawa. Hilang sedikit bebanan dalam kepalanya. Dia buntu dengan permintaan Encik Hafiz.

"Aku streslah Zal." Akhirnya Umar bersuara.

"Kenapa?" soal Faizal pelik.

Dia kenal persis Umar Al-Hakim. Sahabatnya seorang yang memendam rasa dan taat akan keluarga. Namun, satu kelemahannya. Pantang nampak perempuan seksi. Mula lah hidung belang dia muncul.

"Papa nak aku kahwin hujung bulan ni. Wei, calon pun aku tak ada," kata Umar lalu menyedut sisa rokok di tangan.

"Apa susah. Kau cari lah sape-sape yang sanggup jadi isteri kau," jawab Faizal. Bagi dirinya itu bukanlah sesuatu yang aneh.

Umar diam.

Siapa?

Dan nama itu terdetik.

"Humaira Najiha."

TBC..

Hai selamat malam
Abaikan segala typo
Kalau best vote&komen
Kalau perlu ok?.

Bab 1 hamba cinta
Umar Al-Hakim
Macam mana?
Best tak hehe..
2 works update stiap hari
Cuma aish gilir-gilir

Ok ok enjoy read!.

HAMBA CINTA UMAR AL-HAKIMWhere stories live. Discover now