"anak ustazah Zafrah ke ?" bertanya puan Aisyah bila Ustazah Zafrah menegur anak muda yang membantu diri nya.
"yer puan Aishah, ni la anak teruna saya yang paling tua. Kalau puan Aishah ingat saya ada menberitahu tentang latar belakang keluarga. Nak dijadikan cerita inilah satu-satunya anak teruna saya, dia jugak yang paling tua dan belum mendirikan rumahtangga lagi. Katanya belum sampai lagi jodoh." luah ustazah Zafrah tanpa sedar kepada puan Aishah. Ustazah Zafrah memang selesa bercerita dengan puan Aishah disebabkan sifat dan sikap puan Aishah amat matang berbanding pelajar - pelajar yang lain.
"Insya Allah, Allah swt tangguh dulu untuk rancang yang lebih baik buat anak ustazah tu. Jodoh tu pasti datang pada waktu yang tepat dengan keadaan yang tepat. Tapi kita perlu jugak berusaha dan bukan meletak bulat - bulat pada takdir. Saya pun tengah berusaha jugak ni" tutur puan Aishah dengan berhati-hati kerana takut tersalah bicara.
Senyum Hamzah apabila mendengar tutur kata puan Aishah. Sesekali Hamzah perhatikan wajah dan bicara Puan Aishah. Jelas kelihatan orangnya berpendidikan dan berpendirian. Walaupun orangnya tidak memakai tudung dengan sempurna tapi Hamzah lihat usaha wanita tua itu untuk menjadi orang yang lebih baik. Sejuk hati Hamzah apabila puan Aishah memberi tindak balas yang bernas kepada uminya.
"Hamzah kenalkan, ini Puan Aishah pelajar dan merangkak teman baik mi, hehe" kata Ustazah Zafrah kepada anak terunanya.
"Wow teman baik, lain bunyi tu" gurau Hamzah kepada dua wanita di depannya.
..........
"Hamzah nanti boleh tolong ambilkan order Mii"
"Order ape tu Umi? Banyak ke? Tempatnya kat mana?" Tanya Hamzah dengan soalan yang banyak sampai tersenyum melihat Umi tersayang yang sedang tekun menyiapkan makan malam.
Toleh Ustazah Zafrah bila anaknya banyak bergurau dengan dia hari ini. Perangai anaknya sedikit berubah selepas dia memperkenalkan Puan Aishah tadi pagi.
"Pelik Mii tengok Hamzah hari ni, banyak bergurau. Elok juga kalau tidak hamzah asyik serius je and busy dengan kerja sampai makan pun lupa. Ok nanti Mii bagi alamat and pesanan order kat Hamzah. Sekarang tolong Mii siapkan dinner."
Hamzah terus datang mendekat ke Uminya dan membantu tanpa lokek. Bagi Hamzah kerja-kerja membantu Umi dan adik-adik perempuannya adalah pekara biasa tambahan lagi Walid sentiasa memberi contah terbaik untuk diikuti.
.......
"Qai nak kemana pagi-pagi ni?" Tanya Puan Aishah bila melihat anak daranya mengambil kunci kereta.
"Nak jumpa Mak Su sat" jawap Qaila, terus di salam tangan puan Aishah dan berlalu pergi.
Terdiam puan Aishah melihat kelakuan Qaila. Qaila banyak mengelak dari berborak atau duduk bersebelahannya sejak dia memberi tahu keinginannya mengenai anak kenalannya. Sedih dan kecewa, itu adalah perasan yang selalu bermain di mindanya. Hatinya tidak berhenti-henti berdoa supaya anaknya kembali seperti dulu atau mungkin yang lebih baik.
Allahu.
.....
YOU ARE READING
CINTA SI TUA MANIS
Romance"kahwin la jalan terakhir. Ingat senang aku nak bagi anak ni kat kau. Kahwin Qaila, berhenti bermain-main dengan soal jodoh. tolong la" - kemarahan Zuraida yang hampir sahaja meluak-luak disebabkan pemintaan kawan karib AKA. anak buah suaminya iait...