Eunri POV
Esok tu, aku ke sekolah macam biasa. Fasal aku dengan Sanha? Hmp! Malaslah nak ingat. Biarkan dia. Kita tengok betul ke dia nak back up anak Mcdonal tu.
"Hey cik adik yang manis~ jeng jeng jeng jeng~ kenapa muka masam tu~." Tegur Soobin dengan nanyi lagu buatannya guna irama lagu lama Malaysia.
"Gila tak masam? Crush aku benci aku kot. Kau tengoklah cara dia layan aku lepas kitorang gaduh tu. Pandang sebelah mata pun tak. Buat macam aku tak ada kat situ."
"Daripada kau duk fikir fasal crush kau tu, baik kau fikir fasal aku. Ada faedahnya juga."
"Apa motif aku fikir fasal kau?"
"Yelah. Kau tak perasan ke kawan kau ni handsome? Entah-entah dalam hati kau tu ada aku."
Author POV
"Ha yelah! Memang aku ada hati kat kau pun! Tapi sebagai kawan kuakuakuakua."
Muka Soobin yang berseri terus menjadi poker face.
"Aku ni lagi handsome dari crush kau tau."
"Memang pun. Memang kau handsome dari crush aku. Tapi bagi akulah kan, crush aku lagi handsome."
"Mana si monyet dua ekor ni?"
"Dorang? Ouh... tolong cikgu dengan persediaan. Hari ni kan majlis hari persaraan Sir Lee. Kau tak ingat?"
"Ha'ah. Ouh ya! Kitakan ada buat persembahan untuk orang tua tu kan? Jomlah ready. Kita buat last practice sebelum mula."
"Hmm... boleh juga. Jomlah."
.
.
.
."Eunri, Soobin, dah sedia ke belum ni? Turn korang dah ni."
"Jap wey! Yena! Tolong aku wey! Aku rasa macam tercekik dengan baju ni!"
Yena ke arah Eunri dan periksa apa yang tak kena.
"Patutlah. Yang kau pergi butang baju ni sampai habis buat apa? Mana tak lemas."
Yena dengan segera tolong Eunri buka satu butang atas.
Kemudian mereka mulakan persembahan.
"YOO!!!!!" Semua orang sorak mereka dengan gemuruh."Best couple of the year!!!!" Jerit salah seorang murid. Eunri dan Soobin selalu digelar sebagai 'Best couple of the year' kerana hubungan mereka yang sangat rapat. Soobin dan Eunri sangat rapat kerana mereka berkenalan sejak mereka tadika lagi.
Mereka kembali ke belakang pentas.
"Aku rasa kau kena lupakan Sanha then couple jelah dengan Soobin ni. Soobin lagi handsome dari Sanha." Tegur Rachel melulu.
"Kan?" Soobin muka bangga bila dirinya dipuji.
"Eh sesedap Spicy McChicken kau je kan?"
"Jangan cakap McChicken wey. Nanti anak si Mcdonal terasa." Soobin menyampuk.
Semua tergelak.
"Soobin! Ada orang nak jumoa dengan kau woi!" Jerit salah seorang pelajar yang mengurus belakang pentas.
"Siapa?"
YOU ARE READING
My Crush is My Enemy's Boyfriend -Sanha FF (Complet)
Fanfiction"Aku suka dia, tapi dia berpunya. Dengan musuh aku pula tu. Aku nak kawan dengan dia pun susah."- Eunri