Sanha~10

61 6 0
                                    

Dia tepuk tangannya dengan perlahan. Tidak percaya betul apa yang dipandangnya. Hatinya kini pecah melihat kekasihnya bersama orang lain.

"Bagus. Aku bangga dengan kau. Betullah apa yang Eunri cakap? Yang kau tu kaki kikis?"

Padangnya ke arah kekasih atau boleh digelar bekas kekasih dengan dingin.

"S-sanha. I-"

"Kau tak payah tipu aku lah Nancy. Aku dah siasat fasal kau. Fasal semua benda fasal kau. Banyak betul kau tipu aku kan? Kau kaya, tapi tak sekaya yang kau cerita pada aku selama ni.Ikutkan, company appa kau tu aku boleh beli. Dah lah Nancy. Rupa-rupanya kaulah gold digger, bicth yang kau tunjuk pada Eunri tu. Sebabkan kau, aku menyesal tak percaya dia."

Sanha pergi dari mereka. Sakit hatinya dipermainkan.

"Eunri..." nama itu yang hanya mampu sebut sekarang. Dia rasa amat bersalah pada gadia itu.
.
.
.
.
.

"Ssaeng!"

Hari ni Eunri duduk di rumah keluarga mereka. Tapi hanya dia seorang bersama ibubapanya dan ibu angkatnya.

"Siapa pula yang panggil ssaeng ni? Oppa dua ekor tu belum balik."

"Dah baliklah!" Hoshi terjah masuk bilik Eunri.

"Argh! Ada nenek kebayan pendek!"

"Siapa nenek? Oppa? Ssaeng nak kena geletek ke?"

"S-sorry. Hehe. Ingatkan nenek kebayan manalah tadi. Oppa ada apa ni tetiba datang?"

"Nak balik pun tak boleh? Oppa saja balik. Nak jumpa ssaeng. Manager ssaeng kata ssaeng tak ada dekat rumah ssaeng tu. So ssaeng medti ada kat sini. Turunlah bawah. Seventeen datang."

Eunri terus turun dari biliknya ke ruang tamu.
.
.
.
.

"Hi-"

"Hi dongseng!" Usik Eunri kepada Woozi.

"Ha..." keluh Woozi. Dia hanya mampu mengeluh.

"Hehehe. Sorry Woozi oppa. Eunri gurau je."

"N-"

"Ssaeng!"

"Apa?!" Eunri pandang ke arah Hoshi. Kata-kata Woozi dipotong lagi.

"Oppa nak pinjam ssaeng punya game set."

"Ha silakan. Jangan rosakkan!"

Hoshi, DK, Dino dan The8 pun pergi ke bilik game.

"Eun-"

Ting tong. Bunyi loceng rumah berbunyi. Kali Woozi mengalah.

"Aduh tolonglah. Susah sangat ke aku nak duet dengan Eunri?" Soalnya sendirian tetapi semua boleh mendengarnya.

Pembantu rumah masuk.

"Cik muda, Tuan muda Yoon datang."

"Yoon mana ahjuma?"

"Tuan muda Yoon Sanha."

Terus berubah dingin mukanya.

"Ahjuma suruh dia masuk. Suruh dia ke taman bunga. Lepas tu ahjuma boleh teruskan kerja."
.
.
.
.
.

"Kenapa kau datang sini? Nak tuduh aku yang bukan-bukan lagi? Sudahlah Sanha. Aku-"

"Tak." Sanha potomg ayat Eunri dengan pantas.

"Betul ke awak... benci saya?"

Eunri memandang ke arah Sanha dengan pelik. Tetapi wajahnya tetap dingin.

"Benci? Atas pasir je kot. Untuk apa aku benci kau? Fasal tuduhan, kutukan, hinaan yang kau bagi dulu? Aku dah lupa. Dah ditiup angin dah pun."

"T-tapi... kenapa awak... dingin denagn saya?"

"Entahlah Sanha. Sejak aku dengar kutukan kau tu. Aku sakit hati. Bila teringat masa tu rasa perit sangat. Silap aku suka pada kau sedangkan kau dah ada Nancy. Musuh aku. Orang yang selalu benci aku. Benci orang miskin macam aku. Dan sejak dari hari kejadian kita berdua tu, aku takut sangat nak jumpa kau. Takut..." luah hati Eunri. Tiada sedikit pun perubahan di mukanya. Dia tak tahu apa yang dia perlu rasakan. Marah? Sedih?

"S-saya nak minta maaf pada awak, Eunri. Minta maaf sangat-sangat."

Eunri diam seketika. Dia padang kolam ikan yang berada di depannya lama.

"Sebab apa kau minta maaf?"

"Maaf untuk segala-galanya. Maaf untuk semua benda yang saya buat, saya lukakan, saya memang orang yang paling teruk dalam dunia ni."

Eunri tersenyum kecil tapi dia tidak tunjuk pada Sanha. Dia kemudian teruskan muka dinginnya.

"Kau dah tahu fasal Nancy ke? Sebab tu kai minta maaf?"

"Ya... kau betul. Dia memang kaki kikis. Apa yabg awak kutuk fasal dia semua betul."

Eunri pandang ke arah Sanha apabila dia terdengar seperti teresak-esak.

Ya... tepat sekali. Sanha menangis.

"K-kenapa kau nangis pula ni?"

"S-sebab s-saya rasa bersalah sangat dengan a-awak."

Muka Eunri jadi panik.

"Hey! Janganlah nangis Sanha. Saya maafkan awak. Saya tak marahlah." Dari aku kau jadi saya awak. Memang dia dah lama maafkan Sanha.

"T-tapi-"

Eunri peluk Sanha. Dia tak mahu Sanha berikan apa-apa alasan lagi.

"Kalau awak nangis dan asyik salahkan diri, saya tarik balik maaf tu." Ugut Eunri.

Sanha yang sedih tadi terus tergelak mendengar ugutan Eunri.

"Saya nak tanya boleh?" Soal Sanha.

"Hmm?"

"Awak suka saya lagi ke?"

Soalan dari Sanha buatkan Eunri kaku sebentar. Tapi dia gunakan skill lakonannya untuk membantunya.

"Hmm... rasanya saya dah tak ada hati pada awak kot. Hati saya tak terbuka untuk sesiapa dah. Entahlah."

Sanha berubah muka jadi kecewa.

"Ouh..."

Eunri yang perasan faham akan maksud Sanha.

"Melainkan ada orang yang bukakan hati saya." Katanya lalu pergi meninggal Sanha di taman.

Sanha tersenyum. Dia berharap yang dia dapat ambil hati gadis itu.

-TBC-

My Crush is My Enemy's Boyfriend -Sanha FF (Complet)Where stories live. Discover now