Sanha~4

62 6 0
                                    

"Sanha! Saya nak minta buku latihan awak untuk han-" Sanha terus keluarkan buku latihan yabg diminta Eunri tanpa sempat Eunri habiskan ayatnya.

"Ambil ni. Jauhkan diri dari aku. Lain kali suruh oranglain ambil buku. Kalau kau buat, buat sakit mata aje." Sudah lama Sanha tak bercakap dengannya. Bila Sanha berkata pada ayat akhirnya, Eunri mula sakit hati.

Eunri tak mahu nangis. Yang dia ingin sekarang adalah luahkan perasaan marahnya pada Sanha. Tak pernah dia dimarahi oleh lelaki didepannya ini.

"Awak berubah sejak awak kenal Nancy. Awak sedar tu tak Sanha? Dia cakap apa kat awak sampai awak percaya sangat cakap dia tu?"

Sanha diam. Dia malas nak bertengkar dengan Eunri.

"Okay. Awak tak nak jawab. Saya rasa dia dah minta bomoh Wak mana entah sampai rasuk awak macam ni. Biar awak bencikan saya."

Sanha pandang Eunri dengan tidak puas hati atas tuduhan Eunri kepada keksaihnya.

"Kenapa? Awak tak puas hati? Awak ingat dia buat apa kat belakang awak selama ni? Dia curang dengan eamai lelaki kat luar sana tau. Awak tak tahu kan? Saya tahu sebab saya kenal dia lebih lama dari awak. Dia guna awak gunakan awak untuk kikis semua harta awak jelah."

Pak!

Satu tamparan hinggap di pipi Eunri. Semua terkejut melihat apa yang terjadi. Soobin tak boleh duduk diam lalu menuju ke arah Sanha.

"Kau tampar dia? Seumur hidup dia, pipi dia ni tak pernah disentuh. Tahu tak?!" Marah Soobin sampil mencengkam kolar milik Sanha.

"Soobin... tolong lepaskan dia. Biar aku settlekan sendiri."

Soobin lepaska Sanha. Yena dan Rachel tarik Soobin jauh dari Sanha supaya keadaan tidak teruk.

"Cakap tu tengok diri sikit. Nancy tu dah kaya, dia tak perlukan harta aku untuk bahagia. Kau tu bukan kaki kikis? Kikis duit Eunwoo hyung? Kau tahu Eunwoo hyung tu kaya, sebab tu kau goda dia sampai dia jatuh kat tangan kau kan? Sebab kau miskin! Anak pungut! Membebankan hidup keluarga Hoshi aje kerja kau. Kau tak patut wujud langsunglah!"

Eunri memandang Sanha. Lama dipandangnya. Soobin pula ingin menyerang Sanha tapi rakan-rakan sekelas mereka halang.

Eunri letakkan buku latihan kelas mereka di meja guru.

"Awak... benci saya, atas tuduhan Nancy buat Sanha. Awak percayakan dia lebih awak percayakan saya yang dah kenal awak lama. Dari tadika. (Kalau author kata dorang kenal dari elemantery ir middle school tu salah ya. Harap maaf.) Nancy tak ada dengan kita masa tu. Waktu sekolah rendah, sekolah menengah, kita terpisah tapi tetap berhubung. Kita selalu jumpa. Awak baik sangat dengan saya. Highschool, ada pindah sini semuanya baik sebelum ni sehingga Nancy masuk dalam hidup awak. Awak banyak berubah, awak dah kurang luahkan masa dengan saya. Jarang kita borak sama-sama nacam dulu. Awak dingin dengan saya selalu. Saya kecewa dengan awak. Saya menyesal suka awak selama kita kenal. Saya menyesal! Saya benci awak Yoon Sanha!"

Eunri keluar dari kelas dengan air matanya yang jatuh dari pipi. Dia berhenti bila ternampak abangnya yang berada di depan pintu dengan bekal makanan yang ingin diberikan untuk adik kesayangannya. Eunri hanya biarkan abangnya lalu terus menuju ke rooftop.

Eunwoo masuk ke dalam kelas lalu pandang ke arah Sanha. Sanha juga pandang Eunwoo. Walaupun dia masih terkejut, tapi dia tetap takut melihat muka seram hyungnya itu.

"Hyung..."

"Hyung nak buat pengakuan. Eunri tu adik hyung. Adik kandung yang dah lama hilang dari kami kecil lagi. Dia bukan kaki kikis. Hyung minta maaf untuk apa yang dia cakap tentang Nancy. Dia terlalu kasar. Dia cuma nak bagi amaran pada Sanha yang Sanha ada dalam mulu buaya. Hyung dah siasat fasal Nancy."

My Crush is My Enemy's Boyfriend -Sanha FF (Complet)Where stories live. Discover now