"Bahagiamu,
Deritaku"🍁🍁🍁
"AKU terima nikahnya Nurin Aira Binti Kamarul dengan mas kahwin sebanyak RM300 ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah."
"Sah."
Setelah lafaz itu dilafazkan maka, Nurin Aira sah bergelar isteri kepada Kasha Amir. Wajah sang suami dipandang bersama senyuman. Huluran tangan disambut lalu dikucup lembut.
Untuk seumur hidupnya ini adalah pertama kali dia bersentuhan dengan lelaki dan lelaki itu adalah suaminya sendiri. Kasha Amir.
Cup!
Hangat. Itu yang dirasakan oleh Nurin Aira.
"Kalau ya pun dah tak sabar, tunggulah majlis habis dulu," bisik Nasuha merangkap sahabat baiknya.
Nurin Aira tersentak. Tidak semena wajahnya merona merah bak tomato menahan malu.
'Ya allah, aku tenung Kasha ke tadi?' desis hati kecilnya.
Sementara itu wajah Kasha datar sahaja. Pandangan dia juga tajam terhadap wanita di hadapannya ini.
"Kasha." Seru Nurin Aira.
Kasha menunduk sedikit. Keningnya dijongketkan sedikit.
"Are you okay?" soal Nurin Aira.
"Yes."
Hanya satu ayat. Dan ia mengiakan segala-galanya.
🍁🍁🍁
12.30 tengah malam.
"Tidur bawah," kata Kasha. Bantal dan selimut dilempar tepat di kaki wanita itu.
Nurin Aira diam. Dia sudah menjangka perkara ini akan terjadi. Kerana, mereka berkahwin bukanlah atas dasar cinta. Mahupun busines. Tetapi atas dasar lampias dendam.
Disebabkan seseorang, dia yang terpaksa menanggung akibat. Tidak mengapa ujian Allah itu indah.
"One more thing, jangan sentuh barang-barang aku. Faham?" ujar Kasha. Wajah Nurin Aira tidak dipandang sebalikya dia tekun memandang skrin IPhonennya.
"Faham," jawab Nurin Aira. Lalu bantal dan selimut diambil.
Oleh kerana tiada narita atau tilam lebih. Maka selimut yang diberikan oleh Kasha dibuat alas. Setelah itu barulah dia merebahkan diri. Penat.
3.00 pagi.
Kasha Amir terjaga dari lena lalu memandang insan yang dibawah. Setiap inci wajah Nurin Aira dipandang. Ya, Nurin Aira sangat cantik. Malah, kedua mata biru wanita itu mampu menggetarkan naluri lelakinya.
"Kau cantik. Dan dari hari pertama bertemu, aku sudah mula mencintai kau Nurin Aira. Tetapi sebab dia. Kau yang terkena tempias," kata Kasha Amir kesal.
Ubun-ubun wanita itu diusap perlahan. Senyuman terlempar.
'Dendam tetap dendam Nurin Aira.'
TBC..
Hai semua,
Kalau best vote tau dan komen
Bila perlu :)So how bab 1 ok tak?
Komen tau.
YOU ARE READING
ISTERI YANG TIDAK DIANGGAP
RomancePerkahwinan atas cinta? sama sekali tidak terjadi kepada Nurin Aira. Mungkin, perkahwinan atas dasar busines? tidak juga. Perkahwinan mereka atas dasar dendam. NURIN AIRA - Hidup dalam seksaan suami sendiri. Pukulan, cacian dan makian itu sememangn...