BAB 2

3.6K 61 4
                                    

"Bahagiamu,
Deritaku"

🍁🍁🍁

"KASHA."

Seru Nurin Aira. Kasha memandang isterinya. Namun, wajah datar yang dipamerkan. Tiada secalit senyuman diberikan. Muka ketat adalah, takut mak.

"Kita akan tinggal dekat rumah mama ke?" soal Nurin Aira.

"Tak, lepas seminggu kita pindah rumah AKU," kata Kasha. Sengaja ditekankan perkataan aku. Biar wanita yang bergelar isteri ini sedar diri dimana letaknya asal diri sebenar seorang insan bernama Nurin Aira.

Nurin Aira senyum. Dia sekadar mengiakan sahaja.

"Kasha," panggil Nurin Aira. Wajah sang suami tidak lepas dipandang. Walaupun Kasha tidak memandang wajahnya. Dari situ, dia sedar bahawa Kasha amat membenci dirinya.

"Apa? Dari tadi panggil nama aku, Kasha.. Kasha," kata Kasha sebal. Kepalanya didongakkan memandang ke arah sang isteri.

"Kenapa awak benci saya?" soal Nurin Aira ingin jawapan daripada Kasha. Sudah berapa bulan persoalan ini bermain di fikirannya. Namun dia sendiri gagal menemui jawapan yang sepatutnya.

"Sebab kau.." Kasha tidak menghabiskan ayatnya, malah dibiarkan tergantung.  Tidak mungkin dia akan menceritakan hal itu.

Sakit hatinya jika dia mengingati semula apa yang terjadi. Argh! Perempuan semua sama sahaja.

"Kasha?" seru Nurin Aira. Dahinya dikerutkan sedikit. Pelik akan sikap suaminya. Tiba-tiba sahaja menggantungkan ayat yang ingin disampaikan.

"Tak payah sibuklah," jawab Kasha mudah.

"Tapi saya nak tahu," kata Nurin Aira pula.

Pasti ada sebab kenapa dia dibenci. Seseorang itu siapa? apa kaitan dengan dirinya?

"Aku cakap tak payah sibukkan Aira?" kata Kasha lagi. Nada suaranya dinaikkan sedikit.

Nurin Aira mendegus.

"But why?"

"Because she was died 5 years ago!" marah Kasha lalu masuk ke dalam rumah. Elok-elok mood dia ok. Gara-gara Nurin Aira moodnya rosak.

Argh! semak!

🍁🍁🍁

1 minggu kemudian.

Kasha Amir dan Nurin Aira turun dari kereta yang dinaiki oleh mereka iaitu honda civic, lalu berjalan ke arah muka pintu. Manakala Nurin Aira memandang sekeliling kawasan rumah tersebut. Cantik!

Dekorasi yang dibuat memang sesuai dengan kawasan rumah itu. Teratur dan kemas. Dia suka akan suasana ala-ala kampung seperti ini. Manakan tidak terdapat pondok kecil untuk dia berehat dan dihadapannya terletak cantik kolam ikan yang di dalamnya terdapat pelbagai spesis ikan.

"Kau nak aku kurung kau dekat luar ke Aira?" kata Kasha dingin. Wajah Nurin Aira langsung tidak dipandang.

Bukan dia tidak sudi, namun wajah itu membuatkan dia teringat akan seseorang. Argh! dia benci wanita itu. Sangat!

ISTERI YANG TIDAK DIANGGAPWhere stories live. Discover now