Pada keesokan harinya,pada waktu pagi jam menunjukkan pada pukul 6:30. Aina sudah siap awal daripada pukul 6:00 tadi bukan kerana dia semangat nak daftar sekolah baru,tapi kerana dia takut di marahi oleh ayahnya. Lalu Aina pun menuruni tangga untuk bersarapan bersama ibu ayah sebelum pergi ke sekolah barunya.
"Good morning ibu ayah"kata Aina lalu duduk di kerusi untuk sarapan bersama. "Good morning too sayang"kata ibu dan ayah serentak. "Macam mana dah ready nak pergi sekolah baru?"tanya Ayah. "Hm"jawab Aina dengan nada yang malas. "Sayang tak baik jawab macam tu"tegur ibu. "Ye sorry"kata Aina dengan masih nada malas. "Harini Pakcik Omar yang akan hantar awak ke sekolah"kata Ayah. "Lah kenapa? Ayah la hantar Aina malu la nak masuk sorang2"kata Aina. "Ayah kan banyak kerja jadi Ayah tak boleh nak hantar awak,lagi pun awak dah besarkan"kata Ayah. "Hm ok"kata Aina dengan nada sedikit kecewa. "Eh dah nak dekat pukul 7 dah ni makan cepat,nanti awak lambat pulak masuk sekolah"kata Ibu. "Aina dah kenyang ok lah Aina pergi dulu asalamualaikum"kata Aina lalu salam dan mencium tangan kedua orang tuanya. "Waalaikumsalam"jawab ayah ibu serentak.
Pakcik Omar pun menghantar Aina di depan pintu pagar sekolah barunya iaitu di sekolah SMK Muhammadiyah 4 Glenmore. Kelihatan ramai murid2 sedang berkumpul di dalam sambil menunggu bunyi loceng kelas. Aina pun mula turun dari kereta dan memasuki pagar sekolah dan ramai murid2 pandang Aina dengan keadaan terpegun. Apa lagi murid2 lelaki yang dari tadi tidak berkelip mata bila pandang Aina.
"Ok cik dah sampai"kata pakcik Omar. "Hm saya segan la pakcik"kata Aina sambil melihat murid2 yang berada di dalam sekolah itu. "Takpe nanti lama2 awak ok la tu"jawab pakcik Omar. "Baiklah saya masuk dulu and satu lagi jangan panggil saya cik panggil je saya Aina saya masih belum tua"kata Aina lalu menurun dari kereta. "Baiklah Aina jaga diri"kata pakcik Omar. "Terima kasih pakcik"kata Aina sambil tutup pintu kereta dan terus masuk pintu pagar sekolah.
"Eh tengok ada budak baru lah"kata seorang lelaki sambil melihat ke arah Aina. "Weh cantik gila siot" kata seorang kawan lelaki tadi. "Ishh kenapa semua pandang aku ni,dah lah aku malu takpelah buat2 tak tau je"kata hati Aina sambil berjalan melepasi mereka. "Alamak aku mana tau pejabat dekat mana aduii nak tanya siapa ni"kata hati Aina sambil mencari di mana pejabat sekolah. Tiba2 ada seorang lelaki menghampirinya dan bertanya kepada Aina.
"Hy awak budak baru ke?"tanya lelaki itu. "Err hy ye saya budak baru"jawab Aina dengan segan. "Ohh yeke salam kenal saya Ilham dari kelas 5"kata lelaki itu sambil tersenyum dan menghulur tangan. "Ok saya Aina dari Malaysia salam kenal jugak,sorry tak boleh salam bukan muhrim"kata Aina. "Ohh maaf hehe lupa, wahh series lah awak dari Malaysia kawan upin ipin ke ni"kata Ilham dengan teruja kerana itu baru pertama kali dia berkawan dengan orang Malaysia. "Yup series la ni haha upin ipin tak wujud la"kata Aina sambil ketawa lembut. "Lah yeke ingatkan upin ipin wujud baru nak suruh awak tolong bawak dia orang datang sini"gurau ilham. "Haha apalah awak ni eh btw boleh tak awak tolong tunjukkan saya dekat mana pejabat sekolah,dari tadi saya cari tak jumpa" tanya Aina. "Boleh2 jom ikut saya"jawab ilham. Mereka pun terus berjalan sambil borak sehingga di depan pintu pejabat. "Thanks tau sebab tolong tunjukkan pejabat,tak sangka pulak awak pandai cakap bahasa Melayu"kata Aina sambil tersenyum. "No problem la untuk gadis cantik macam awak, hehe saya belajar dari cerita upin ipin"kata ilham sambil ketawa. "Wow bagus la tu haha"kata Aina. "Ok lah awak saya kena masuk kelas dulu lagi pun loceng dah bunyi nanti saya kena denda pulak bye assalamualaikum"kata Ilham. "Ok jumpa nanti,waalaikumussalam" jawab Aina. Ilham pun berlari memasuki kelas dan Aina pula terus masuk ke dalam pejabat. Dia berjalan menuju ke meja puan Mariam. "Assalamualaikum ni puan Mariam ke?"tanya Aina. "Waalaikumsalam, ye saya puan Mariam, ni Aina kan ha tulis nama dan no IC awak dalam borang ni"jawab puan Mariam. Aina pun mula mengisi borang yang di suruh oleh puan Mariam. "Baiklah awak boleh masuk kelas sekarang"kata puan Mariam. "Kelas saya kat mana cikgu?"tanya Aina. "Kelas awak no 5 sama dengan cikgu jadi awak boleh ikut cikgu sekarang"jawab puan Mariam. "Baiklah cikgu"kata Aina. Puan Mariam dan Aina pun berjalan hingga menuju ke kelas 5.
Di kelas 5
Ilham baru sahaja masuk ke kelas dan kawan2 mereka mula bertanya kenapa Ilham masuk lambat.
"Kau pergi mana ham?"tanya Faqi. "Aku baru je lepas hantar budak baru ke pejabat dia tak tau pejabat kat mana"jawab ilham sambil duduk di tempatnya. "Wahh ada budak baru ke siapa?lelaki ke perempuan?"tanya Haris. "Amboi kau ni laju je kalau ada budak baru kan"kata Zaka. "Biarlah"kata Haris. "Perempuan,anak dari Malaysia"jawab Ilham. "Wahh dari Malaysia? asekkk"jawab mereka bertiga serentak. "Cantik tak weh"tanya Haris lagi. "Kau ni banyak tanya lah nanti kau tengok lah sendiri time rehat nanti"kata ilham. "Dia kelas mana?"tanya Zaka. "Tak tau la lepas aku hantar je dia terus aku masuk kelas"jawab Ilham. Tiba2 ada seorang perempuan datang ke arah mereka dan memberi tau Puan Mariam dah datang. Lalu mereka semua pun terus duduk di tempat masing2.
"Bangunnn, Assalamualaikum cikgu Mariam"kata ketua kelas dan semua murid pun ikut memberi salam. "Waalaikumussalam kamu semua boleh duduk"kata puan Mariam. Lalu mereka semua pun duduk. "Baik hari ini kamu semua akan ada pelajar baru,kamu boleh masuk sekarang"kata puan Mariam dan Aina pun masuk ke dalam kelas itu. Ramai yang melihat Aina dengan keadaan tidak berkelip mata apa ntah lagi Haris sampai termenung di buatnya bila pandang Aina. "Perkenalkan diri kamu"kata puan Mariam. "Hy nama saya Aina Adila korang semua boleh panggil saya Aina,saya berasal dari Malaysia dan baru pindah ke sini selamat berkenalan semua"kata Aina sambil senyum terpaksa. "Hy Aina"sapa satu kelas. "Baiklah kamu boleh duduk dekat tepi laras dan sopiah di hujung sana"kata puan Mariam. "Baik cikgu"kata Aina. Aina pun duduk di sebelah laras dan sopiah dan mereka pun saling kenal kenalan.
"Hy nama aku laras selamat berkenalan"sapa Laras. "Hy nama aku Sopiah selamat berkenalan"sapa Sopiah. "Hy nama aku Aina selamat berkenalan jugak"jawab Aina. "Sekejap lagi time rehat kita rehat sama nak?"tanya Laras. "Boleh"jawab Aina. "Baiklah semua buka buku teks math muka surat 45"kata puan Mariam. Mereka pun membuka muka surat tersebut dan belajar bersama puan Mariam sehinggalah tibanya masa rehat.
"Baiklah kamu semua boleh keluar rehat sekarang"kata puan Mariam sambil keluar kelas. Setelah itu ramai lelaki yang datang ke meja Aina untuk berkenalan dengan Aina sehingga aina merasa sangat serabut dan tiba2 Haris pun datang menghalau mereka dan cuba untuk berkenalan dengan Aina juga namun gagal.
"Hy Aina jom rehat sama nak"tanya seorang lelaki di kelas tersebut. "Tak payah lah rehat dengan saya je nak?"Tanya seorang lagi lelaki di kelas itu. "Heyyy pergi la rehat buat apa kumpul sini lagi shhh2 sana cepat" tegur Haris. Lalu mereka semua pun keluar kerana mereka takut dengan Haris. "Dia orang semua ganggu awak ke? Kalau dia orang ganggu awak cakap je kat saya,biar saja ajar dia orang hehe btw nama saya Haris selamat berkenalan tau"tegur Haris sambil menghulurkan tangan. "Tak tanya pun, jom la Laras Sopiah kita rehat"jawab Aina lalu mereka pun bangun dari kerusinya dan keluar untuk berehat. "Amboii sombongnya"kata Haris. "Hahahaha kena reject ke bossku"Tanya Faqi sambil gelak. "Tak pernah2 aku tengok kau kena reject"gelak Zaka. "Dengan aku dia elok je tadi hahaha mungkin dia serabut kot ramai yang nak kenal dengan dia ataupun dia tak suka tengok muka kau"gurau ilham dan gelak sekali. "Diam lah! jom la rehat aku lapar dah ni"kata Haris sambil buat muka geram" "hahahaha"mereka bertiga gelakkan Haris serentak.
Bersambung...
.
.
.
.
.
.
.
Sorry banyak yang hambar sebab author ngantuk. Jangan lupa vote and comment ok thankyou ;)

YOU ARE READING
My First Love
RomanceAda seorang perempuan anak Malaysia baru pindah ke Indonesia iaitu di Bayuwangi Glenmore Jawa Tengah dia terpaksa berpindah disebabkan orang tua dia kena pindah kerja di sana. Setelah sampai di sana,dia di minati ramai lelaki2 di sekolah SMK Muhamma...