Setelah sampai di rumah Aina pun memasuki rumah dan menaiki tangga lalu ke biliknya,dia terasa agak letih dan bercadang hendak memandi kolam di belakang rumah.
*dalam bilik Aina*
"Hm penatnye baru first day masuk sekolah dah banyak kerja sekolah haihh nanti la aku buat baik aku mandi kolam dekat belakang rumah ni lama dah aku tak mandi kolam"kata Aina lalu dia pun turun tangga bertanya kepada bibik. "Bik budak2 mana?" "Ada di dalam bilik puan Yantie mereka tengah tidur neng"jawab bibik. "Yang lain bila balik?"Tanya Aina lagi. "Kata mereka sebentar lagi mereka pulang"jawab bibik lagi. "Ohh baiklah terima bik saya nak mandi kolam kat belakang sekejap"kata Aina. "Baik neng hati2 jangan sampai lemas"kata Bibik.
Setelah Aina habis mandi kolam dia pun menaiki atas dan menyiapkan semua kerja sekolahnya sehingga tertidur sampailah maghrib. Tiba2 ada orang mengetuk pintu sehingga membuatkan Aina terjaga. Lalu dia pun membuka pintu dan rupa rupanya kakcik yang ingin mengajak memakan malam.
"Haih siapa pulak ni kacau je orang nak tidur"kata Aina sambil membuka pintu. "Sedapnya tidur taknak makan malam ke?"kata Kakcik. "Eh dah maghrib dah ke?"tanya Aina. "Dah kak oiii bangun cepat yang lain semua tunggu kat bawah dahtu"kata Kakcik. "Ok2 nanti Aina turun,nak solat maghrib jap"kata Aina. "Ok cepat sikit"kata Kakcik lalu dia pun turun ke bawah.
Selepas siap solat Aina pun turun kebawah dan makan bersama keluarga yang tercinta,mereka berborak sambil menceritakan first day mereka kerja di sini dan Ayah Aina pun bertanya ke Aina.
"So sayang how you first day school?"tanya Ayah. "Hm not bad lah"kata Aina sambil mengeluh. "Why darling?ada yang buli kamu ke?"tanya ibu risau. "Takde lah just tak sama macam sekolah kat sana"kata Aina. "Biasalah tu mula2 nanti lama2 awak biasa lah dengan tempat tu,ha ada cikgu bagi kerja sekolah tak?Kalau ada pergi buat sekarang"kata Ayah. "Dah siap dah pun tadi"kata Aina. "Good girl anak ibu sorang ni belajar rajin2 tau jadi macam kakak dan abang awak"kata Ibu. "Baiklah"kata Aina.
Selepas habis makan mereka semua pun bersiap sedia untuk tidur kerana esok kerja dan sekolah. Keluarga Aina memang selalu tidur awal kerana mereka takut tak terkejut.
Haris Pov
Selepas balik dari sekolah Haris pun tidur sehingga maghrib dia tidak hiraukan langsung kerja sekolah yang di beri oleh puan Mariam selepas dia terjaga dia pun menunaikan solat maghrib dan isyak lalu Haris pun menelfon zaka untuk bermain ke rumahnya.
"Zaka aku nak datang rumah kau ni"kata Haris. "Ha kebetulan kau telfon,aku baru nak telfon kau yang lain ada dekat sini ni tengah tunggu kau"kata Zaka. "Ok 5 minit lagi aku sampai"kata Haris lalu dia pun mematikan panggilannya dan meminta izin Mamanya keluar. "Ma Haris nak keluar kejap pergi rumah Zaka ada latihan"kata Haris. "Ha ok hati2 jangan balik lewat malam sangat nanti Mama kunci pintu"kata Mama. "Ishh ma ni ye Haris balik awal ok lah Ma Haris pergi dulu Assalamualikum"kata Haris lalu dia pun menyalam ibunya dan menghidupkan motornya lalu dia pun menuju ke rumah zaka. "Waalaikumsalam"kata Mama Haris.
Selepas 5 minit kemudian Haris pun sampai di rumah zaka dan mereka pun berlatih bersama sama.
"Assalamualaikum"kata Haris lalu masuk ke rumah Zaka. "Waalaikumussalam"kata mereka serentak. "Ha sampai pun pakcik ni dah Jom la training"kata Faqi. "Jom"kata mereka serentak. Selepas habis training mereka pun menanyakan pasal Aina kepada Haris.
"So macam mana Haris kau dah dapat Aina belum"tanya Ilham. "Uishh awal lagi bro masih dalam proses bukan senang nak dapat perempuan singa macam tu"kata Haris. "Petang tadi bukan kau hantar dia ke?"tanya Faqi. "Tak dia balik dengan driver ayah dia"kata Haris. "Takpe esok ada lagi"kata Zaka. "Ok lah weh dah lewat malam dah ni aku balik dulu nanti tak pasal2 aku tidur luar malam ni kang" kata Haris. "Tula aku pun nak balik jugak ni"kata Ilham. "Jom lah semua balik jumpa kat sekolah esok"kata Faqi. Mereka semua pun balik ke rumah masing2 dan merebahkan diri ke atas katil lalu mereka semua pun tertidur.
Aina Pov
Pagi pun sudah menjelma dan macam biasa Aina sudah siap dari awak untuk pergi ke sekolah dan Aina pun bersarapan bersama keluarganya
"Morning ibu Ayah and Semua"kata Aina. "Morning too"kata mereka serentak. "Harini awak pergi sendiri jela eh sekolah"kata Ayah. "Aikk nak pergi naik apa takkan nak naik angkot"kata Aina.(Angkot tu moto yang macam beca dekat indon tapi aku tak tau dekat sini panggil apa) "Tu ayah dah beli moto skuter untuk awak kat lur sana so senang lah awak nak pergi dan balik nanti"kata Ayah. "Wahh betul ke thank you Ayah"kata Aina teruja. "Dah hafal jalan balik kan?"tanya Ayah. "Dah oklah Aina pergi dulu assalamualaikum"kata Aina sambil menyalam tangan kedua ibu bapanya dan juga keluarganya yang lain. "Hati2 ye sayang kat jalan raya tu"pesan Ibu. "Ok ibu"kata Aina.
Aina pun menghidupkan motonya dan pergi bertolak ke sekolah. Selepas sampai di sekolah Aina pun bertemu dengan Laras dan Sopiah di tempat parking moto di sekolah.
"Eh Aina bawak moto harini"kata Laras. "Wahh moto baru ke ni berkilat je nampak"kata Sopiah. "Hehe ha'ah ayah aku baru beli semalam so senang lah aku boleh balik sekali dengan korang nanti"kata Aina. "Baguslah kalau macam tu"kata Laras dan Sopiah.
Haris Pov
Hari ni Haris bangun agak sedikit lewat lalu dia pun bergegas untuk kesekolah tanpa bersarapan.
"Maaaaaa kenapa tak kejut Haris tengoklah dah lambat dah ni" kata Haris. "Amboiii dah besar pun nak berharap kat mama lagi ke nak kejut awak sepatutnya awak tu set jam bukan berharap pada Mama"blebe Mama Haris. "Haih yela yela haris salah oklah haris pergi dulu "kata Haris sambil menyalam tangan mamanya dan menghidupkan motonya. "Ehh tak sarapan dulu ke?"tanya Mama Haris. "Tak lah dah lambat ni pergi dulu asalamualaikum" kata Haris dan dia pun bertolak pergi ke sekolah. "Waalaikumsalam"kata mama Haris sambil ketawa kerana melihat gelagat anaknya itu.
Selepas itu Haris pun sampai di sekolah dan parking moto di tempatnya tiba2 dia ternampak Aina dan kawan kawannya di parking moto itu lalu dia pun menghampiri mereka.
"Eh ada babe lah tunggu saya ke?"ngusik Haris. "Haih kau ni kan pagi2 dah kacau aku serabut tau tak boleh tak pergi sana"kata Aina. "Alah babe ni pagi2 dah marah saya hm sedih la macam ni"kata Haris sambil buat muka memek. "Dah2 jom masuk kelas loceng dah bunyi ni"kata Laras. "Betul jugak tu jom lah"kata Sopiah. "Nak ikut masuk sekali boleh?"tanya Haris. "Ha tak payah nak sibuk"marah Aina. "Ikut kau lah Haris biarlah dia Aina dia pun sekelas dengan kita"kata Sopiah. "Yes boleh la aku ejas Aina"kata Haris perlahan. "Kau cakap apa?"Kata Aina. "Eh tak aku nampak tupai lalu tadi"kata Haris selamba. "Bodo amat"kata Aina sambil menjeling ke Haris. "Dah dah jom masuk"kata Laras.
Mereka pun jalan menuju ke kelas bersama tiba2 Aina tersepak batu di hadapan kerana tidak nampak sehingga Aina hampir terjatuh dan Haris pun menyambut Aina lalu mereka pun bertatapan mata. Manakala Laras dan Sopiah hanya menahan ketawa.
"Ekhem ekhem"kata Laras dan Sopiah dan mereka pun tersedar. "Eh are you okay?"tanya Haris sambil tahan malu. "Em yes,dah jom lah masuk"kata Aina lalu dia pun masuk ke kelas bersendirian dan meninggalkan Laras,Sopiah dan Haris di belalang kerana malu dengan kejadian tadi. "Eh Aina tunggu kita orang"kata Laras dan Sopiah sambil mengejar Aina. Manakala Haris hanya tersenyum dan ketawa sendiri di situ.
Bersambung..
Hy guys sorry author lama tk update author Busy kerja ha, so macam mna guys ok tak? Jangan lupa vote and comment ok thankyou sebab sudi baca cerita ni ;)

YOU ARE READING
My First Love
RomanceAda seorang perempuan anak Malaysia baru pindah ke Indonesia iaitu di Bayuwangi Glenmore Jawa Tengah dia terpaksa berpindah disebabkan orang tua dia kena pindah kerja di sana. Setelah sampai di sana,dia di minati ramai lelaki2 di sekolah SMK Muhamma...