_B A B_8_

1.1K 37 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SAMPAI ke resort, vellfire hitam milik mama tiada di perkarangan. Raef menggaru kepala. Telefon di tangan kritikal bateri ada lapan peratus. Cari powerbank dalam beg galas di kerusi sebelah, kosong terus.

Mentang-mentanglah dia tak pedulikan telefon sejak semalam. Lebih banyak termenung mengenangkan nasib diri terpaksa ikut Tok Abah balik ke kampung.

Dahlah dia tak sukakan laut tapi dipaksa tinggal di tepi pantai. Dengan panasnya lagi.

Terjenguk-jenguk kepala Raef cuba mencari staf ber-uniform yang melintas. Tapi tak seorang kelihatan. Hanya ada dua tiga orang guest yang sedang bersantai di tepi pantai. Kusut fikiran Raef. Mustahil dia perlu keluar hanya dengan memakai tuala? Jatuhlah maruah dan harga diri seorang Afham.

Telefon di tangan kembali ditekan mencari nombor mama. Belum sempat mahu didekatkan ke telinga, skrin telefon terus bergelap. Raef hampir meraung.

Apa dosa dia terlalu banyak dugaan yang menimpa? Bukankah dia baru kehilangan papa? Hilang tempat tinggal, hilang segala harta benda. Mustahil maruah diri perlu digadai juga?

Sedang mengetuk-ketuk kepala fikirkan sebarang idea, sebuah kereta yang cukup dikenali memasuki perkarangan resort.

Arggh! Kenapa mesti mereka bertemu lagi? Tak bolehkah kalau tak jumpa mulai saat itu sampai bila-bila? Stress Raef rasakan. Kalau macam ini gayanya memang boleh gila!

"Kereta Tuan Muda tu," Mirul memuncungkan mulut keluar.

"Dah tu apa masalahnya? Dah resort tokkk dia," panjang harakat ayat 'tok' yang Safiya sebut. Terus dia melangkah turun dari kereta diikuti Mirul yang membawa segala benda.

"Dia ada kat dalam lagi tu, Pia."

"So what? Bukan masalah aku," sahut Safiya langsung tak peduli sambil pintu kereta dihempas kuat.

Laju kakinya berlari menuju ke bangunan reception. Sudah pukul enam petang tapi dia masih belum pulang. Kesian ayah. Pasti tertunggu-tunggu. Mirul juga yang menggaru kepala tak henti sebelum turut berlari naik ke atas.

CINTAI AKU SEADANYA || telah terbit 2024 - DearNovels ❤Where stories live. Discover now