_B A B_4_

1.3K 49 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


RUANG bilik terang benderang namun kelibat tuannya langsung tak kelihatan. Dato' Yusri melanjutkan langkah ke sebelah kiri. Kelihatan anaknya sedang kusyuk mengadap meja kerja. Langsung tak menyedari kemunculan samentelah dengan headphone yang terpekup pada kedua telinga.

Tangan dijatuhkan ke bahu itu.

Raef Afham tersentak. Wajah diangkat dari lembaran kertas kerja sebelum berkalih ke kanan. Bibir terus mencarik senyuman sambil headphone pada telinga ditanggalkan.

"Papa."

"Banyak kerja ke?" segaris senyuman menghiasi wajah Dato' Yusri. Seketika punggungnya dilabuhkan pada sofa berdekatan.

"Adalah sikit," sahut Raef sambil mengangkat punggung dari kerusi meja kerja. Terus mendekati lalu duduk di sisi papanya.

"Baguslah Raf pandai cari rezeki sendiri. Tak berharap pada papa. Nanti kalau papa dah tak ada, senang nak hidup," bahu anaknya Dato' Yusri tepuk-tepuk perlahan. Namun walau di wajah mengukir senyuman, risau tetap merajai hati.

"Papa... kan Raf dah cakap Raf tak berminat dengan bisnes papa. Please... tak payah nak suruh Raf jadi CEO ambil alih syarikat ke apa. Akak ada. Raf lebih suka kerja macam sekarang. Bebas. Boleh buat benda lain tak perlu nak tumpukan perhatian pada satu kerja," sebut Raef Afham mempertahankan pendiriannya selama ini.

Tak perlu papa memujuk bagai menyuruh dia ambil alih bisnes, memang dia tak layan. Raef mahukan kebebasan berkarya bukannya tersekat. Terpaksa mengikut pelbagai syarat. That not him. Dia seorang manusia bebas. Bila mahu buat yang itu, dia akan buat walaupun yang ini belum siap.

"Papa bangga dengan Raf. Maknanya Raf dah mampu berdikari. Dah 27 tahun, kan?"

"Papa. No! Jangan nak sebut pasal jodoh Raf tak nak dengar. I'm still young, papa. Kalau nak kawin pun Raf akan kawin bila umur 30."

"Kalau macam tu kempunanlah papa nak bercucu," Dato' Yusri tergeleng kepala perlahan.

"Kempunan apanya? Akak dah bagi cucu seorang. Okeylah tu. Tak ada istilah kempunan pun."

CINTAI AKU SEADANYA || telah terbit 2024 - DearNovels ❤Where stories live. Discover now