missraisha_
Bunga Melati sekeping nama yang cantik sesuai dengan pemiliknya, lembut dan polos. Tetapi, hidupnya tidak seindah nama yang dimiliki oleh dia. Hidupnya penuh dengan ujian. Kerana, ujian itu bukti bahawa Allah sentiasa menyayangi hambaNYA.
Dia hanya seorang gadis kampung yang tiada pelajaran. Seumur hidup, dia tidak pernah ke sekolah. Dia hanya tahu menoreh getah. Dia hanya tahu, menangkap ikan di laut. Jika ada kelapangan, dia akan mengambil upah menjahit baju.
Hidupnya pula, sebatang kara. Neneknya, Che Habsah baru sahaja meninggal dunia kerana serangan jantung. Emak saudara pula mempunyai masalah mental.
Hidup ini, sentiasa wujudnya kebetulan. Entah bagaimana takdir bisa membawa dia sejauh ini, berkenalan dengan Mikael Arjuna bukan kerana cinta tetapi kerana terpaksa.
Si jejaka memerlukan seorang wanita yang sanggup menguruskan anak perempuan dan ibu tirinya yang kini lumpuh.
"Kita kahwin sebab aku nak mudahkan kau. Jadi, jangan harap aku akan cintakan kau. Faham?" - MIKAEL ARJUNA.
START : 25.11.2025.
END :