《🌟Surat & Batu🌟》

505 42 8
                                    

Cippp....cipp.....cippp

Malam telah pun bertukar pagi. Aku yang sentiasa bangun awal terus ke bilik ayahku untuk mengurusnya.

Tok...tok...tok

"Ayah oh ayah, Boleh Meli masuk"

".........."

"Ayah....ayah masih tidur ke ?"

"........."

"Ayah! Ayah kenapa diam. Meli masuk ni". Aku membuka pintu bilik ayah dan mendapati kosong tiada langsung kelibat ayahku.

"Haih, selamat pagi ayah". Aku terus duduk di birai katil ayahku ditemani air mata yang mengalir.

"Ayah....tak sangka masanya tiba dimana ayah meninggalkan Meli seorang diri di rumah peninggalan ayah dan ibu". Aku mengibas-ngibas tempat tidur ayah dan membuka tingkap kecil di sebelah almari coklat untuk membenarkan udara segar masuk ke dalam..

Aku menangkap sosok selimut putih yang berkibar di atas almari akibat tiupan angin. Aku teringat akan kata ayah sebelumnya tentang kotak di atas almari ditutupi selimut putih. Aku menaiki atas kerusi dan menarik selimut putih yang dipenuhi debu.

"Uhuk...uhukk". Aku mengankat kotak itu ke atas meja dan membukaknya.

"Surat dan batu ?". Aku mengambil sepucuk surat dan membacanya.

Kepada: Anak kesayangan kami Meliana Olivia

Sayangku Meli apabila kamu membaca surat ini  bermaksud ayah dan ibu sudah pun tiada.Surat ini dibuat ketika ibu dan ayah masih hidup ketika kamu masih berumur 10 tahun. Maafkan ibu dan ayah Meli kerana terpaksa meninggalkan Meli seorang di belakang akibat penyakit yang kami hadapi. Sebenarnya penyakit ayah dan ibu bukan lah penyakit melainkan hukuman yang kami lakukan sebelumnya. Meli tahu kan ibu adalah Magen (ahli sihir) dan ayah seorang ahli pemegang element Cahaya. Kami merupakan ahli yang berpengaruh di dunia ini tetapi disebabkan hubungan antara kedua-dua kerajaan Merlin dan kerajaan Narnia merupakan musuh kuat yang saling ingin memusnahkan kerajaan mereka. Namun cinta yang diperolehi oleh ibu dan ayah begitu kuat dan kami mengambil keputusan untuk lari dan berkahwin di mana ibu dan ayah tinggal sekarang. Pada mulanya memang susah apabila pihak istana dari kedua kerajaan mencari kami berdua di serata tempat tapi berterima kasih kepada kuasa ibu,ibu membuat pelindung di hutan ini untuk mengelabui mereka semua supaya tidak dapat menjumpai tempat kami. Dua tahun kemudian apabila peperangan mula redha maka muncul lah anak cahaya turun ke bumi tidak lain anak kesayangan kami Meliana Olivia yang memberi maksud cahaya yang terang. Kehadiran kamu ke kehidupan kami amatlah berharga. Terima kasih kerana sentiasa menerangin hidup kami, terima kasih sayang kerana tidak lelah menjaga kami. Kamu lah cahaya dan nyawa kami hingga ke akhir hayat. Janganlah bersedih dan hiduplah seperti kehidupan yang kamu mahu dan sebarkan sinaranmu ke seluruh dunia kerana ibu dan ayah tahu kewujudan kamu ke dunia ini akan mengubah sejarah dan dunia ini untuk menjadi yang lebih baik. Selamat tinggal sayang dan berbahagia lah di dunia baru.

Daripada: Ibu dan Ayah

Aku menghapus air mata ku yang sudah menitik di atas surat yang ku baca.

"Terima kasih ayah...ibu, Meli tidak akan bersedih lagi". Aku meletakkan surat itu ke dada sambil melihat langit biru di jendela. Kini mataku beralih pada batu yang bewarna emas

"Batu ? Batu apa ni". Baru sahaja aku mengangkat batu itu aku dapat merasa aliran tenaga yang kuat yang terhasil pada batu itu. Aku lekas mengambil buku yang aku pelajari selama ini. Aku cepat menyelak satu-persatu muka surat dan akhirnya muncul batu yang sebijik macam dalam gambar ini.

"Citrine Crystle ditahui sebagai batu kebahagiaan.Ia akan membawa aura positif, kedamaian dan keharmonian. Mengutamakan kesihatan, kegembiraan dan keberuntungan". Aku meletakkan semula batu dan surat itu ke kotak dan bereda pergi ke dapur untuk sarapan apabila perutku berbunyi kuat akibat lapar yabg teramat.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Aku duduk di sebelah tingkap dengan dulang sarapan ku pada pagi ini.

"Nak buat apa ya sekarang ?" Aku memandang kebun sayur dari jendela.

"Apa kata aku pergi meneroka ke seluruh dunia". Aku mengangguk setuju dengan fikiranku lalu menentukan arah pejalananku.

"Esok aku akan keluar dari rumah ini dan akan mulakan hidup baru". Aku bersorak gembira tidak sabar dan berancana untuk mempersiap segala keperluan untuk perjalanan ku esok.

Skip

Keesokan harinya aku sudah siap mengemas semua barang keperluanku, tidak lupa dengan batu kuning itu yang telah ku ubah menjadi rantai. Aku mengunci pintu rumah lalu mengunjungi kubur ibu dan ayah sebelum ku pergi.

"Ibu...ayah Meli pergi dulu ya. Doakan keselamatan dan kesejahteraan Meli di luar sana nanti". Aku menunduk hormat untuk kali terakhirnya sebelum aku pergi untuk jangka masa yang lama.

🌟🌟🌟🌟🌟

Aku bersiul gembira sambil melompat-lompat kecil yang hendak menuju ke pekan kecil tapi sebelumnya mestilah melalui hutan rimba dulu baru boleh sampai. Aku yang baru pertama kali melihat wujud pari-pari hutan terus ku lambai ramah.

Tidak sangka pari-pari itu melambai kembali ke arahku sambil berterbangan di sekelilingku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tidak sangka pari-pari itu melambai kembali ke arahku sambil berterbangan di sekelilingku.

"Marilah menari bersama kami". Aku tersenyum lalu mengikut menari bersama mereka semua. Kaki ku yang berpijak di tanah telah pun terapung terbang bersama mereka.

(P/s: Bayangkan mereka menari di udara seperti video di atas😊)

Aku berasa sangat seronok sehingga aku menangkap suara seseorang meminta tolong.

"Tolongggg, sesiapa pun tolong saya". Aku yang berasa risau terus menyuruh pari-pari hutan membawa ku sumber suara tersebut. Di balik dahan pohon rendah aku terkejut yang kujumpai ialah.....

-tbs
-vote
-comment
-save

GOLDEN MAGIC : LITTLE GIRL ADVENTURE (Slow Update)Where stories live. Discover now