《🌟Si pari-pari tumbuhan 🌟》

476 51 8
                                    

Last episode

"Tolongggg, sesiapa pun tolong saya". Aku yang berasa risau terus menyuruh pari-pari hutan membawa ku sumber suara tersebut. Di balik dahan pohon rendah aku terkejut yang kujumpai ialah.....

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

"Pari tumbuhan!"

Aku yang melihat dia yang sedang bergelut-gelut dengan bunga melekit itu mengambil tindakan untuk menolongnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku yang melihat dia yang sedang bergelut-gelut dengan bunga melekit itu mengambil tindakan untuk menolongnya. Mungkin dia tidak nampak waktu terbang.

"Jangan bergerak, saya akan tolong". Aku mula membaca mantra sihir dengan menggunakan kuasa 'pembersihan'. Dengan sekali lafas seluruh cecair melekit di badan pari penyembuhan hilang.

"!?". Dia yang bebas dari bunga itu mula terbang gembira sekeliling aku.

"Terima kasih cik, saya telah bebas". Aku tersenyum manis melihat bertapa gembiranya dia bebas daripada bunga itu.

"Oh lupa pula. Selamat berkenalan, nama saya Harbin Quixil seorang pari-pari tumbuhan. Boleh panggil saya Harbin". Dia menunduk hormat sambil menaikkan sedikit skirt nya.

"Selamat berkenalan Harbin. Nama saya Meliana Olivia. Seorang manusia biasa yang mempunyai kuasa sihir dan pengendali element air". Aku juga turun memberi hormat ke dia.

"Hohoho, tidak sangka saya masih dapat berjumpa dengan manusia separuh magen dan element pada zaman ini. Setahu saya manusia seperti ini sudah pupus di dunia ini 18 tahun lepas ". Aku yang terasa dengan kata-kata dia mula berhati-hati. Mungkin aku sepatutnya tidak perlu bagi tahu dia yang aku ini pengendali element. Aku yang mula risau tersedar yang pari-pari itu sudah berada di hadapan muka aku.

"Jangan risau tentang rahsia cik Olivia, saya tidak akan bagitahu sesiapa pun". Aku yang masih tidak dapat mempercayai sepenuhnya pari-pari itu memandang curiga kepadanya.

Tanpa disuruh pari-pari itu memberiku serbuk debu emas dia lalu meniupnya ke muka aku.

"Uhuk...uhuk...apa tu?". Dia tersenyum dengan penuh tersirat.

"Itu adalah janji sumpah setiap pari-pari yang memberi dirinya kepada tuan yang baru"

"Hah! Tuan baru?". Aku masih tidak faham apa yang dia cakap.

"Betul, saya telah serahkan diri saya kepada cik Olivia melalui janji sumpah pepari. Dengan ini cik tak perlu risau dengan rahsia cik barusan kerana mula sekarang saya akan ikut cik kemana sahaja cik Olivia pergi". Dia tersenyum manis kepada ku sambil membuat muka comel.

"Dan satu lagi kalau saya membongkar rahsia tuan saya, saya aku automatik akan berubah menjadi debu dan kembali ke langit"

"Wa...wait, apa! semua ni tetiba. Bila masa saya suruh awak buat janji sumpah dan jadi budak pari saya. Dan satu lagi kenapa awak korbankan nyawa beharga awak demi rahsia saya yang tak seberapa ni.Kalau awak nak ikut saya ikut jelah saya tak marah. Tapi nyawa awak..... Saya tak setuju, cepat batalkan". Aku memarahi dia dengan suara bergetar kerana tindakan gila dia. Nyawa? Dia fikir boleh main dengan nyawa.

GOLDEN MAGIC : LITTLE GIRL ADVENTURE (Slow Update)Where stories live. Discover now