《🌟Pencuri🌟》

409 39 10
                                    

Sudah tiga jam perjalan dan aku sudah mula ditelan bosan. Anak di sebelah ku pula sudah merengek hampir 30 minit kepada ibunya bahawa dia juga sudah bosan.

"Ibu, Fifi bosan lah. Lama lagi ke nak sampai?"

"Ye sayang, lama lagi. Perjalanan kita ambil masa satu hari". Ibunya mengelus rambut anaknya dengan penuh kasih sayang.

"Akak...akak mainlah dengan Fifi. Fifi bosan". Aku yang menjadi mangsanya membuatkan ibunya menunduk meminta maaf kepada aku.

"Fifi ganggu orang lain, maafkan saya cik"

"Tidak mengapa, saya pun sedang bosan sekarang. Jadi adik nak main apa?"

"Ermm, main...."

"Main dengan Harbin nak tak". Harbi yang keluar dari poket ku tersenyum kepada anak kecil itu sambil berterbangan sekeliling anak dan ibu itu.

"Pari-pari!". Semua orang terkejut dengan kedatangan pari-pari.

"Ada pari-pari lah"

"Biar betul, Apa yang aku lihat ini". Semua kagum dengan Harbin yang mula tunjuk diri.

"Akak! pari-pari ni akan yang punya ke?"

"Ya adik, ini kawan akak. Cantik kan dia"

"Cantik cantik , adik pun nak yang macam tu juga". Ibu anak itu menepuk pelahan bahu anak itu.

"Jangan merepek lah, buka semua orang boleh mempunyai pari-pari". Betul apa yang ibu itu cakap, hanya penguna element dan sihir sahaja yang boleh mempunyai pari-pari.

"Adik tak perlu miliki pari-pari kalau adik boleh berkawan dengannya". Anak itu mula sedar dengan kata-kata ku.

"Betul lah apa yang kakak cakap. Kalau macam tu awak nak tak jadi kawan saya". Anak itu yang mengajukan soalan kepada Harbin dengan harapan dapat berkawan dengannya.

"Mestilah boleh! Kalau awak kawan tuan saya, saya akan kawan dengan awak". Harbin dan anak itu bermain bersama sama sampai lah satu tahap kenderaan kami berhenti tetiba. Kami semua keliru dengan keadaan sekarang.

"KORANG SEMUA TURUN SEKARANG!". Aku yang menyuruh Harbin sembunyi di poket ku melihat keadaan di luar. Rupanya terdapat sekelompok perompak di luar sana yang sudah pun menguasai kederaan ini. Kami yang mengikut arahan salah satu ahli perompak turun dengan berhati-hati. Anak kecil yang ketakutan memeluk ibunya cuba untuk menahan tangisannya.

"Baiklah,keluarkan wang dan barang beharga di hadapan kami sekarang. Kalau aku dapat tahu korang menyembunyikan atau melawan kami. Aku tidak akan takut-takut bunuh korang semua".
Satu persatu kami memberi barang berharga kami. Aku yang hanya memberikan wang ku dengan menutup mukaku menggunakan hud menjadi tarikan ketua pencuri.

"Kau yang berhud putih, mari sini". Semua memandang aku yang tertunduk dari tadi.

"Apa tercengat dari tadi. Cepat ke sini". Anak buahnya menarik ku untuk berhadapan dengan ketua perompak. Ketua perompak itu tersenyum sinis ke aku lalu menolak hud ku ke belakang menggunakan pisaunya belatinya.

"Hemmm, cantik juga muka kau". Aku yang memandang muka ketua perompak dengan muka jijik.

"Berani kau tunjuk muka kau macam tu ke ketua". Lelaki yang menyuruh kami turun dari kenderaan tadi menolak ku sampai jatuh.

"Jangan macam tu ke perempuan. Kesian dia". Ketua itu menolong ku sambil tangannya memegang pinggangku. Aku yang mula berasa jijik menepis tangannya.

"Wow, garangnya". Ketua perompak itu mula bertindak agresif dengan menggengam tanganku untuk mengikutinya ke dalam hutan. Aku menahan tubuhku dari diseret olehnya.

GOLDEN MAGIC : LITTLE GIRL ADVENTURE (Slow Update)Where stories live. Discover now