6.30 a.m
Bukit Mertajam"Apa yang dah berlaku ?" hanya itu yang terlintas dalam fikiran Saquan yang baru sahaja sedar dari mimpi ngeri sedang berada dalam keadaan basah lencun seolah-olah dia telah berlari pecut sejauh 30km . Selain itu matanya turut membengkak menjadi warna hijau.Saquan melihat matanya di cermin di dalam bilik air, selama beberapa minit matanya kembali pulih.
-something going wrong-
Suasana sunyi di dalam rumah tiba- tiba dihentikan oleh seorang lelaki"Nu! Bangun Nu! Dah lewat dah kan! Kau nak jadi apa Nu . Harini first day kau pun kau bangun lewat."jeritan dari Fuad yang sedang menikmati juadah sarapan di meja makan . "Apalah nasib aku dapat adik macam ni, kelamlah masa depan aku", resah Fuad dalam hatinya kerana dia takut akan adiknya menjadi beban terhadap Fuad apabila dia sudah berkahwin nanti.Sambil menunggu Saquan bersiap Fuad menemani Puan Jannah yang sedang bersarapan bermenukan nasi goreng ala jepun yang dimasak oleh bibit baru mereka.Sudah sebulan semenjak keluarga Puan Jannah berpindah ke Bukit Mertajam .Semuanya berubah semenjak kejadian itu yang memaksa keluarga Puan Jannah untuk berpindah.Bunyi enjin kereta dimatikan kedengaran.
Pak Osman yang baru sahaja pulang dari kedai serbaneka yang terletak di dalam kawasan perumahan Rumah Orang Kaya Malaysia membawa senaskah surat khabar untuk diberikan kepada majikannya iaitu Fuad .Fuad sempat menyelak beberapa halaman surat khabar Matra itu .Jari Fuad yang sedang menyelak satu per satu halaman dengan sekali imbas sahaja terhenti pada muka surat 13 .Pakar haiwan negara iaitu.....
"Dengan keluarga sendiri pon tak ada masa, ada hati nak perhatian orang ramai", marah Fuad terhadap ayahnya yang sudah berbulan lamanya tidak balik ke rumah."Ayah kan sibuk, Fud . Fud kena faham kerja", sebelum Puan Jannah menghabiskan percakapanya Fuad menghempap meja makan lalu menjerit"Cukup!", Dengan perasaan marah membara seperti gunung berapi yang mahu meletus , Fuad bergegas masuk ke dalam keretanya sambil menunggu adik kesayangannya.Saquan yang baru sahaja siap dan sedang turun tangga hairan terhadap tindakan tidak rasional abangnya."Kenapa ummi?",tanya Saquan kepada ibunya."Ada berita pasal daddy masuk dalam paper, sebab tu bengang semacam ja". Tanpa bercakap banyak Saquan terus beredar keluar dari rumah untuk ke University dengan abangnya yang sedang tunggu didalam kereta.Saquan tidak mengambil endah terhadap kejadian tadi kerana memang kebiasaanya Fuad akan marah dengan serta merta jika setiap kali dapat berita dari ayahnya.
Puan Jannah mengambil semula surat khabar yang berada di atas meja makan dan membacanya
Prof Malik telah menjumpa penemuan pelik di puncak gunung Kinabalu
Spesies haiwan yang tidak dikenali ini dikategorikan sebagai reptilia.Apa yang mengejutkan reptilia ini mampu bertahan dalam cuaca yang sangat sejuk walaupun badannya tidak berbulu tetapi hanya berbulu pelepah.Haiwan yang bentuk seperti sesumpah ini dinamakan Half Fud semperna nama anak Prof Kassim iaitu FuadTak sangka kau sanggup namakannya semperna nama Fud. Walaupun Fud bencikan kau , tapi kasih sayang kau terhadap Fuad tak pernah berkurang.Kalaulah Fud tahu ni, apalah reaksi dia nanti.
"Rumah baru , bibik baru , kawan baru dan kakak baru."Suara Saquan memecahkan keheningan di dalam kereta.Selepas mendengar Saquan menyebut "kakak baru"Fuad hanya mampu tersengih kerana majlis pertunangannya dengan kekasih hatinya iaitu Syaiza atau panggilan manjanya izby yang diambil dari gabungan Syaiza dan baby akan berlangsung dalam beberapa bulan lagi.Kendengaran bunyi siren ambulan menyebabkan Pak Osman iaitu driver bagi keluarga Puan Jannah segera membrek kereta di hadapan lampu isyarat untuk memberi laluan kepada ambulan itu."Harap-haraplah dia baik sahaja", bisik Pak Osman dalam hati nya.Pak Osman memang seorang yang bersangka baik.Dia juga selalu menasihati Fuad supaya tidak menyimpan dendam terhadap Prof Kassim .Tapi ini semua bagaikan mencurah air ke daun keladi.Pak Osman hanya mampu meredakan kemarahan Fuad .Iyalah Pak Osman bukan sesiapa pada pandangan Fuad , dia hanyalah sebagai seorang pemandu di mata Fuad .Perangai Fuad tak macam Saquan, Saquan seorang yang ramah dan baik hati tetapi Fuad seorang yang keras hati dan tegas,biasalah anak sulung memang berhati batu.Setelah beberapa minit selepas itu ,mereka bertiga telah sampai ke UITM.Pak Osman meletakkan kereta di tempat parking lalu Saquan dan Fuad keluar dari kereta.Fuad memberikan isyarat kepada Pak Osman supaya boleh pulang ke rumah.Itu menandakan bahawa ada perbincangan yang privacy perlu dilakukan antara Fiad dan Saquan."Takpa Pak Man nanti saya pergi pejabat dengan kawan saya. Sebelum sempat apa-apa Fuad membisik kepada Saquan kata."Nu, mata kau buat hal lagi ka?",.bisik Fuad di telinga Saquan.
Kami meminta maaf atas kesalahan tatabahasa atau sebarang cacat cela
Sila vote dan komen pendapat korang tentang ini.
Tq for kerjasama
YOU ARE READING
TIPU [Chapter I :Bangkit]
عشوائيmengisahkan tentang seorang pemuda bernama Saquan yang mempunyai mata penembus dimensi yang diwarisi oleh Tok Kiam.