Hari ini bukan hari pertama Saquan belajar disini.Sebelum ini,Saquan pernah menyertai program pertukaran pelajar yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.Kebetulan Saquan dulunya diarahkan untuk belajar disini selama sebulan lebih.Tidak hairanlah kenapa Saquan tidak mengambil peduli, tentang kelewatannya untuk ke kelas.
"Qu! Lama tak jumpa.", jerit seorang perempuan yang sedang menunggu Saquan di pondok bersama seorang lagi kawan lelaki dan perempuan.
"Kau tau tak kitaorang dah tunggu lama.",balas lelaki yang sedang bersembang dihadapan perempuan tadi.
"Alah , macam la tak biasa.",Saquan menjawab sambil tersengih .
"Qu oh Qu perangai kau memang tak boleh diubah ka?",Seorang perempuan yang berkaca mata menyambung perbualan mereka
"Kalau kau nak tahu inilah keistimewaan aku yang tak ada dekat orang lain",respon Saquan yang tidak mahu mengaku tabiat buruknya.
Ketiga-tiga orang yang menunggu Saquan itu cakap dengan serentak "Hm alasan.",Muaz seorang lelaki yang mahir dalam pelbagai seni bila diri iaitu silat,taek wan do dan tinju.Dia seorang yang baik dan agak pendiam tetapi bila bersama-sama dengan rakan baiknya iaitu Saquan,Tasnim dan Fiya,personalitinya berubah mandatori.Tasnim seorang yang talkative , dia juga suka mengusik orang lain dan Tasnim banyak ambil kisah tentang cerita orang.Sebabtu dia sering digelar busybody.Tasnim juga mempunyai hobi yang pelik iaitu bercakap dengan haiwan liar.Selalunya Tasnim boleh mengetahui apa yang haiwan cuba nak sampaikan . Biasalah,dia kan anak pengasas zoo.Mestilah banyak yang dia tahu pasal haiwan dengan melihat pergerakan tubuh haiwan.Akhir sekali Fiya.Fiya merupakan seorang yang pemalu dan jarang bercakap.Dia hanya bercakap bila perlu dan bila disuruh.Tak hairanlah kenapa dia tidak mempunyai ramai kawan.Tetapi dia bersyukur kerana mempunyai kawan baik iaitu Tasnim atau dipanggil Tas.Fiya merupakan seorang anak kepada guru memanah yang terkenal di Malaysia.Bak kata pepatah "mana tak tumpah kuahnya kalau tak ke nasi".Fiya ialah atlet memanah peringkat antarabangsa.Dia pernah mendapat pingat di sukan SEA yang lepas dan pernah mendapat Top 10 dalam sukan Olimpik.
"Kringgg....kringgggs"
Jam ditangan Fiya berdering menandakan bahawa tibanya waktu kelas Prof Alya.Mereka berempat yang tidak sempat berbual panjang segera mengemaskan barang-barang mereka lalu bergegas untuk masuk ke dewan kuliah.Dengar sahaja nama Prof Alya ,denyutan nadi pelajar-pelajar university terus melonjak secara drastik.Prof Alya merupakan seorang lecturer yang sangat ditakuti.Sifatnya yang banyak menyoal dan menghentam pelajar dengan perkataan-perkataan yang lebih tajam dari mata pisau yang baharu diasah membuatkan tiada siapa yang berani melawan cakapnya.Oleh itu,dia digelar sebagai Mambya yang diambil dari gabungan nama Prof Alya sendiri dan nama ular yang sangat berbisa iaitu Black Mamba.Ular yang bertubuh kecik tapi panjang ini terpilih kerana sifat Prof Alya sendiri iaitu seorang yang sering melemparkan kata kata yang sangat berbisa dan Prof Alya juga seorang yang berbadan kecil dan rendah yang sama dengan sifat ular Black Mamba yang berbadan kecil ini.Sewaktu mereka berempat bergegas ke dewan kuliah,
"Guys,stop!"bisik Tas
"Itu mambya!, Kita kena cari jalan lain"bisik Tas lagi .Mereka terserempak dengan Prof Alya yang sedang menuju ke destinasi yang sama.Disebabkan mereka tidak mahu bertembung dengan Prof Alya mereka mengambil jalan lain.Ini supaya mereka tidak disoal pekara pelik oleh Mambya.Tanpa berfikir panjang Muaz mengajak rakan-rakannya untuk menggunakan laluan lain.Mereka semua lari pecut dan sampai ke dewan kuliah hanya dalam beberapa saat selepas berlari.
"Tempat dibelakang dah penuh,terpaksa la juga duduk dihadapan"keluhan yang keluar dari mulut Muaz.
"Rileks la Muaz.Selagi kita tak buat perangai selagi tu selamat".Saquan berusaha untuk menenangkan hati Muaz.
Tiba-tiba perbualan mereka diganggu oleh
bunyi tapak kasut bertumit tinggi milik Prof Alya yang selalu acah diva.Seluruh orang di dalam dewan terus me'zip' mulut masing-masing kerana takut dengan 'bisa' Mambya yang sangat kuat."Okey, today is our first day on this sem.So for who that doesn't know my rules.There are seven rules that u'oll should not break it"
"First and foremost u'oll tak dibenarkan sama sekali melawan cakap i"
"Second jangan kutuk i gila kuasa or any of kutukan"
"Third ,jangan sekali bersembang waktu i tengah mengajar"
Tiba-tiba pintu dewan diketuk oleh seorang pelajar lelaki.
"Minta maaf Prof, tadi .."
Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya ,Prof Alya terus memotong percakapan lelaki itu.
"So , nampaknya kita dah ada mangsa pertama"bisik Saquan
"Diam .. kau nanti dia dengar."balas Muaz yang risau dia akan jadi mangsa seterusnya.
"Ouh nampaknya kamu budak baharu?,"
"FYI,if ada anyone masuk kelas i lambat ,i akan halau dia keluar dari dewan serta merta"
"U keluar."balas Prof Alya dengan bertubi-tubinya ibarat hujan meteor yang tidak berhenti menghentam bumi"Tapi , ni first class, lagipon motor saya rosak tadi."balas lelaki tadi.
"Jawapan yang terlalu cliche ,i know yang u nak bagitau i yang motor EX5 u yang buruk tu rosak? That's your problem. U boleh keluar ya.",tengking Prof Alya dengan cara yang lembut seakan-akan mahu menghina lelaki itu.
Lelaki itu terus keluar dari dewan dengan mata yang merah serta bertakungan air mata.Bayangkan kalau apa yang kau cakap itu benar tapi disalahkan.Tak semua orang mampu menahan berapa peritnya perasaan ini.
"Ok , peraturan kelima ialah jangan sesekali menyoal cara saya ajar kamu"
"Yang keenam,ini ialah University or Institusi pengajian tinggi dan ini bukan sekolah.i ulang, ini bukan sekolah ,jadi buat perangai macam mahasiswa ya"
"Yang terakhir, jangan panggil saya Mambya"
-Prof Alya
Selepas dua jam, kelas Prof Alya sudah tamat.Saquan,Muaz,Tasnim dan Fiya keluar dari dewan untuk pergi ke kafeteria.Sewaktu mereka semua sedang makan,Fiya ternampak lelaki yang dimarahi Prof Alya tadi sedang memperhatikan motor jenama EX5 nya.Daripada pandangan Fiya ,Fiya dapat merasakan bahawa lelaki itu dikelilingi oleh masalah.
"Nash"dengan tiba-tibanya suara Tasnim memecahkan suasana dalam fikiran Fiya.
Dengan perasaan terkejut Fiya membalas"Apa yang nash?"
"Lelaki yang kau usha tu la Nash nama dia.Dia tu datang dari keluarga susah .Mungkin dia terasa dengan apa yang dikatakan oleh Mambya"Tasnim cuba untuk menerangkan secara terperinci supaya Fiya dapat menangkapnya.
"Kasihannya",bisik Fiya dengan perlahannya
Saquan yang mendengar perbualan mereka cuba untuk mencari dimanakah lelaki yang disebut oleh Fiya dan Tasnim.Mata Saquan tiba- tiba terhenti dekat Nash yang sedang dalam keadaan sedih.Tiba- tiba satu bayangan muncul dalam fikiran Saquan
"Motor pon buruk kau rosak ke?"
"Kau keluar dari rumah ni sekarang!"
"Abang,adik takut.Kita nak tinggal kat mana lepas ni?"
"Ini amaran terakhir.Kalau tak aku pecat kau"Saquan hairan.Seolah-olahnya dia dapat membaca ,bukan, melihat apa yang terlintas dalam fikiran Nash.Tiba-tiba kepala Saquan menjadi berat dan semakin berat.
"Qu ! Apa dah jadi!"
"Qu! Kenapa dengan mata kau"
"Tolong panggil ambulans!"Itu perkara terakhir yang Saquan dengar sebelum dia~
~pengsan~
🌸🌸JIKA TERDAPAT SEBARANG KESALAHAN BAHASA SILA KOMEN DENGAN CARA YANG MEMBINA
MAAF KALAU PENGGUNAAN ENGLISH YANG TERUK DAN SCENE DIALOG YANG TIDAK KEMAS 🌸🌸
YOU ARE READING
TIPU [Chapter I :Bangkit]
De Todomengisahkan tentang seorang pemuda bernama Saquan yang mempunyai mata penembus dimensi yang diwarisi oleh Tok Kiam.