Selepas Mizi membahasakan Neeza Gorgeous tadi, keadaan menjadi lebih aman dan selesa untuk meneruskan pemanduannya. Mulut petir Neeza Gorgeous akhirnya diam juga. Bagaimanapun, riak wajah Neeza Gorgeous lebih masam dari mangga muda yang dicicah dengan garam.
Mizi memandu perlahan apabila menghampiri kawasan pejabat Neeza Gorgeous. Sampai betul-betul di depan pejabat Neeza Gorgeous, Mizi memberhentikan keretanya.
"Cik, dah sampai..." Mizi memberitahu Neeza Gorgeous. Tiada jawapan ataupun sahutan dari Neeza Gorgeous. Mizi menjenguk ke cermin pandang belakang di dalam keretanya.
'Hmm... Patutlah senyap je dari tadi. Tertidur rupanya. Tadi kata kena kukus dalam oven, ni boleh pulak dia tidur mati. Tak sangka, ada orang boleh tidur dalam oven...' Ngomel Mizi sambil tertawa kecil.
"Cik, cik... Bangunlah... Kita dah sampai ke ofis cik dah ni." Mizi cuba mengejutkan Neeza Gorgeous sekali lagi. Tetap juga si gadis mulut petir tidur dengan lena sekali.
'Dah mati ke apa minah senget ni?' Mizi berfikir cara untuk mengejutkan si mulut petir dari lenanya.
Tiba-tiba Mizi mendapat satu idea. Mizi menggoyangkan badannya dengan kuat, hingga seisi kereta turut sama bergegar dibuatnya.
Neeza Gorgeous tersentak dari tidurnya bila merasa tubuhnya bergoyang. Neeza Gorgeous membuka matanya sambil menjerit...
"Perogol!! Perogol!! Tolong!! Tolong!!" Neeza Gorgeous yang masih mamai menyangka tubuhnya bergoyang disebabkan ada lelaki yang ingin melakukan perbuatan keji terhadap dirinya.
"Cik, cik... Bertenang. Tak ada sesiapa nak rogol cik. Saya tengok cik tengah lena tidur tadi. Saya cuba kejutkan cik tapi cik tak bangun-bangun. Saya goyangkanlah kereta ni. Mujur juga cik tersedar. Saya nak beritau, kita dah sampai di depan ofis cik." Mizi menerangkan punca keretanya bergoyang.
"Ohh... Ingatkan apa tadi." Neeza Gorgeous menggesek kedua matanya yang antara terbuka dengan tidak. Neeza Gorgeous menoleh ke kirinya, memandang ke arah deretan kedai pejabat. Betullah kata Mizi yang mereka sudahpun sampai ke pejabat Neeza Gorgeous.
"Berapa tambangnya?" Neeza Gorgeous bertanya kepada Mizi.
Mizi tersengih. Ini peluang baik untuknya mengenakan Neeza Gorgeous semula. Lauk dah terhidang di depan mata. Tunggu di ngap sahaja."Saya ingat, saya je yang melencong dari pergi sekolah. Rupanya, cik sama juga seperti saya. Tak reti membaca." Buntang mata Neeza Gorgeous mendengar ayat Mizi itu tadi. Mata yang layu terus menjadi segar-bugar.
'Mamat Grab ni, memang cari nahas dengan aku. Saja cari pasal, eh? Nanti kau!!' Neeza Gorgeous menggumam penuh geram bila dibahasakan oleh Mizi.
"Tak apalah... Saya tolong bacakan untuk cik. Tambangnya RM18." Mizi sengaja menyakiti hati Neeza Gorgeous.
Dengan raut wajah mencuka seperti orang yang tertelan hempedu, Neeza membuka beg duitnya, mencapai sekeping not RM100 lalu menghulurkannya kepada Mizi. Mizi menerima not yang dihulurkan itu. Sebaik menyedari not yang baru diterimanya adalah not RM100, terus saja Mizi menyindir Neeza Gorgeous.
"Cik tengok, dalam kereta saya ni ada mesin tukar duit ke? Patut-patut la... Tambang RM18, bayar guna duit RM100. Saya tak bawa duit banyak-banyak ketika menggrab ni." Mizi sengaja menambah sakit hati Neeza Gorgeous. Tadi, bukan main garang lagi awek mulut petir ni. Sekarang, peluang untuk Mizi pula membalas perbuatan Neeza Gorgeous.
"Eh, kau ni kan, banyak betul songeh, ek? RM100 tu bukan duit ke? Pulangkanlah je bakinya." Neeza Gorgeous mula naik angin semula.
"Cik ni, murid lembam cam saya jugak ke? Kan saya dah cakap tadi, saya tak bawa duit banyak ketika menggrab. Cik tak baca ke, banyak kes pemandu Grab dirompak oleh penumpang. Yang mati kena bunuh pun ada. Saya tak nak la jadi macam tu. Saya ni, belum kahwin lagi. Nanti kempunan hajat emak saya nak terima menantu dan timang cucu." Sekali lagi, Mizi mengetuk ego Neeza Gorgeous.
YOU ARE READING
Minah Headwind vs Mr Primitif
RomanceNeeza sudah lambat untuk masuk ke pejabat. Malang datang bertimpa. Keretanya rosak di tepi lebuhraya. Neeza memesan khidmat Grab berulang-kali tetapi tiada pemandu e-hailing di sekitar kawasan itu. Akhirnya, Neeza berjaya juga menempah perkhidmatan...