BAB 35

18.4K 163 1
                                    

Tiga hari lagi menjelang majlis persandingan Mikael dan Damia. Semua persiapan diuruskan oleh Puan Nora memandangkan kedua ibu bapa Damia jauh nun di selatan tanah air, hari esok baru mereka akan berkampung di Kuala Lumpur. Majlis akan diadakan di sebuah hotel milik rakan perniagaan ayah Damia, Tan Sri Ismail. Tempat majlis dipilih oleh ayah dan mama Damia, mereka rancang untuk buat satu majlis sahaja bagi kedua keluarga memandangkan ramai saudara mara ayah dan mama Damia menetap di Kuala Lumpur dan Selangor.

Atas paksaan Puan Nora, Mikael dan Damia pergi ke butik pengantin untuk  mencuba baju sanding mereka. Terpukau mata Damia bila masuk ke dalam butik pengantin tersebut. Semua baju begitu cantik mengikut rekaan terkini, tapi baju mereka sudah siap dipilih dan diambil ukuran oleh Puan Nora. Miss Sally pekerja di butik itu yang akan melayan dan membantu mereka hari ini juga sepanjang majlis nanti.

Miss Sally mempersilakan Mikael dan Damia masuk ke bilik khas ruangan mencuba pakaian. Ruang yang agak besar dengan dinding dipenuhi cermin, terdapat juga satu set sofa dan meja kopi, ada dua ruang persalinan dengan langsir labuh dihias menjadi pintu juga satu kabinet sederhana besar sebagai tempat menyimpan sementara baju pengantin untuk pelanggan yang hadir yang ingin mencuba baju yang ditempah. "Sama cantik sama padan awak berdua ni" ujar Miss Sally ramah cuba menceriakan suasana sambil tangan membuka kabinet yang ada di dalam bilik tersebut. Mikael dan Damia hanya tersenyum. "Okay ni baju awak berdua, cantik tak?" tanya Miss Sally dengan senyuman lebar, tangannya diangkat tinggi, baju Damia di tangan kanannya manakala baju Mikael di tangan kirinya diserahkan pada mereka berdua.

'Wowww cantiknya' desis hati Damia. Baju songket warna emas lembut dipadankan dengan kemasan bunga manik dan batu berkilau bewarna silver yang tidak terlampau penuh direka dengan begitu cantik dan anggun sekali. 'Class selera ibu mertuaku..i'm impress..huhuhu'.

"Okay awak berdua boleh cuba baju ni dulu, nanti saya datang balik" ujar Miss Sally lalu terus keluar dari bilik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Okay awak berdua boleh cuba baju ni dulu, nanti saya datang balik" ujar Miss Sally lalu terus keluar dari bilik itu. Damia memandang Mikael, begitu juga dengan Mikael. Mikael senyum memandang Damia. Damia mengalihkan pandangan, meletakkan tas tangannya di atas sofa dan terus masuk ke salah satu ruang menukar pakaian. Mikael juga ikut masuk di ruangan yang masih kosong.

Seusai menukar pakaian, Damia keluar dari ruangan menukar pakaian dan pergi ke salah satu dinding cermin untuk melihat penampilannya. Tak lama kemudian Mikael juga keluar dan berjalan ke arah Damia lalu berdiri betul-betul di belakang Damia. Mata mereka berdua bertemu di dalam cermin. 'Oh my God...his soooo handsome' bisik hati Damia. "Mia cantik sangat bila pakai baju ni" puji Mikael. Mata mereka berdua masih tak lepas memandang satu sama lain. Damia tersenyum dan menunduk memandang baju di badannya bila dipuji Mikael. Merah pipinya jelas kelihatan di dalam cermin.

Hati Damia sedikit demi sedikit sudah mula menerima Mikael. Kelembutan Mikael ketika menutur kata juga setiap kali ketika melayannya membuai hati dan perasaannya. Mikael tidak pernah memaksanya untuk berbuat apa-apa, Mikael sangat bertoleransi dan bertolak ansur dengan segala hal. Satu je yang Damia tidak puas hati bila Mikael memintanya untuk berhenti kerja. Katanya biarlah Damia jadi jururawatnya seumur hidup. Damia sangat sayangkan pekerjaannya tapi apakan daya, satu-satunya permintaan dari suaminya buat masa ini terpaksa dituruti. Hatinya acap kali diketuk dengan sikap Mikael yang romantis, gentlemen dan kadangkala kelakar. Tapi dia tidak mahu terburu, dia masih mahu lihat kesungguhan Mikael walaupun kadangkala hatinya meronta untuk dimiliki dan memiliki Mikael sepenuhnya.

"Wahhh!! Cantik giler awak berdua ni.."tepukan tangan dan suara Miss Sally mematikan lamunan Damia. Mikael melangkah ke sisi Damia bila dia melihat Miss Sally sedang berjalan ke arah Damia. Damia berpusing memandang Miss Sally. "Mari saya sanggulkan rambut awak" ujar Miss Sally pada Damia. "Haaa...kan makin terserlah kecantikan awak ni, tak make up pun lawa...kalau make up mesti meletop nanti.." pujinya melambung tinggi. Mesti dengan semua pelanggan pun dia puji begitu kan. Mikael pula tak berkelip memandang Damia.

"Okay, semua dah ngam, tak ada apa yang perlu saya ubah lagi, so kita jumpa lagi tiga hari ya..tak sabar rasanya kannn" tutur Miss Sally lagi. Mikael dan Damia tersenyum dan mengangguk pada Miss Sally. Mereka menukar semula pakaian dan meminta diri untuk pulang.

"Mia ada nak beli apa-apa ke sebelum balik rumah?" tanya Mikael ketika memandu keluar dari parkir butik tersebut. "Tak ada, tapi saya teringin nak makan pisang goreng pakcik yang jual depan hospital tempat kerja saya dulu..Dah lama tak makan" jawab Damia. "Sedap ke, abang pun dah lama tak makan pisang goreng" tutur Mikael. "Sedap, ada bijan dan sambal kicap dia pun sedap.." jawab Damia. "Okay abang bawa Mia ke sana, nanti Mia tunjuk gerai yang mana satu ye.." tutur Mikael lembut. "Thank you awak" ucap Damia dengan senyuman.

Selesai membeli pisang goreng Mikael singgah di taman rekreasi berdekatan kawasan perumahan. Mereka duduk di kerusi batu yang tersedia di taman tersebut. Sambil menikmati pisang goreng mereka melihat kanak-kanak yang bermain di taman permainan yang ada di kawasan itu. "Comelkan budak-budak tu..Lima tahun abang dan Riya kahwin dulu tapi kami tiada rezeki untuk dapat anak. Entah mana silapnya, abang ada juga cuba ajak Riya jalani pemeriksaan, tapi dia tolak..dia kata mungkin belum rezeki" tiba-tiba Mikael bersuara memecahkan kesunyian antara mereka berdua. "Awak tak paksa dia ke?" tanya Damia sekadar melayan Mikael berbual. "Abang tak suka memaksa, tambah-tambah lagi dengan orang yang abang sayang..lagipun abang tak rasa terdesak pun nak dapat anak, cuma mommylah, mesti bising bila setiap kali kami balik ke rumah melawat mommy" jawab Mikael. Damia hanya menganggukkan kepala. "Jom..abang ada sesuatu nak tunjuk pada Mia" ajak Mikael lalu bangun dari kerusi, dia mengutip sampah sisa pisang goreng dan air yang mereka makan lalu buang ke dalam tong sampah yang disediakan.

Mikael memandu masuk ke dalam kawan perumahan dua tingkat berdekatan taman rekreasi tersebut. "Nak pergi rumah siapa ni?" tanya Damia. Mikael hanya tersenyum. Dia berhenti di sebuah rumah lalu keluar dari kereta. Mikael berjalan ke arah pagar lalu membuka kunci mangga pada pagar tersebut dan menolaknya. Mikael berpusing memandang Damia yang masih tidak keluar dari dalam kereta. Mikael membuat isyarat 'jom' dengan ibu jarinya ke arah Damia. Damia turun dan mengikut langkah kaki Mikael. "Ni la rumah kita, Adam yang uruskan pasal pembelian, mommy dan papa uruskan bahagian perabot dan pengubahsuaian..Mia suka tak" terang Mikael. Tergamam Damia, dia menutup mulutnya dengan kedua tangan. "Cantiknya awak.." puji Damia sambil memandang sekeliling.

Mikael membuka pintu utama lalu memegang tangan Damia dan perlahan menarik Damia mengikutnya masuk ke dalam. Berbahang rasa pipi Damia. Dia malu tapi mahu. Damia tidak menolak tarikan Mikael. Hanya membiarkan tangan Mikael kemas mengenggam tangannya. Mikael senyum gembira bila Damia tidak cuba melepaskan tangannya seperti selalu.

Mikael membawa Damia melihat keseluruhan kawasan dalam rumah tersebut dari kawasan ruang tamu, ruang rehat, ruang gym, dapur, bilik-bilik lain dan yang terakhir mereka berhenti di depan bilik utama rumah tersebut di tingkat dua. "Ni bilik kita, abang haraplah bilik ni akan jadi bilik kita" kata Mikael sambil tersengih dan menggaru belakang tengkuknya. Damia tersenyum malu. "Tengoklah" ujar Damia. "Lepas selesai majlis kita nanti abang akan bawa Mia tinggal di sini. Mia boleh duduk dalam bilik ni, abang akan masuk mana-mana bilik yang lain" tutur Mikael. Damia hanya mengangguk kecil. "Abang akan start kerja juga lepas majlis nanti, dah lama sangat abang tinggalkan syarikat tu..kesian Adam sorang-sorang kena handle" ujar Mikael lagi. "Oh..okay, bosanlah saya sorang-sorang kat rumah ni nanti" ucap Damia. "Kita buatlah anak cepat-cepat, takda lah Mia bosan" usik Mikael. Memerah pipi Damia dibuatnya. Damia mencubit pinggang Mikael, mukanya sengaja dimasamkan. Mikael ketawa sambil menggosok kesan cubitan Damia di pinggangnya. 'Amboi, jari macam ketam, ganas.. I likeee...'

Jururawat CintaWhere stories live. Discover now