BAB 12

20.7K 104 0
                                    

Selesai menunaikan solat Maghrib Mikael melipat dan memasukkan tikar sembahyang yang digunakan ke dalam kabinet yang tersedia. Kadang-kadang dia akan menunaikan solat di surau syarikat. Tapi waktu malam, pejabat pun lengang dia selesa solat sendiri di dalam biliknya. Lagipun bilik pejabatnya lengkap dengan tandas dan bilik mandi.

Sambil membetulkan lengan bajunya yang terlipat di bahagian siku, dia berjalan menuju ke meja. Sempat dia mengerling jam di dinding. 7:45 malam. Dia menekan interkom ke meja PAnya, Ella. "Ella, ada nampak Adam?" tanya Mikael. " Tak nampak Encik Mikael. Mungkin masih di surau. Saya pun nak ke surau sekejap untuk solat. Kalau saya nampak Encik Adam, saya beritahu dia Encik Mikael cari dia ya" jawab Ella.

"Okay thanks" jawab Mikael sambil menekan punat mematikan interkom.  Sedang Mikael membetulkan butang hujung lengannya tiba-tiba pintu biliknya terbuka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Urghhh, malam ni jugak jalan nak jemnya..kalau aku tahu baik aku keluar awal dan solat di office je" Riya bermonolog sendiri. "Hope bila aku sampai nanti Mika belum start meeting" sambungnya lagi. Dalam 10 minit lagi dia akan sampai ke destinasi yang di tuju.

Riya memberikan isyarat ke kanan, memasuki bangunan pejabatnya dan masuk ke kawasan parkir kereta, tak sabar nak makan bersama Mikael. Surprise dinner la katakan. Dia tersenyum sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mikael memusingkan badannya memandang ke arah pintu. Sangkanya Adam yang masuk, tapi dia silap. Berkerut keningnya melihat empunya badan di muka pintu. "Elina? U buat apa kat sini. How do U know I masih di office?" tanya Mikael. Elina menutup kembali pintu dan berjalan ke arah Mikael. Dengan memakai dress pendek atas lutut, bahagian atas menampakkan bahu dan dada putihnya. Sakit mata Mikael memandangnya. Walaupun pemandangan itu indah, tapi dia tidak suka melihatnya. Dia bukan seperti sesetengah lelaki lain. Mata keranjang.

"I kan salah seorang pelakon dalam drama Titian Kasih tu. Datuk Zul invite I untuk joint meeting malam ni. Takkan U tak tahu. One more thing, Datul Zul cakap, Riya tak joint meeting malam ni sebab tak sihat. Thats why I'm here right now" jawab Elina manja. Langkahnya diteruskan dekat ke arah Mikael. "Datuk Zul tak ada inform pada I. I rasa better U tunggu di bilik menunggu. Nanti Ella akan entertain U sementara tunggu meeting start. I ada kerja sikit nak settle" mendatar Mikael berkata. Dia harap Elina akan keluar secepat mungkin. Dah la mereka berdua saja yang ada di tingkat ni. Ella, Adam dan beberapa lagi staff yang terlibat juga dengan meeting itu nanti berada di tingkat lain. Maybe di Surau di tingkat 2 atau terus ke bilik meeting di tingkat 3. Dia harap Adam dan Ella akan naik ke tingkat 4 ini dengan segera.

Langkah Elina tidak berhenti. Dia terus menuju ke arah Mikael. Dia berhenti betul-betul di depan Mikael. Tas tangannya diletakkan dia atas meja Mikael. "U tak suka ke I datang jumpa U, sampai hati U halau I" tutur Elina masih manja menggoda seperti biasa. Jarinya cuba untuk menyentuh tali leher di dada Mikael. "Lets me help U pakaikan tie" ucapnya. Mikael melangkah setapak kebelakangr dan menggelengkan kepala. "Elina, jangan macam ni.. I bukan nak halau U, I just tak nak ada gosip liar tentang kita, plus tak elok if orang nampak kita berdua macam ni. Boleh timbulkan fitnah" terang Mikael. Masih mengharap Elina faham situasinya. Muka Elina berubah masam. "Okay lah kalau macam tu. I tunggu di bilik menunggu". Mikael menganggukkan kepalanya.Lega. Elina mencapai tas tangannya, berpusing dan berjalan ke arah pintu. Tiba-tiba dia tertunduk seraya memegang dan memicit kepalanya. Sebelah lagi tangannya menampung diri di kepala sofa. "Eh, U kenapa ni Elina, U okay tak ni?" Mikael mara ke arah Elina. Apehal pulak la perempuan ni. Nak sakit kat sini jugak. Walaupun tidak sukakan Elina, tapi dia tetap berasa risau. Bukan sebab suka, tapi ambil berat. Elina juga adalah kenalannya. Tak mungkin dia akan membiarkan Elina sakit di depan matanya.

"Auchhh...I..I tak tahu... Tiba-tiba rasa nak pitam. Maybe tekanan darah rendah kot, tak cukup rehat. Dia masih menunduk sambil memejamkan matanya. Tangan masih memicit kepala. "Better U duduk dulu. I cari Ella minta dia ambilkan ubat untuk U" Mikael mahu berpusing tapi lengannya ditahan oleh Elina. "Tolong jangan tinggal I sorang di sini..I just perlu rehat sekejap je, nanti okaylah ni. I pernah kena macam ni hari tu" Elina memujuk Mikael agar tidak keluar.

Mikael mengeluh. Matanya melirik jam di pergelangan tangan. 8:15 malam."Okay, U duduk la dulu" ucap Mikael. Mata sesekali melihat ke arah daun pintu mengharapkan kehadiran Adam ataupun Ella. "Boleh tolong I, I takut I jatuh" kata Elina sambil menghulurkan tangannya, sebelah tangan lagi masih memegang kepala sofa. Mikael tiada pilihan. Dia mencapai lengan Elina dan membawa Elina duduk di sofa. Di saat Elina ingin melabuhkan punggungnya di atas sofa tiba-tiba dia menarik kolar baju Mikael ke arahnya. Kerana terkejut dan keadaan tubuh Mikael yang belum stabil dia terjatuh tetapi tangan sebelahnya sempat menongkat diri di kepala sofa dari terus jatuh ke atas Elina. Tanpa sedar tangan kirinya mendarat di atas peha Elina yang tidak berlapik kerana dressnya sudah terselak sedikit.

Klak!  Bunyi pintu di buka dari luar.

"Sayang I bawakan....." terkaku Riya di muka pintu melihat apa yang ada di depan matanya.

Prangg!!! Terlepas segala bekalan dari tangan Riya.

Mikael yang juga terkejut dengan keadaan sekarang segera bangun. Tubuhnya kaku berdiri tegak tergamam menghadap Riya. Mulutnya seakan terkunci untuk menerangkan perkara yang berlaku bila wajah Riya yang penuh kekecewaan terhidang di depannya. Dia kaget.

Elina yang juga terkejut dengan kehadiran Riya segera bangun serta membetulkan baju dressnya. Dia segera mencapai tas tangannya dan ingin keluar dari bilik itu. Riya yang berada di muka pintu segera menahan Elina dari keluar. PANG!!!! Riya menampar pipi Elina. "Perempuan murah!!" Riya menolak Elina keluar dari bilik pejabat Mikael.

Ella dan Adam yang baru keluar dari lif terkejut dengan apa yang mereka lihat. Mereka terpinga-pinga kerana tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Elina memegang pipinya seraya berlari ke arah lif. Dia berasa sangat malu. Segala rancangannya musnah.

Riya kembali memandang Mikael. "Baby, ini semua salah faham. Elina perangkap I" Mikael cuba menerangkan keadaan sebenar kepada Riya. Riya pantas mengangkat tangannya. "I tak mahu dengar apa-apa buat masa sekarang" Dia terus berlalu pergi meninggalkan Mikael yang masih kaku berdiri di tempat tadi tidak bergerak. Sekan baru tersedar Mikael segera mengejar Riya.

Ella cuba memanggilnya, "Encik Mikael, Datuk Zul dah sampai" Adam hanya diam, cuba tidak masuk campur dalam urusan Mikael dan Riya. Mikael sempat menarik tangan Riya yang baru ingin lolos ke dalam lif. "Mika please let me go, settlekan kerja U dulu. Kita jumpa di rumah" kata Riya dengan suara yang ditahan. Dia tidak mahu bergaduh di situ dan menjatuhkan maruah suaminya di depan staff mereka.

"Sayang please, trust me" pujuk Mikael. Wajahnya penuh kekesalan. Tak tahu bagaimana untuk mempertahankan dirinya yang tidak bersalah. Keadaan yang terjadi di depan mata Riya sebentar tadi bukan mudah untuk dijernihkan. Hanya kepercayaan dari sang isteri saja dapat yang diharapnya. " Kita jumpa di rumah. See U soon" Riya melepaskan lengannya dari pegangan Mikael. Segera menekan butang lif untuk turun ke tempat parkir kereta.

Fikirannya bercelaru. Antara percaya dan tidak. Cinta dan kesetiaan Mikael tiba-tiba diragui. Air matanya gugur akhirnya. Menggeletar tangannya. Sedari tadi cuba ditahan. Akhirnya dia tewas. Dia bersandar di dinding lif. Menangis teresak-esak. Hatinya sakit. Kecewa.

Mikael melepasskan Riya pergi dengan pandangan sayu. Dia perlu memberi Riya ruang untuk bertenang. Dia segera memanggil Adam ke bilik meeting. Meeting itu perlu disettlekan secepat mungkin. Dia mahu segera pulang. Mahu segera mengubat luka isterinya. Adam menepuk-nepuk bahu Mikael semasa mereka di dalam lif. "Dam, please conduct meeting. Fikiran aku serabut sekarang. Aku akan cuba bagi perhatian juga" Mikael memecahkan kesunyian. "Boleh bro. No problem, kita kasi settle cepat. Aku tau kau nak balik cepat" jawab Adam memahami gejolak hati Mikael. "Thanks bro".

Jururawat CintaWhere stories live. Discover now