BAB 39

20.2K 161 4
                                    

Untuk makan malam pertama mereka di Bali juga dikira sebagai temujanji pertama dalam hubungan Mikael dan Damia, Mikael memakai kemeja fit berwarna biru muda dipadankan dengan blazer fit berwarna hitam yang dibiarkan lepas dan seluar jeans straight cut berwarna hitam, manakala Damia anggun menggayakan dress labuh bawah lutut berwarna navy blue yang mengikut bentuk badannya tapi tidak terlalu ketat, masih sopan dipandang, memadankan clutch comel berwarna biru muda sebagai pelengkap penampilannya. Rambutnya yang panjang beralun dibiarkan lepas. Damia merias sederhana wajahnya agar tidak kelihatan pucat di mata orang terutamanya Mikael. "Cantiknya isteri abang" puji Mikael. Damia tersenyum malu dengan pujian Mikael. Mereka beriringan berpegangan tangan menuju ke kereta yang sedang menunggu mereka untuk dibawa ke restoran.

Sesampai di restoran, Mikael dan Damia dibawa ke meja yang sudah dikhaskan untuk mereka berdua. Meja tersebut dihias indah dengan di letakkan sebatang lilin di tengah meja sebagai penyeri.  Mikael dan Damia dihidangkan menu yang sangat lazat, dimulakan dengan menu Nicoise Salad campuran sayuran rangup dihidang bersama tuna, telur rebus serta krim sos jawa istimewa, seterusnya untuk hidangan utama, mereka dihidangkan dengan Grilled Sirloin Steak, daging sirloin Australia dipanggang sempurna dihidang bersama sos lada hitam mix sos jawa cendawan istimewa, kentang goreng dan sayuran, Greek Yogurt Panna Cotta with manggo pudding sebagai pencuci mulut mereka pada malam indah itu dan akhir sekali Orange Juice serta Coffee Javanese menjadi pelengkap hidangan makan malam mereka pada malam itu. Sepanjang menjamu selera mereka berbual mesra, makan malam mereka diiringi muzik romantis dari alunan piano yang dimainkan dari tengah-tengah restoran.

"Sedapnya semua hidangan ni.. Especially Greek Yogurt ni.. Mia suka..Kenyang gila perut Mia malam ni"tutur Mia ceria. "Abang pun kenyang sangat.. kopi diorang sedap..tapi tak boleh lawan kopi yang sayang bancuh.." ujar Mikael lembut..sangat romantis di telinga Damia. Damia menunduk dan tersenyum. Masih malu bila dipuji oleh Mikael ditambah dengan renungan mata Mikael yang sentiasa memikat hatinya. 

Sebelah tangan Mikael mencapai tangan Damia di atas meja. Dielus lembut, Damia hanya memerhati dan membiarkan saja perlakuan Mikael. "Sayang jangan la malu-malu dengan abang..lagi sayang malu, lagi abang geram nak sakat sayang tau tak?" ujar Mikael, masih lembut dan romantis. Membahang rasa pipi Damia. "Sorry, Mia tak pernah ada boyfriend selama ni, selain ayah dan Abang Danish, abang lelaki ketiga yang ada dalam hidup Mia. Mia kena biasakan diri dulu" jawab Damia jujur. "Serius la sayang tak pernah ada boyfriend? macam mustahil je" ujar Mikael tidak percaya. "Betul, Mia tak pernah dekat dengan mana-mana lelaki pun.. Mia fokus nak capai cita-cita Mia. Berubah sedikit riak wajah Mikael, dia mengenggam tangan Damia erat. "Abang minta maaf sebab minta sayang berhenti kerja, penat-penat sayang belajar bersungguh nak capai cita-cita, abang suruh berhenti pula" ada nada kesal dalam bicara Mikael. Damia menggeleng kecil dan tersenyum kepada Mikael. "Mia okay..mula-mula memang sedih.. tapi Mia dah boleh terima sekarang..Mia nak taat pada abang" ucap Mia lembut seraya menundukkan kepalanya dengan senyuman malu.

"Tengok tu, malu-malu lagi...geram tau tak, rasa nak cubit je pipi sayang tu" Mikael senyum lebar memandang Damia, cuba mengubah kembali suasana, tidak mahu merosakkan mood. "Hehehe..sorry abang" Damia mengangkat semula wajahnya memandang Mikael. MIkael mengenyitkan sebelah mata kepada Damia, pantas Damia menundukkan kembali wajahnya dengan pipi yang memerah. Terletus tawa Mikael melihat gelagat comel Damia. "Abang jangan la usik Mia, jahat la.." tutur Damia. Mikael menghabiskan sisa tawanya. "Okay..okay..abang cuba okay..dulu masa jaga abang bukan main pot..pet..pot..pet mulut sayang..sekarang ni senyum je memanjang..abang rindu Damia yang dulu.." ujar Mikael, mata tak lepas melirik wajah cantik Damia. Wajah yang membuatnya gila bayang akhir-akhir ini. Ditahan perasaan yang bergelora setiap kali dia dekat dengan Damia. Menghormati sang isteri yang masih belum bersedia.

"Dulu lain..entah la, sekarang ni Mia malu sangat dengan abang, berbeza sangat situasi kita.." jawab Damia. "Yela sayang, slow-slow..abang faham..yang paling penting sekarang sayang dah maafkan abang.."Mikael senyum memandang Damia. "Jom sayang..kita rehat kat villa..sayang pun mesti penat lagi dengan perjalanan kita siang tadi kan" ajak Mikael sambil bangun dan berjalan ke arah Damia, membantu menarik kerusi Damia. Damia tersenyum tersipu malu, dia cuba membuang perasaan malu itu, tapi segala tingkah laku Mikael padanya sentiasa mendebarkan dan meresahkan hati dan perasaannya.

Seusai menutup dan mengunci pintu utama villa Mikael mencapai lembut lengan Damia yang baru selesai menyusun kasut di dalam kabinet kasut di tepi pintu. Damia berdiri kaku menghentikan perbuatannya yang baru saja hendak berpusing melangkah ke arah bilik tidur. Mikael merapat ke belakang tubuh Damia. Perlahan kedua tangannya melingkar di pinggang ramping milik Damia. Jantung Damia mengepam laju seperti ingin pecah, terasa sesak nafasnya. Mikael merapatkan bibirnya di telinga Damia. "Can i get one kiss from U sayang? a real kiss.." bisik Mikael romantis penuh sensual. Damia masih kaku, tak tahu mahu membalas apa, berpeluh tangan Damia hingga clucth di genggamannya terlepas bila Mikael mengeratkan pelukan di pinggangnya. 

Lembut Mikael menarik pinggang Damia agar berpusing ke arahnya. Damia hanya mengikut pergerakan tangan Mikael. Damia meletakkan kedua tangannya di dada Mikael. Perlahan Mikael menolak Damia hingga belakang tubuh Damia melekat di dinding villa. Mata bertentang mata.  Mikael menunduk sedikit cuba merapatkan bibirnya ke arah bibir Damia. Damia yang masih malu teragak-agak untuk menerima bibir Mikael. "Don't move sayang...pleaseee..don't move" bisik Mikael. Damia memejamkan matanya saat bibir Mikael melekap pada bibirnya.  Mikael mengucup lembut bibir Damia. Dia berhenti seketika untuk melihat reaksi Damia, memandang Damia yang hanya memejam mata Mikael kembali merapatkan bibirnya, dielus lembut bibir Damia menggunakan bibirnya, di jilat sedikit bibir Damia, Mikael menolak perlahan belahan bibir Damia dengan lidahnya, saat Damia membuka sedikit bibirnya pantas bibir Mikael meneroka sepenuhnya bibir milik Damia.

Tangan Damia yang pada mulanya berada di dada Mikael perlahan naik ke atas dan memeluk leher Mikael, dia mengikut rentak bibir Mikael. Mikael yang merasa penerimaan Damia memasukkan lidahnya mencari lidah Damia, Damia mengulum lembut lidah Mikael. Nafsu menguasai diri kedua mereka.

Kucupan mereka yang pada mulanya perlahan dan lembut lama kelamaan menjadi lebih erat dan hangat seperti sedang melepaskan segala kerinduan dan keinginan yang ditahan selama ini. Pelukan semakin erat, bibir seperti tidak mahu dilepaskan antara satu sama lain. Lama mereka berkucpan barulah mereka melepaskan bibir untuk mencari nafas. Mata bertentang mata.

Tidak menunggu lama Mikael terus mengangkat tubuh kecil Damia, terjerit kecil Damia kerana terkejut tapi dia cuba menenangkan diri, tangan Damia kekal memeluk tengkuk Mikael. Mikael tersenyum ke arah Damia. Mata bertentang mata. Damia membalas senyuman Mikael. Masih ada malu-malu di riak wajah Damia, debar di dada hanya Tuhan yang tahu. Mikael mengatur langkah menuju ke arah bilik tidur, mata tidak dilepaskan dari memandang mata Damia.























::20022020::

Jururawat CintaWhere stories live. Discover now