Chapter 14

16 3 9
                                    

Sera merenungke luar jendela sambil memikirkan keadaan adiknya Husna. Bagaimana kalau Husna diapa apakan oleh Bad. Macam mana kalu Bad cuba untuk membunuh Husna atau ganggu Husna macam mana dia kena sebelum ni.

   "Kita kena pergi dari sini sekarang!" Marah Edwerd kepada Hans dan Bell membuatkan Sera sedikit melatah.

   "Kenapa ni? Kenapa awak marah-marah. Tak boleh bertenang ke?" Tanya Sera bertubi-tubi

  "Liora dah dekat dengan kita semua. Dia ada ramai pengikut. Sekelip mata je kita boleh mati." Kata Edwerd lagi dengan suara yang sengaja ditinggikan.

  "Liora...Mati... Apa ni korang? Saya tak faham lah. Boleh korang terangkan?" Tanya Sera lagi keliru.

   "Takde masa lah kami nak terangkan semua benda ni pada orang asing macam kau ni!" Marah Edwerd yang membuatkan hati Sera berkecai.
   "Kau diam dan dengaje eihh." Amaran dari Edwerd.

  'Dah lah hati ni berkecai kena pukul, diblandernya pulak jadi umat...' rintih hati kecil Sera.

  "Tak baik lah kau cakap macam tu!" Kata Bell mencaras kata-kata kesat Edwerd kepada Sera

  "Kalau tak de Sera, mati kau kelmarin." Sambungnya lagi sambil mendorong badan tegap Edwerd ke belakang menggunakan jari telunjuk tangan kanannya.

  Muka Edwerd berubah menah seperti buah pinang matang kerana mengumpul amarah terhadap Bell.

  "Takpe Bell, saya okay je" pujuk Sera kepada Bell yang mula ingin merajuk terhadap perbuata Edwerd.
 
   'Alhamdulillah ada yang support aku hihihi' bisik hati Sera riang

   "Kau ni perempuan!" Jerkah Edwerd sambil mencekik leher Sera sehingga tubuh kecil Sera terdorong sedikit ke belakang.
"Aku dah pesan untuk diam kan..." katanya lagi.

  "Eh, kau dah kenapa ni? Gila ke?" Kata Hans yang sedari tadi cuba untuk menjadi orang yang paling tenang di situ. Hans mendekati Edwerd dan Sera untuk melepaskan genggaman tangan Edwerd.

   Muka Sera berubah pucat kebiruan apabila otaknya tidak dapat menerima oksige. Sel darah merah yang ada dalam tubuhnya masing-masing tersekat pada leher.

  "Tubuh Sera dah lemah!" Jerit Bell apabila dia dapati gelombang positif dari Sera berkurang.

   Tiba-tiba sepucuk panah berapi menembusi dinding kayu rumah mereka. Api laju menyambar kain yang dijadikan alas meja dan terus menyambar pada liling serta kayu-kayu lain yang berdekatan dengan mereka.

  Genggaman pada tangan Edwerd leraikan dan dengan mudah tubuh Sera rebah ke tanah.

   "Jom keluar dari sini sekarang!!" Arah Hans kepada Bell,Edwerd dan Sera.

    Bell dan Hans pantas berlari keluar dari pintu belakang rumah manakala Edwerd sibuk  mencari keberadaan pedang miliknya. Apabila bebola matanya melihat ke arah pedang miliknya berada di pintu biliknya dia cepat-cepat mengatur langkahnya.

   Malang sekali kakinya tidak mampu bergerak apabila ada tangan kecil yang memegang betisnya. Dia memandang kepada tuan empunya tangan itu.

  "T..to..long saya." Kata Sera sambil mengalirkan air mata. Pada awalnya Edwerd tidak mengendahkannya tetapi apabila dia merenung wajah imut milik Sera pantas dia mendukung Sera dan berjalan mengambil beg milik Sera dan pedang miliknya. "Aku bukan tolong sebab tergoda dengan kau tapi aku kesian." Kata Edwerd tanpa memandang wajah Sera.

*****

"Hai korang berdua..." sapa seorang gadis yang gah berbaju besi dan menaiki seekor kuda hitam yang besar.

"Liora!" Kata Hans dan Bell serentak. Nasib baik serentak je, kalau seirama lain pulak jadinya.

  "Ye, aku lah ni. Kenapa? Korang rindu ke?" Kata gadis itu dengan nada yang sombong sambil turun dari kudanya itu.

  "Ke mana sahabat korang yang hebat sangat tu? Kononnya mampu mempertahankan segalanya dengan sendiri tanpa bantuan orang lain malah mengatakan yang aku ni lemah kerana gunakan tentera berkuda. Herhhh korang kena tahu, di sini aku yang dah berkuasa sekarang ni."

"Sombong!" Sampuk Hans sambil membuka langkah kekudanya.

"Kuasa kau tak akan mampu melawan aku lah Hans!" Marah Liora.

"Bunga karnivo, aku menyeru untuk menyerang mereka berdua!"

Bunga-bunga cantik keluar mendekati Hans dan Bell.
"Alahai cantiknya bunga..." puji Bell sambil menggosok-gosok kelopak bunga itu.

Tiba-tiba bunga itu laju cuba untuk menggi jari Bell
"Adui mak kau jatuh" latah Bell dan rebah menyembam tanah.
Bell ngangkat kepalanya dan matanya membulat kerana melihat muka Hans yang memerah akibat Bell yang menarik seluarnya sehingga tertanggal.

"M..maaf ye" kata Bell sambil mengakat balik seluar itu untuk menutup apa yang patut dan menunjukkan muka yang comel.

Liora di situ sudah ketawa terbahak-bahak.

"Bodoh punya manusia!"
Kata Liora sambil menghulur kedua-dua tangannya ke depan dan bekgerak pula ke atas.

Pokok karnivo itu berubah menjadi besar. Sepertinya Liora sedang mengawal mereka.

Baru sahaja pokok itu ingin menelan Bell dan Hans, pokok itu hangus dengan sekelip mata sahaja.

Edwerd muncul di hadapan mereka sambil menggedong Sera.
"Eih.. bukan ke haram Edwerd sentuh Sera?" Bisik Hans pada Bell.

"Kelmarinkan, Sera cakap dia boleh sentuh Edwerd sebab Edwerd pensan, mungkin Sera tengah pensan tuh" balas Bell dengan berbisik juga.

  'Dua orang ni sempat lagi mengumpat?' Desis hati Edwerd.

"Oh, Si Jaguh." Seru Liora
"Kau nak apa Liora?"tanya Edwerd
"Kau lupa ke, yang perempuan dalam dakapan kau sekarang tu ialah sumber tenaga positif untuk diri kau? Kalau aku dapat bunuh dia pasti kau akan lemah balik" kata Liora
"Lagenda tu palsu!" Jerkah Edwer pada Liora sehingga membuatkan kuda hitam itu meringkik. Liora hanya menunjukkan muka beraninya.

"Kalau palsu, jom kita bunuh dia. Lagipun kau benci perempuan macam ni kan,lemah." Cadang Liora.

"Kau ingat aku bodoh lagi ke nak ikut telunjuk kau budak mentah?" Kata Edwerd yang mampu menghiris hati Si Liora.

"Dasar, wahai deduri pohon serang dia!"kata Liora.

Telinga Edwerd yang peka dapat mendengar kehadiran deduri itu. Baru sahaja ingin mengeluarkan kuasa apinya tiba-tiba sahaja duri itu berhenti. Dia menjenggilkan matanya. Dilihatnya sekeliling. Seperti...

  "Masa terhenti." Kata Bell

Laju Edwerd berpaling ke wajah Bell dan Hans, wajah bangga.

  "Mari kita pergi dari sini sebelum aku tak larat untuk menahannya lagi" kata Bell.

"Jom." Balas Hans dan Edwerd serentak.

   Next; Dah habis Chapter 14. Now, korang tahu lah kan siapa itu Liora.. Sya nak mintak jasa baik para pembaca untuk SHARE cerita ni ya. Boleh lah mereka tolong komenkan apa yang patut. Ada typo tu maaf lah, lagi pun Sya dah semak tapi kalau ada maaf lah ye. Terima kasih pada pembaca yang setia. Jangan lupa untuk selalu terhibur dan tersenyum ya. 😊

My New World?[C]Where stories live. Discover now