BAB 9

249 6 4
                                    

"PAK ITAM dah tak ada kerja ke?" soal Kei mesra.

Pakaian Pak Itam sama macam petang tadi. Spesies tak mandi orang tua ni.

"Dah setel. Bolehlah aku layan kau. Apa benda kau nak tanya?" Pak Itam ambil port menghadap Kei.

Huda menjarakkan diri. Bau hapak kuat sangat. Huda dah mandi dan wangi. Tak sudi berjangkit bakteria Pak Itam.

"Pak Itam drug addict ke?"

Rahang Huda jatuh. Puaka sungguh mulut si CC ni. Selamba badak saja membuka soalan kontrovesi.

"Bekas. Aku dah taubat."

Bingo! Betullah tekaan mereka. Patutlah muka macam hantu jerangkung. Cengkung dan nampak selebet.

"Mana Zack, Pak Itam?" Perbualan bertukar serius saat Kei menyampuk.

"Kan aku dah cakap dia ada di puncak Gunung Amon."

"Dia buat apa dekat sana?"

"Adik kau. Takkan kau tak tahu?" Asap rokok daun berkepul-kepul keluar dari mulut Pak Itam.

"Cari gali emas?" celah Huda.

"Nampaknya perempuan cantik lebih bijak."

Huda tersipu-sipu. Pak Itam ni nak mengurat dia ke? Jangan haraplah dia tergoda. Jamban tak siap lagi handsome.

"Zack kata dia cari kapal karam berusia 500 tahun," ujar Kei.

"Adik kau tu jujur sangat ke?"

Selama ini Kei sangka Zack dan Suri spesies jujur. Rupa-rupanya kembar itu telah banyak berbohong. Munafik sungguh.

"Memang ada emas ke dekat pulau ni Pak Itam?"

Adrenalin Huda merembes laju. Mengharap jawapan positif.

"Ada."

Yes!

"Tapi, setahu aku tak ada sesiapa dapat bawa emas tu keluar dari pulau ni."

Lagi bagus macam tu. Huda senyum lebar.

"Bila kali terakhir Pak Itam jumpa Zack." Kei potong line.

Tak berminat dengan emas. Dia lebih utamakan keselamatan Zack.

"Dua minggu lepas."

"Dia seorang diri?"

"Taklah. Kru-kru dia ramai."

"Semua berkampung kat puncak?"

"Yalah. Dah bos kat atas. Takkan kuli nak duk bawah pulak?"

"Aku tak nampak pun bot lain di jeti?"

Memang tak ada bot lain di jeti. Mustahil Zack naik kapal selam ke Pulau Amon.

"Ada jeti lain di belakang pulau," jawab Pak Itam lancar.

Kei cuba mengesan sebarang penipuan. Tak ada. Pak Itam jujur.

"Zack dah jumpa ke emasnya Pak Itam?"

Semua mata berpusat kepada Huda. Apa hal perempuan ni suka out of topic.

"Apa hal korang tengok aku macam tu? Aku nak tanya. Tak salah kan?"

"Tak salah." Bob menyokong.

"Mereka belum turun. Belum jumpalah agaknya," balas Pak Itam.

"Yang kami nampak bersinar-sinar di puncak gunung tu, apa pak cik?" Giliran CC melencong isu utama.

Semua pasang telinga. Misteri Pulau Amon lebih menarik berbanding kisah Zack.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MAKHLUKWhere stories live. Discover now