Blurb

36 2 0
                                    

Oleh kerana diri hampir menjadi mangsa ketamakan keluarga, Nuha Adalina tekad membawa diri pergi. Dia yang selalu bergantung harap akhirnya tekad untuk menjauhkan diri. Oleh kerana ego yang melanda diri dia akhirnya sesat di negeri orang.

Ahmad Ariq Ejaz, lelaki itu sudah teruja apabila akhirnya resume dia diterima. Namun malang menimpa apabila dia hampir menjadi mangsa kemalangan. Nuha yang buntu tidak tahu ke mana akhirnya bertemu dengan Ariq yang dingin.

"Kalau aku mati tadi kau nak ganti nyawa aku ke?"-Ahmad Ariq

"Saya dah kata saya tak sengaja."-Nuha Adalina.

Oleh kerana simpati Ariq nekad membantu Nuha supaya dapat pulang ke negeri asalnya. Namun, gadis kluster itu banyak sangat mulut hingga dari rasa simpati muncul rasa sayang dan sakit hati.

'Pergilah balik, kau kena lupakan aku. Sebab aku takkan pernah ingat kau pun.'-Ahmad Ariq.

Pertemuan seketika itu buat Ariq dan Nuha saling merindu. Ariq mengharap Nuha kembali. Nuha mengharap Ariq mencari. Satu rahsia yang terbongkar buat si Ariq tekad menyelamatkan Nuha.


BoldogsagWhere stories live. Discover now