B3[Nama]

22 0 0
                                    

Deruman kereta itu laju menesuri jalan. Air mata berlinangan tidak dapat ditahan. Saat ini di dalam hati hanya meminta agar tuhan terus menarik nyawanya. Kali pertama dia seberani ini. Waktu malam sunyi dia memandu sendiri dengan penuh keberanian. Tangisan yang pecah itu tidak diendahkan lagi.

Hampir 6 jam perjalanan Nuha tersedar dari lamunan tidurnya. Suara azan yang berkumandang itu mengejutkan si gadis yang masih dalam keadaan separa sedar. Mata yang sembab dek tangisan itu dilihat melalui cermin kereta.

"Buruknya kau Nuh!"Selorohnya sendiri.

Sedang dia membelek mukanya bunyi ketukan di tingkap kereta. Pantas netranyq melihat ke arah tingkap. Muncul satu susuk tubuh lelaki separuh umur di tepi kereta itu. Perlahan-lahan tingkap diturunkan.

"Anak ni okey ka? Pakcik nampak kamu dari semalam berhenti kat sini?"Soalan pakcik itu buatkan Nuha bingung.

Dia menelan air liur.

"Arr...saya okey pakcik. Saya penat jadi saya tertidur."Ujarnya.

Memang betul pun dia kepenatan. Entah dimana dia berada saat ini pun dia tidak tahu. Dia hanya memandu ikut suka hatinya. Dia berhenti di sini pun kerana dia sudah tak larat.

"Anak masuklah dalam masjid. Solat subuh dulu ya. Lepastu teruih kan perjalanan."Ajak pakcik itu.

Melihat dialek yang ditutur oleh pakcik di tepinya dia yakin dia bukan di Johor. Mana kau berada ni Nuha!

Dia mengangguk mengikut arahan. Telefon bimbit dan beg duitnya dicapai. Pantas dia mengikut pakcik tadi ke dalam masjid. Masuk sahaja ke dalam masjid semua mata mula memerhati dirinya.

Nuha cemas.

Kenapa mereka nampak aku macam alien ni. Teruk sangat ke muka aku? Nuha menundukkan pandangannya. Seram sejuk dibuat.

"Sapa ni haji? Tak pernah nampak pun?"Soalan itu buat Nuha mendekati pakcik itu.

Buatnya karang dia kena pukul. Tak naya?

"Oh dia ni, alah pelancong. Dia tidur dekat dalam kereta dia tu. Aku kejut suruh dia bangkit subuh. Bukan sesiapa pun."Terang pakcik itu menjernihkan keadaan.

Nuha melihat jemaah yang berada di situ mengangguk faham.

"Oh ingatkan siapalah tadi. Kot-kot bini nombor empat ka kan! Naya nanti Hajah Limah meroyan."Gurau salah seorang yang berdiri di situ.

Mata Nuha membulat. Pantas dia menjauhkan jaraknya dengan Haji tadi. Amboi ini kalau aku tunjuk muka simpati sikit mesti pakcik ni dah melamar aku jadi bini dia. Nasib baik aku punya muka tengah hodoh.

"Apo hang dok melalut ni. Aku tolong ja budak ni. Ke situ pulak dia. Dahlah pi masuk saf sana. Buat dosa kering jalah haih." Bebel Haji itu.

Suai semua beransur pakcik yang masih tidak diketahui namanya itu memandang Nuha yang masih menunduk.

"Hang dok sah ambil hati na dengan mulut depa tu. Biasalah orang kampung bergurau. Tapi apa salahnya kalau hang sudi jadi bini pakcik."Berseloroh dia berkata.

Mata Nuha membulat. Kurang asam betul. Sempat lagi dia nak try tu.

"Takpa pakcik saya tak kisah pun gurauan tu. Saya nak ucap terima kasih dekat pakcik..."

"Panggil Haji Man ja. Orang kampung sini jarang panggil pakcik. Dak sesuai."Tuturnya.

Kening Nuha terangkat. Ingatkan dia sorang je ada panggilan khas. Pakcik ni pun ada.

"Em...Takpelah Haji Man. Saya masuk dalam ruang solat dulu."Pinta Nuha.

Haji man mengangguk. Nuha pun berlalu.

BoldogsagWhere stories live. Discover now