B7[Siapa tahu?]

16 0 0
                                    

Ariq

Nuha merenung perpustakaan desa yang cantik itu. Tak sangka memang nampak modern. Dia masuk ke dalam dapat dilihat ramai orang memenuhi ruang perpustakaan itu. Nuha melihat Aqil yang sudah berada di kaunter perpustakaan.

Nampak macam situasi kolej pula. Tiba-tiba rindu Neya dan Doja. Nuha melepaskan keluhan berat.

"Akak okey ke? Kalau tak selesa bagitahu Aqil."Ujarnya prihatin.

Dia tengok muka gadis itu muram sahaja bila sampai ke sini. Nuha berikan senyum tawar.

"Aqil nak akak buat apa-apa ke?"Soal Nuha berbasa-basi.

Maklumlah dah 10 minit dia duduk dekat depan kaunter ni. Dah macam pak guard.

Aqil melihat wanita muda itu. Kalau suruh mengemas karang takut lagi bersepah. Maklumlah sepanjang seminggu wanita itu duduk di rumahnya dia selalu nampak mama membetulkan cara si gadis memegang penyapu,mop dan bulu ayam. Tengok cara macam tak pernah buat kerja kemas rumah ni.

"Saya rasa akak jaga kaunter dekat sini je lah."Jawab Aqil.

Nuha mengangguk. Pantas dia mengambil tempat di situ. Tudungnya dikemaskan seelok mungkin. Sebenarnya bila menjaga kaunter ni dia dapat hilangkan rasa rindu untuk ke butik miliknya itu. Entah apalah nasib butik dia tu sekarang. Harapnya Neya dan Doja boleh uruskan sebaik mungkin.

"Hello!"Suara sapaan itu mematikan lamunan Nuha. Pantas dia menoleh ke arah sapaan itu.

Wajah gadis muda di hadapannya itu dipandang. Salam tak ada apa tak ada dia 'Hello' kan aku pula? Budi bahasa kosong betul. Siap kau budak!

"Ya? Awak nak pulang buku ke?"Soal Nuha berpura-pura ramah.

Melihat gadis itu memandang sinis ke arahnya buat api kemarahannya membara. Ish aku ingatka perangai Abang Nurhan tak wujud dalam kampung ni.

"Aqil mana?" Soal si gadis dingin.

Nuha mengherotkan bibirnya.

"Rasanya dia ada dekat belakang. Tapi sebelum tu awak ni siapa?"

"Aku Dura. Teman wanita Aqil."

Mata Nuha membulat. Biar betul Aqil ada teman wanita. Tapi kejap! Apa nama dia tadi? Drakula? Ke aku salah dengar. Nak tanya lagi karang mahu aku kena maki pula dengan minah ni.

"Kau ni siapa?"Soal Dura penuh angkuh.

Nuha mengeluh.

"Nuha. Nuha Adalina."

Mendengar nama itu membulat matanya. Dia memandang Nuha daripada atas ke bawah. Nuha jadi cuak. Dah apasal pula minah sengal ni tengok aku macam nak makan pula.

"Kau Nuha?"Soal si gadis semula tidak percaya.

Nuha mengangguk. Lepas anggukan itu senyuman tiba-tiba terbit di wajah gadis itu. Senyuman yang menakutkan Nuha. Tadi bukan main bengis muka budak depan dia ni.

"Arr...Kak Nuha ni isteri Abang Ariq kan?"Soal Dura dengan nada yang penuh sopan santun.

Melihat keadaan itu buat Nuha jadi lagi pelik. Budak ni mabuk ke. Sebut pasal isteri tadi takkan dia nak jawab bukan pula kan? Pecah tembelang nanti! Buat malu je nanti. Nuha hanya menangguk kaget dengan persoalan gadis pula itu.

"Oh...Akak carikan saya Aqil boleh? Saya nak cakap dengan dia kejap."Pinta gadis itu.

Nuha mengangguk dan berlalu.

.

.

.

Haji Man memandang lelaki muda itu penuh tanda tanya. Macam mana lelaki muda ini tahu kampungnya. Bukan dia nak kata kampung dia ni ada pasang pendinding ke apa, cuma jarang ada orang yang boleh sampai ke sini. Melainkan lelaki muda ini dan juga gadis muda yang dia jumpa tempoh hari di hadapan masjid itu. Tapi alasan gadis muda itu pun masih kukuh lagi. Sesat. Tapi lelaki muda berambut perang ini hanya berkata dia nak bercuti. Bukan ada apa yang menarik sangat dekat kampung dia ni.

BoldogsagWhere stories live. Discover now