LIMA

56 5 0
                                    

"Rif! Rif kena dengar dulu apa yang sayang nak cakap!" ujarnya sebaik berjaya memintas langkah lelaki itu.

"Apa lagi kau nak cakap dengan aku ni? Kau nak cakap, yang kau takde apa-apa dengan jantan tu? Pergi mampuslah dengan alasan basi kau tu! Aku dah muak dengar! Kan lagi baik kau mengaku aje yang kau memang dah suka dengan jantan tu! Tak payah kau nak berdalih banyak kali dengan aku!" Marah Rifqi sebelum kembali membuka langkah ke keretanya.

"Tak Rif tak! Demi Allah sayang takde apa-apa pun dengan dia!" Tanjung cuba menjelaskan keadaan yang sebenar. Tubuh cuba menghalang Rifqi dari terus masuk ke dalam kereta. "Rif, tolong percayakan sayang. Demi Allah sayang takde apa-apa dengan dia. Semalam dia cuma tolong sayang hantar kereta sayang ke bengkel. Tu aje Rif. Sayang ada call Rif semalam. Tapi Rif tak angkat. Dia yang ada masa tu, dia yang tolong sayang..."

"Kau ingat, aku nak percaya apa yang kau cakap tu? Sebelum ni, berapa kali aku dah ingatkan. Jangan layan dia, jangan layan dia!" Jerkah Rifqi membuatkan Tanjung tersentak. Belum pernah sekali pun dia ditengking begitu. "Tapi kau degil! Kau tetap jugak layan jantan tu!" Marah Rifqi lagi. "Aku rasa, memang tuhan tu nak tunjuk kat aku yang sebenarnya kau tu memang perempuan tak guna! Kau tak jujur dengan aku selama ni!"

"Rif... Tolong jangan macam ni. Sayang takde apa-apa pun dengan dia, Rif. Tolonglah percaya..." Tanjung mula merayu. Hati mula dilambung debar yang menggila dek kata-kata yang muntah di bibir lelaki itu. "Rif... Sayang cintakan Rif. Bukan dia Rif... Tolong jangan buat sayang macam ni. Tolong percayakan sayang..." Cuba dipaut lengan lelaki itu, tapi beberapa kali tangannya ditepis kasar. "Rif, I love you so much!" luahnya cuba meyakinkan.

"Sudahlah perempuan! Cinta murah kau tu tak layak untuk aku! Mulai hari ni, kita dah takde apa-apa lagi. Kau dengan jantan tu, boleh pergi mampus sana!" hambur Rifqi berang seraya menolak tubuh kurus Tanjung yang cuba menghalang dia dari menarik pintu keretanya. Terjelepuk Tanjung ke tanah.

"Rif!" Tanjung laju bingkas meskipun dia dapat rasa tangan dan sikunya pedih. "Rif, bukak pintu ni Rif! Rif jangan tinggalkan sayang!" Dia cuba ketuk cermin tingkap Rifqi. Namun lelaki itu langsung tidak mempedulikannya. Sebaliknya dia terus memecut keretanya beredar dari situ tanpa sempat Tanjung menghalang. "Rifqi!" Tanjung jerit sekuat hati di situ bersama air mata yang mengalir. Sungguh dia langsung tidak menyangka apa yang berlaku kini. "Rif... I takde apa-apa pun dengan dia, Rif..." Rintihnya perlahan biarpun kereta Rifqi sudah pun hilang dari pandangan.

"Tanjung..."

Tanjung menoleh ke arah suara. Melihat seraut wajah tenang yang menjadi punca permasalahannya dengan Rifqi sejak akhir-akhir itu membuatkan api kemarahan serta-merta menyala. Penumbuk dikepal sekuat hati sebelum kaki mengorak langkah mendapatkan lelaki itu. "Seronok you tengok drama sebabak I tadi? Seronok?" Gumamnya bersama amarah yang terpendam. "Puas hati you sekarang ni kan? Puas?" Jerkahnya sekuat hati. Langsung tidak dihiraukan mata yang memandang apa yang berlaku sejak tadi. "I hate you Alham. I hate you!" Sekuat hati dia menampar dada Alham dengan kedua-dua belah tangannya sebelum terus beredar ke keretanya dengan air mata yang sedia tumpah.


Cik Siti Tanjung SariWhere stories live. Discover now