"Kita dah tak boleh tinggal di sini. Kita kena pergi!!""Kenapa ni abang? Kita nak ke mana??"
"Ahli sihir diraja tu dah mula geledah dan serang kampung sebelah. Tak mustahil kampung ni yang seterusnya!!"
"Kalau macam tu.. anak kita..!"
"Bawa apa yang patut. Kita akan pergi dari sini. Kita mesti pastikan anak kita selamat."
"Abang!! Jangan!!"
"Macam mana.."
"Lepaskan anak aku..!"
"Abang!!"
"LILITH!!"
Mata Lilian dibuka secara mengejut. Nafasnya tertahan. Cepat-cepat dia bangun dari baring lalu dia meletakkan tangan kanannya di dada untuk menenangkan diri.
"Mimpi tu lagi..." Lilian memicit kepalanya yang agak pening.
Tulah kau. Tidur petang lagi. Kan dah mimpi benda pelik.
Jam di dinding dikerling malas. Pukul 6.30 petang.
Dia termenung seketika sambil tenyeh mata dengan perlahan, lalu dia berbisik, "nak keluar lah kejap, lama sangat aku tidur ni."
Serta-merta dia bangun dari sofa lalu memakai pakaian yang sesuai dan merapikan rambutnya yang serabai untuk ke luar rumah. Perut pun lapar semacam, ada baiknya dia keluar cari makan di kedai berdekatan. Dompet dan telefon di atas meja kecil dicapai.
Selepas mengunci pintu, Lilian memalingkan kepalanya ke rumah sebelah. Dah dua bulan sejak Lucas menjadi jirannya. Dan dua bulan itu jugalah mereka hanya bersapa antara satu sama lain ala kadar saja. Setakat terserempak tu, adalah juga berbual sekejap. Sekali-sekala pada waktu malam Lucas ketuk pintu rumah Lilian untuk bagi makanan.
Lilian pun pelik juga, Lucas selalu balik waktu malam. Jarang sekali mereka terserempak semasa pagi atau tengah hari. Kerja ke belajar ke, dia tak tahu.
Bila dia fikirkan balik, rasa bersalah pula sebab dia tak pernah lagi bagi Lucas apa-apa untuk balas jasa dia. Selama ni asyik Lucas je yang bagi dia makanan, sekali-sekala tawar untuk tolong hantar pergi kerja tapi dia selalu tolak, belikan dia ubat senggugut..
Mengingatkan peristiwa memalukan tu, Lilian terus menggelengkan kepalanya untuk sedarkan diri daripada terus mengelamun.
Mananya tak malu. Tiba-tiba terjelopok jatuh di tepi tangga sebab senggugut. Tak boleh langsung nak berdiri, berjalan lagi lah. Macam nak mati dah. Mujur Lucas balik awal malam tu, sempatlah dia pergi memecut ke farmasi untuk beli ubat. Lilian pun terpaksa tebalkan muka bila Lucas memapah dia ke rumah.
Tapi Lucas tahu yang Lilian masih tak percayakan dia sepenuhnya, jadi Lucas hanya memapah Lilian sehingga depan pintu saja. Takkan nak masuk sekali kan?
Disebabkan peristiwa tu jugalah mereka dapat bertukar nombor telefon. Lucas kata senang kalau Lilian nak minta tolong ke, kecemasan ke, call je dia.
Memang tak lah Lilian nak call. Takut menyusahkan pula. Ada nombor masing-masing pun tak pernah berhubung. Sunyi je.
Tiba-tiba telinganya mendengar bunyi tapak kaki dari arah tangga. Terus Lilian pergi ke situ, dengan andaian Lucas tengah naik ke atas.
"Lucas?"
Lucas yang sedang menaiki tangga memberhentikan langkahnya lalu memandang ke atas di mana Lilian berada.
"Oh, Lilian.."
YOU ARE READING
Bound Together.
Fantasía"Kenapa aku perlu percayakan kau?" 24 tahun hidup menyendiri dan serba kekurangan, Lilian, seorang wanita yang hidupnya biasa-biasa sahaja telah didatangi oleh seorang jejaka yang mengaku dirinya sebagai seorang putera dari Alam Ziuran. 'Putera' ter...