Biarlah gendut, Gendut-gendut mikat hati tahu!
Buku-buku yang berselerak atas meja dikemas satu persatu. Farah yang masih sibuk mencari jalan penyesalaian soalan addmath dikerling seketika.
Sejak peristiwa 3 bulan lepas. Farhana banyak menjauhkan Farah daripada nya. Tipula kata tak rindu dekat kawan baik sendiri. Daripada darjah 1 mereka berkawan. Tiba-tiba muncul si Farhana. Hubungan mereka rentak sebegini. Setelah selesai mengemas buku. Beg diangkat dan dipakai pada kedua belah bahunya. Langkah nya diatur ke arah Farah. Sebaik tiba disisi Farah terus Qesha duduk menghadap nya. Kebetulan pula ada kerusi dihadapan meja Farah. Jadi apa lagi rembat sajalah.
"Wey,"
Farah yang bary sedar akan kehadiran Qesha dihadapan nya bingas bangun dan mengemas buku nya dengan kadar segera. Kelam kabut Qesha bangun dan menarik pergelangan tangan Farah.
"Hang nak apa? Lepaskan tangan aku boleh?" Tegas saja Farah bersuara. Qesha mengemam bibir.
"Aku rindu kau weh, kenapa kau jauhkan diri kau daripada aku, takkan sebab aku kawan dengan Nazrin kau terus nak jauhkan diri daripada aku?" Soal Qesha terus. Dia bebetul rasa sedih bila semuanya jadi macam ni. Ingat mudah ke dia nak hidup tanpa seorang sahabat yang dia betul-betul sayang.
Farah menunduk. Tak tunggu lama Qesha menarik badan Farah dan memeluknya erat.
"Aku cuma minta kau hargai aku sementara aku masih ada dekat sini. Lepasni aku dah takde dekat sini Farah." Tak semena-mena air mata Qesha mengalir. Farah tergamam. Perlahan-lahan tangan nya naik dan memeluk tubuh badan Qesha. Airmata dia turut mengalir.
"Aku pun rindu hang weh, hang nak pergi mana? Jangan tinggalkan aku weh."
Qesha melepaskan pelukan dan memandang mata Farah yang berkaca. Keadaan sekeliling dia pandang seketika.
"Aku kena pergi dari sini weh. Aku harap bila aku balik sini. Semuanya berubah menjadi sedia kala. Jaga diri ye Farah."
Laju Farah memeluk tubuh Qesha semula. Kepala nya digeleng berulang kali. Tak terima kenyataan. Lepasni kalau Farhana buli dia siapa yang nak backup dia. Selama ni hanya Qesha yang berani melawan Farhana. Walaupun Farhana berkawan dengan mereka. Tapi hati Farhana cukup berbeza berbanding mereka berdua. Farhana mempunya hati yang cukup busuk!. Tak boleh tengok orang lebih daripada dia walaupun orang tu kawan baik dia sendiri.
"Kau nak pergi mana?"
Kerana terlalu terkejut terlerai terus pelukan Qesha dan Farah. Qesha memandang lantai. Tak berani memandang wajah Nazrin. Bengis betul muka dia. Taku jadinya.
"Ta...takde mana."
Nazrin yang berada di luar kelas terus masuk ke dalam kelas mereka. Tadi kebetulan dia lalu disitu. Saja dia lalu nak tengok Qesha ada ke tak. Sebab kebiasaan nya gadis itu akan melakukan sedikit ulang kaji sebelum pulang. Dan siapa sangka dia dapat berita macam ni. Lengan Qesha dicengkam kasar.
"Kau nak pergi mana! Aku tanya ni kan."
Segera Qesha tepis lengan Nazrin. Sakit rasanya lengan dia apabila dicengkam begitu. Wajah Nazrin dipandang tidak puas hati.
"Ikut suka saya la nak pergi mana pun yang awak sibuk kenapa?" Soal Qesha kasar.
Farah sedikit tergamam manakala Nazrin terkedu. Kenapa dengan Qesha ni? Tiba-tiba je macamni. Nazrin tarik nafas dan hembus perlahan. Dia memegang pelipis kepala.
"Kau ni kenapa Qesha? Sebenarnya kau nak pergi mana?" Nazrin cuba lembutkan suaranya sehabis baik. Jika tiada cara lain mungkin cara ni je boleh. Setahu dia Qesha yang dia kenal bukan yang macamni. Tapi kenapa tiba-tiba je dia macam ni.
Qesha buat tak tahu dan terus keluar daripada kelas. Seketika dia berhenti dan menoleh ke belakang.
"Jaga diri Farah."
Lepas berkata begitu Qesha beredar dan tak toleh kebelakang lagi. Nazrin memegang dada. Hatinya terasa sakit dan perit. Qesha nak tinggalkan dia. Lepasni siapa yang nak hiburkan dia di hari-hari yang mendatang? Tak semena-mena air matanya mengalir.
Farah yang masih disitu hanya memerhati. Lama dia perhati.
"Kau suka dia kan sebenarnya?"
Nazrin angkat muka. Lama dia mendiamkan diri. Manakala Farah masih menanti jawapan. Daripada pemerhatian Farah dia tahu Nazrin sukakan Qesha. Siapa je yang tak suka Qesha. Dia baik bukan macam Farhana.
"Haah aku suka dia. Pegang kata-kata aku. Sejauh mana dia pergi aku akan cari dia dan jadikan dia milik aku satu masa nanti." Bingkas Nazrin bangun dan keluar kelas.
Terpinga-pinga Farah disitu. Tapi tak lama bibirnya mengukir senyuman. Aku doakan kebahgiaan korang satu masa nanti.
YOU ARE READING
Kekasih Ku Gendut
Romance"Awak tak kenal saya?" Soalnya lagi "Eish, berapa kali aku nak cakap yang aku tak kenal kau? Dah la sana la serius serabut aku dengan insan bergelar lelaki ni." Huru-hara hidup Qesha apabila seorang lelaki yang bernama Nuqman tiba-tiba sahaja muncu...