Biarla gendut, gendut-gendut mikat hati tahu!Tubuh dihempas kasar diatas katil. Qesha meletakkan tangan diatas kepala. Stress!. Menyesal pula rasanya ikut serta berkumpul bersama keluarga Aunty Rania tadi.
"Dasar gila. Dah kasanova tu kasanova jugala." Bebel Qesha sendiri. Masih dia ingat apa yang berlaku sebentar tadi.
Sedang sibuk Qesha mengemas pingan makan mereka. Nazrin meminta izin Aunty Rania untuk bersembang dengan nya. Terkejut? Tipula tak terkejut. Tapi Qesha cuba positif. Dia mengikuti langkah Nazrin ke pool yang tersedia diluar rumah.
Nazrin senyum sebaik melihat Qesha mengikutinya.
"Hai Aqilah Aqesha," sapa Nazrin riang. Kakinya dimasukkan perlahan ke dalam pool. Suasana malam buatkan kesejukan air kolam semakin bertambah. Rasa nk melompat je terjun mandi. Aish.
Berkerut kening Qesha apabila Nazrin menyebut nama pernuhnya.
"Ma...macam mana kau tahu nama pernuh aku?" Soal Qesha terus.
"Saya Nazrin Nuqman takkan awak tak kenal?" Soalan dibalas dengan soalan.
Qesha berdecit
"Tak kau siapa sebenarnya?"
"Awak tak kenal saya?" Soalnya lagi.
"Eish, berapa kali aku nak cakap yang aku tak kenal kau? Dah la sana la serius aku serabut dengan insan bergelar lelaki ni." Qesha terus menoleh hendak beredar.
"Qesha, takkan awak langsung tak ingat? Siapa saya?" Nazrin bingkas bangun dan tangan nya segera menarik pergelangan tangan Qesha. Pantas sahaja Qesha menoleh dan menampar wajah Nazrin.
Turut naik nafas nya menahan geram. Nazrin tegamam.
"Aku dah cakap kan. Aku tak kenal. Nuqman Nazrin yang aku kenal dia gemuk. Tembam dan lain daripada kau. Eish susah betul cakap dengan orang tak faham bahasa ni."
"Lepastu kenapa mama saya awak boleh kenal? Macam mana tu?" Nazrin mepersoalkan lagi. Qesha terdiam seketika. Malas mahu melayan. Qesha terus melangkah masuk ke dalam rumah.
Nazrin menumbuk dinding yang ada. Geram betul dengan sikap Qesha. Susah sangat ke nak mengaku yang dia sebenarnya kenal siaapa diri Nuqman Nazrin ni?.
Qesha menghembus nafas. Pening kepala. Datin Narzira ada dua orang anak lelaki kembar.. Tak mustahil yang tadi mengaku dirinya itu Nazrin adalah abang nya. Sebab nama mereka hampir-hampir sama. Dan muka mereka hampir sama. Bezanya. Nzarin gemuk dan abang nya itu kurus. Itula perkara yang pernah diceritakan oleh Datin Narzira. Mustahil la. Nazrin boleh kurus secepat itu dan Nazrin yang dia kenal bukan nya playboy. Hm.
---
Mata dipejam. Kepala disandarkan pada kerusi kerja. Banyak betul kerja yang perlu dilakukan. Penat.
"Penat?"
Mata yang tadinya terpejam terus terbuka kembali.
"Hell, terkejut aku. Bila kau masuk bilik aku ni? Aduyai memang tak reti eh bagi salam ke kau islam atas nama je ni."
Dada dipegang kejap. Amboi lelaki ni kalau bagi ayat sentap saja. Tapi perempuan keliling pinggang juga.
"Aku dah ketuk okay, kau tu je yang tak sedar. Kenapa kau ni? Aku tengok macam ada masalah je?"
Nazrin membetulkan posisi duduk nya. Adrian anak Aunty Rania dipandang. Budak bertuah ni kadang rasa nak bebel juga. Bukan apa mana reti balik rumah. Selepas kejadian ayah nya meninggal dunia 5 tahun lepas. Dia langsung tak menjejakkan kaki nya ke rumah Aunty Rania.
"Aku cuma serabut fikirkan sesorang." Jujur Nazrin.
Sesorang? Siapa pula difikirkan malaun ni. Setahu diala. Lelaki dihadapan nya ini mana pernah nak serabut kan kepala fikirkan perempuan. Yang dia tahu pergi habiskan duit Maklong dengan belanja semua perempuan yang dia baru kenal. Hampeh!.
"Maksud kau?"
"Kau ingat tak Qesha, instafamous tu? Tapi sekarang dia dah tak on Instagram dia sebab malas nak jadi tumpuan orang ramai lagi."
Adrian memegang dagu dia. Seketika dia cuba mengingati siapa gadis yang baru disebut oleh sepupunya itu.
Nazrin pula menanti dengan sabar.
"Jap, dia ke yang mak ayah dia meninggal masa dia form 4? Lepastu dia tinggal dengan mak saudara dia masa form 5? Then kena halau dengan mak saudara dia lepastu mak aku kutip dia tinggal dengan mak aku? Sebab nama dia macam nama anak angkat mak aku cuma aku masih tak berpeluang jumpa dia."
Nazrin tercenggang. Kejap. Jadinya dulu Qesha cakap nak pergi jauh tu? Dia...
"Dia ada ambil spm tak weh?"
Adrian pandang Nazrin. Kepala nya digelengkan. Sebab setahu dia. Mummy pernah bercerita dengan dia melalui Whatssap tapi dia hanya membaca dan bluestik. Kejam? Tapi kejam lagi mama nya.
"Macam mana kau tahu semua ni?" Soal Nazrin lagi.
"Aunty Rania tu mak siapa? Takkan mak kau pula kan?" Sinis sahaja suara Adrian menyindir.
Nazrin ketawa hambar.
"Mengaku pun tu mak kau. Tapi tak pandai pula nak balik jenguk mak kau tu. Nanti kalau mak kau dah takda baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah." Bebel Nazrin geram.
Adrian bingkas bangun.
"Kau tahu kan apa dia buat sebelum papa aku meninggal. Kau ingat mudah ke aku nak terima semua tu? Kau takkan faham apa aku rasala!."
"Weh, chill aku cuma nasihat je. Jangan la marah." Balas Nazrin.
Adrian hanya diam. Pintu bilik Nazrin dipulas kasar. Dan dia terus membolos keluar daripada bilik sepupunya itu.
Nazrin bersandar kembali. Tak faham aku dia ni. Desis Nazrin sendiri.
P/s: apa yang Aunty Rania buat eh? Btw kesian Nazrin kena tampar. Hahaha maybe tu layak kut untuk para lelaki kasanova betul tak hahah😂
YOU ARE READING
Kekasih Ku Gendut
Romance"Awak tak kenal saya?" Soalnya lagi "Eish, berapa kali aku nak cakap yang aku tak kenal kau? Dah la sana la serius serabut aku dengan insan bergelar lelaki ni." Huru-hara hidup Qesha apabila seorang lelaki yang bernama Nuqman tiba-tiba sahaja muncu...