LAMA rasanya tak menulis. Hari ini Qesha membuat keputusan untuk menghabiskan masa cuti nya dengan menulis. Macbook warna merah jambu yang diberikan oleh Aunty Rania semasa hari ulang tahun kelahiran nya dibuka.
Habuk yang ada sedikit diatas keyboard ditiup dan dilap guna kain putih yang kebetulan ada disitu. Satu sikap yang tak dibuang daripada dulu. Bedal sajala. Sebaik Macbook On sepenuhnya. Qesha klik aplikasi Google Chrome. Perkataan Wattpad ditaip. Selesai masukkan username dan password. Qesha senyum simpul. Bersyukur rasanya. Walaupun dah lama dia tak menulis masih juga ada yang menanti sambungan cerita nya. Demi Redhanya. Itu tajuk yang Qesha pilih untuk karya nya yang ke enam.
Tak tunggu lama. Qesha terus mula menaip dan mencurahkan segala idea yang telah lama terkumpul di dalam minda.
Sementara itu Aunty Rania sibuk menyusun peralatan dapur bersama pembantu rumah nya. Acik bibah. Gula dan garam dimasukkan ke dalam bekas yang sedia ada.
"Asalamualaikum."
Aunty Rania menoleh. Acik Bibah turut menoleh. Siapa pula datang petang-petang macam ni. Segera langkah diatur ke pintu utama. Langsir tingkap diselak sedikit. Terjebul wajah anak saudaranya bersama bunga ditangan. Amboi budak bertuah ni. Jarang-jarang nak datang menjenguk mimpi apa pula dia ni. Jangan-jangan...
"Makngah sampai bila makngah nak menghendap dekat langsir tu?" Soal Nazrin yang telah masuk ke dalam rumah. Terhinjut bahu Aunty Rania. Acik Bibah mengangkat tangan. Simbol peace ditayangkan.
"Puan lama sangat termenung dekat situ. Jadi saya tolong la bukakan pintu untuk Tuam Nazrin." Beritahu Acik Bibah yang seakan tahu Aunty Rania hendak bertanya.
"Haih, takpela ha apa kenapa kamu datang ni? Jarang-jarang kamu nak datang menjenguk makngah ni."
Aunty Rania terus melangkah duduk disofa. Acik Bibah pula menuju ke dapur. Nak bancuh air katanya.
Nazrin daripada matanya meliar kiri kanan. Aunty Rania hanya mampu gelengkan kepala. Dah tahu sangat dah niat budak mi datang sini. Ada saja benda dia nak buat.
"Cari siapa?" Tegur Aunty Rania terus.
Nazrin pandang Aunty Rania.
"H...ha? Takda siapa. Makngah sihat ke?" Soal Nazrin cuba menutup gugup.
"Mama, dekat dapur tu ada buah epal kan? Sebab tadi Qesha nampak atas meja masa mama balik beli barang dapur dengan Acik Bibah."
Qesha berdiri di tepi tangga bersama buku ditangan. Tergamam dia seketika apabila bertembung mata dengan Nazrin. Cis! Mamat ni lagi. Aduh payah betul bila Aunty Rania ni makngah dia. Nak halau pun bukan boleh. Nanti dikata lebih sudu daripada kuah pula.
"Haah sayang ada je atas meja tu pergila ambil makan. Memang mama beli untuk Qesha pun." Jawab Aunty Rania lembut. Sambil-sambil tu mata dia jeling memandang anak saudaranya. Mata tu! mata. Sabar jela. Tak mahu lepas eh.
"Baiklah mama. Terima kasih." Qesha tak tunggu lama terus menuju ke dapur.
"Eh awak! Kejap-kejap." Kelam kabut Nazrin bangun dan menghalang jalan Qesha.
Langkah Qesha terhenti. Dia angkat kening. Muka Aunty Rania dan Nazrin ditelek satu persatu.
"Nah, ni untuk awak." Jambak bunga rose yang tadi nya kemas dalam pelukan diserahkan pada Qesha.
Qesha masih kaku disitu. Sekejap. Apa masalah malaun ni? Tiba-tiba je nak bagi bunga bagai. Demi menjaga hati makngah. Qesha ambil bunga yang Nazrin beri. Selepas mengambil jambak bunga tu Qesha berlalu ke dapur.
Nazrin berdecit. Sombong betul Qesha ni.
"Awak, nak nombor telefon boleh?" Pinta Nazrin selamba.
Aunty Rania tampar dahi. Budak bertuah ni. Bikin malu betul.
"Untuk apa?"
Buah epal yang ada dalam bakul diambil dan digigit lembut. Agaknya demam kut lelaki ni nak minta nombor bagai. Ingat dia nak bagi ke? Memang tak la.
"Senang saya nak text awak kalau saya rindu nanti." Balas Nazrin jujur.
Amboi lelaki ni. Mudah betul dia cakap eh. Memang macam ni eh cara kasanova nak mengurat. Harap muka je handsome tapi cetek pemikiran. Buat tak tahu saja la Qesha dengan lelaki macam dia ni. Buku novel tebal yang bertajuk Intai-intai jodoh diambil dan dibawa untuk masuk ke bilik bacaan semula. Kalau duduk luar lama-lama boleh hilang segala idea dia. Lagi-lagi layan lelaki gila macam dia ni.
Nazrin hanya memandang Qesha tanpa lepas. Aduh, susah betul nak pikat hati perempuan yang seorang ni. Kalau yang lain tu senang je. Bagi ayat manis sikit dah melekat. Kenapa la hati kau keras sangat Qesha oi.
"Lain kali cuba guna cara yang proper sikit kalau nak mengurat anak dara? Ni tak siapa je nak layan kalau cara macam beli ikan dekat pasar wahai Nazrin?" Sinis sahaja suara Makngah perli Nazrin.
"Alaa, makngah tolong la Naz. Susah betul la nak ambil hati dia hm."
Nazrin tarik kerusi meja makan dan duduk disitu.
Acik bibah yang baru selesai bancuh air diletakkan atas meja Aunty Rania dan Nazrin berkumpul.
"Naz, Qesha tu kan hati dia beku tahu. Dia bukan jenis mudah jatuh cinta. Jadi kamu kena la pandai main helah dengan dia baru menjadi." Nasihat Acik bibah.
Aunty Rania pula mengangguk setuju.
"Betul kata Acik bibah tu. Kita ni nak buat sesuatu kena la macam tarik rambut dalam tepung. Tepung tak berselerak rambut tak putus. Ha begitu."
Nazrin hanya menghembus nafas lelah. Takpa tak dapat cara ni kita cuba cara lain. Kau tunggu jela Qesha.
P/s : lama betul tak menulis. Macam mana okay tak? Ada yang rindu Qesha tak? Hahaha. Macam mana eh playboy nak rendah kan ego permpuan yang tinggi melangit ni? Aih qesha ii
YOU ARE READING
Kekasih Ku Gendut
Romance"Awak tak kenal saya?" Soalnya lagi "Eish, berapa kali aku nak cakap yang aku tak kenal kau? Dah la sana la serius serabut aku dengan insan bergelar lelaki ni." Huru-hara hidup Qesha apabila seorang lelaki yang bernama Nuqman tiba-tiba sahaja muncu...