7||Si tunang

14.2K 727 46
                                    

Diana terbangun dari tidurnya lalu dia melihat jam di dinding biliknya . Jam telah pun menunjukkan pukul 6 petang.

Tanpa melengahkan masa , terus Diana bangkit dari katilnya.

"Hmm...nk masak apa ya? "kata Diana sendirian.Puas dia memikirkan menu untuk dimasak. Akhirnya dia mengambil buku resepi di dalam kabinet , dibelek satu persatu gambar makanan yang ada .

"Haa.  Kari ayam pun sedapp"kata Diana . Terus dia menutup buku itu lalu mengambil semua bahan untuk memasak.

***

"Kari ayam ada,telur goreng ada,sayur ada,air ada,dessert ada,konklusinya semua ada"kata Diana sendiri. Matanya memandang semua hidangan di atas meja.

"sedap nya bauuuu kari ayam adik niii "kata papa.

"tengok lah siapa masakk"Usik Diana kepada papanya.Papa hanya tergelak mendengar balasan Diana.

"Dahh, pergi naik bersiap dulu , nanti turun balik ya"kata Mama . Diana mengangguk kepala sahaja.

"pakai buruk buruk tak boleh ke mama?"soal Diana

"ish budak ni, mama cubit nanti"kata Mama . Diana sudah menggeleng sambil tertawa.

***

"Dee lambat lagi ke ? tetamu dah sampai ni"kata mama di hadapan pintu bilik Diana

"ya kejapp!"balas Diana sambil tangannya membaiki awning tudung yang berwarna kelabu itu.

"Ha ...turun pun anak mama "kata mama yang berada di sebelah papa. Diana sekadar memberikan senyuman sahaja, malu apabila melihat tetamu di ruang tamu itu.

"Ni la Diana"kata mama apabila Diana berjalan ke arah mereka.

" Cantiknya Diana"kata tetamu perempuan itu ..Diana menyalam tangan tetamu perempuan itu. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

Setelah itu dia mengambil tempat di sebelah mama.Pandangannya terarah kepada seorang lelaki yang sedang bermain dengan adik perempuannya .

Sedang Diana melihat lelaki itu tiba tiba lelaki itu mengangkat muka nya dan pandangan lelaki itu tepat ke arah Diana. Diana seakan akan terkena renjatan elektrik. Terkejut!

'Ya Allah....bala apakah iniiiii'kata Diana dalam hatiii

***

Azim pov

Azim mendengar mamanya memuji diana "lawanya diana"Ya dia sudah tahu bakal tunangnya itu Diana.

Setelah habis melayan adiknya si Aurora yang sedang bermain game itu , dia mengangkat muka untuk melihat mereka yang sedang berbual.

Namun matanya bertembung dengan mata Diana , jelas muka Diana sangat terkejut. Azim menjeling Diana yang sedari tadi memerhatikannya.

"Abang Azim, Rora nak tengok didi"kata Aurora sambil menghulurkan telefonnya.

"Afnan ni anak bongsu aku nama dia Aurora , budak ni manja dengan azim, sebab si azim ni suka melayan si Aurora ni"kata papa

"Ooo iya ke, nanti boleh la Aurora main dengan kak Diana.Kesian dia takada adikk "kata Afnan

"Boleh ke rora nak main dengan kak Diana Papa?" Tanya aurora excited

"Bolehhhh"jawab papa Aurora lantas bangun dari riba Azim lalu berlari ke arah Diana.

End azim pov

Tiba - tiba Aurora berlari ke arah Diana
"Akak Diana jom kita tengok didi nak?"kata aurora.Diana tersenyum melihat kecomelan si Aurora

Headprefect Mr Ceo (edit)Where stories live. Discover now