15||balik rumah

11.3K 599 16
                                    


     Diana tersedar dari tidurnya . Jam di dinding sempat dikerling olehnya, sudah pukul 5 pagi. Tanpa membuang masa , Diana segera mengambil tuala dan bergerak ke tandas.

Selesai solat subuh, Diana membuka telefonnya, dia membalas semua chat daripada ahli keluarganya.Setelah selesai, dia melangkahkan kaki ke dapur .

"Assalamualaikum mama"sapa diana kepada Tengku Sofia yang sedang memotong sayur

"Ah ,morning dee"balas Tengku Sofia

"Mama nak dee tolong ke?"soal Diana

"Boleh , diana tolong potong ayam tu"ujar lalu menunjukkan ayam yang berada di dalam singki.

Setelah selesai memotong ayam , Diana memberi ayam kepada mama yang sedang menumis bawang . Setelah itu dia menolong mencuci sayur yang sudah dipotong.

Selesai sahaja memasak, Diana memcuci peralatan yang sudah digunakan.

"Diana tolong panggil kan azim dekat bilik dia boleh? haura dengan aurora ikut papa dia pergi jogging"kata Tengku Sofia

Diana mencebik , kenapalah dia perlu memanggil Azim lagi, biarlah lelaki itu duduk dalam bilik tu , susah sangat nak keluar sendiri.

"Okay mama"ujar Diana . Dengan terpaksa dia melangkah ke arah bilik Azim.

"nak ketuk ke ? kalau dia marah aku kacau dia macam mana? nak patah balik? tapi mama suruh panggil"

Akhirnya Diana memilih untuk mengetuk pintu, baru sahaja tangannya ingin mengetukk tiba tiba pintu itu dibuka 'ktak' , Diana kaku buat sementara namun setelah itu , cepat - cepat dia mengalihkan tangannya . 'Nasib baik tak ketuk dada dia'ujar Diana dalam hati.

"Mama suruh turun "kata diana dengan perasaan beredar , langsung tidak dipandang wajah tampan milik tunangnya itu.

Tanpa membuang masa , Diana terus membelakangi Azim dan bergerak pergi dari situ dengan langkah yang laju. Namun dia terhenti kerana lengannya di tarik oleh Azim.

"kau dah kenapa laju laju ni , tak nampak ke tangga tu? kalau jatuh macam mana?" soal Azim.

Diana terdiam seketika, dia juga tidak perasan . "sorry" ujar Diana. Akhirnya mereka berdua tiba di meja makan.

"Diana , Azim , lagi tiga bulan nak spm kan?"Soal Tengku Sofia

Diana dan Azim hanya memberikan anggukan . Mereka berdua lebih memilih untuk tidak membuka mulut .

"Lepas spm nak kahwin ke sambung belajar dulu?"

"Huk huk"kata kata Tengku Sofia membuatkan Diana tersedak . Apa win?

"Awak ni sofia, apa tanya soalan macam tu, dah tersedak Diana dibuatnya"kata Tenku Faiq

"Hehe saya dah tak sabar nak jadikan diana ni menantu saya la, awak tahu apa"ujar Tengku Sofia dengan sengihan.

"Sambung belajar dulu mama, nak tanggung anak orang"ujar Azim membuatkan Diana merasakan sesuatuu. Azim nak kahwin dengan dia ke?


• • • • •

Sudah tiga hari Dianatinggal di rumah keluarga Azim , harini waktu untuk dia pulang ke rumahnya. Gembira dia tak terkata.

"Diana dah siap kemas?"Soal Tengku Sofia yang baru masuk ke dalam bilik itu.

"Dah mama"balas Diana dengan senyuman

"amboii berseri - seri yaa muka dapat balik, kenapa , tak suka duduk rumah mama ke?"soal tengku Sofia

"ehh mana adalah mamaa, Diana rindu mama dengan papaa, tak sabar nak jumpa diorang"kata Diana

"iyalahh , dahh jom turun" kata Tengku Sofia

"Terima kasih mama ,papa sebab bagi diana tumpang sini,halalkan makan minum diana, minta maaf susahkan mama dengan papa" ujar Diana kepada Tengku Sofia dan Tengku Faiq

"Apa susahnyaaa,diana nak duduk sini hari- hari pun mama tak kesah laa"ujar Tengku Sofia

"Betul tu diana, aurora dengan Haura pun happy dapat luangkan masa dengan kamu"jawab Tengku Faiq

"Alaa kak dee,aurora nak main barbie dengan kak dee .. nangi akak datang lagi yaa?"kata aurora yang memegang hujung baju Diana.

"InsyaAllah auroraa" balas Diana dengan senyuman manis

"tu, datang dahh"kata Tengku Faiq

Diana mengalihkan pandangan ke arah kereta yang baru sahaja masuk ke perkarangan rumah. Bila pula ayahnya membeli kereta baru?

"Abang pawi??"ujar Diana terkejut apabila sosok tubuh itu keluar dari kereta .

Abang safawi hanya tersenyum lalu menyalami tangan papa faiq and azim

"Ohh safawi baru balik ke?"kata papa faiq

"Haah baru balik..pastu mama suruh tolong ambik diana kejap"Ya Allah aku rindu suara dia ...

"Okay lah aunty uncle , kami mintak izin pergi dulu"Kata Safawi lalu mengangkat bag milik Diana

"Assalamualaikum mamaa!"bergema suara Diana di dalam rumah itu.

"Mama!!!!"Dia berlari ke arah ibunya yang berada di dapur, dipeluk erat tubuh wanita itu.

"Amboi anak dara mama ni , baru berapa hari dah rindu"ujar mama

"Mestilaaaa mama masak apa ? Dee dah rindu masakan mamaa" kata Diana

"Mama masak ayam kari la ..dah pergi naik atas dulu ,rehat" ujar mama

"Okay mama, mana papa?" soal Diana

"Papa ada dekat atas, mandii"balas mama

"mamaa, bila masa abang pawi balik rumahh?"Soal Diana hairan .

"pagi tadi dia balik, haa pergilah spendtime dengan abang pawi tu, Kamu kan rindu dia "kata mama

"mana ada Dee rindu dia, dah laa dee nak naik dulu mama, byee"kata Diana lalu dia melangkah meninggalkan dapur .

Headprefect Mr Ceo (edit)Where stories live. Discover now