18||malu

10.5K 587 9
                                    


"Kak diana bangunnnn"suara haura mengejutkan Diana dari tidurnya, dia baru sahaja melelapkan mata, gara- gara azim yang mengatakan villa itu banyak hantu, dia berasa takut .

"Worghhh ya ya" jawab Diana sambil menguap

"Ish ish , ni kalau abang azim nampak akak menguap cam ni tak jadi dia nak kahwin dengan akak"ujar Haura

"Lagi bagus hehe"balas Diana

"Ehh tak bolehh..hanya akak saja yang boleh jadi kakak ipar haura"ujar Haura lagi

"Eh ehhh ,ye la dan haura pun kene jadi kakak ipar kak dee"Balas Diana lagi

"Aik apasal pulakk?"kata Haura pelim

"Eleh ingat akak tak tahu haura suka kat abang rafael..."balas Diana

"Ehh mana ada"kata haura lalu melangkah kan kaki ke dalam tandas. Nak lari lah tuu . Mesti Haura tak tengok lagi gambarnya yang Diana snap semalam.

Sesudah mandi dan bersiap, mereka berdua mengambil sarapan dahulu, ini la jadinya bila bangun lewat dari yang lain, sudah kena tinggal.

"akak tunggu ya , nanti akak tidur haura snap banyak - banyak, buat stok bila akak dah kahwin dengan abang Azim nanti" balas Haura

"nye nye nye, sebelum kahwin gambar tu hilang"kata Diana

"amboi lewatnya anak dara bangun"kata Rafael yang baru sahaja masuk

"Haura yang lambat bangun"balas Diana

Haura mencubit Diana namun di bawah meja, tidak mahu Rafael melihat.

"apa ni anak dara bangun lewat, macam mana nak kahwin" kata Rafael

"ntah haura, macam mana nak kahwin dengan raf-"sekali lagi Diana dicubit oleh Haura, nampaknya Diana cuba membalas dendam

"Haura bangun awal dahh, tertidur pulak waktu subuhh"kata Haura dengan senyuman

"ouhh , jangan biasakan tidur lepas subuh ya. Pergi la dekat luar tu, diorang tengah main bola tampar"kata Rafael , Diana dan Haura sekadar mengangguk . Selesai makan, mereka berjalan ke luar .

"Kak dee jom lah main bola dengan rora.."ujar aurora yang sedang memegang bola bewarna pink . Sangat comel!

Tapi masalahnya , Aurora sedang bermain bola bersama abangnya, Azim.

Aurora berlari ke arah Diana , Kakak ,jom la main dengan rora"ditarik tangan Diana untuk mengikutinya.

"roraa taknak main dengan abang?"soal Azim .

"rora nak main dengan abang azim, dengan kakak Diana"balas Aurora . Diana sudah menelan air liur, dia sangat malu dan kekok berada dengan dua beradik itu.

Haura pula sudah hilang , bersama Rafael barangkali.Gatal ya Haura . Haura mengugutnya untuk memberi gambar kepada Azim, Diana juga boleb memberi gambar Haura kepada bakal suaminya. MOOD JAHAT ON . Ibu bapa mereka pula hilang ke mana, ini percutiam keluarga atau percutian ibubapa.

"Akak diana"jerit Auroraa

"aduh"jerit kecil Diana apabila bola sudah terkena pada dahinya .

"ya Allah Diana"kata Azim

"abangg ni sapu tangan rora"Auroraa menghulurkan sapu tangan miliknya kepada Azim . Dahi Diana sudah kotor dengan pasir

"pasir masuk mata ... Azimm"Diana menggenggam baju milik Azim dengan kuat.

"sini "kata Azim lalu dia mengelap wajah milik Diana. Sambil itu, dia meniup lembut wajah Diana untuk menghilangkan pasir . Namun, tiada siapa tahu waktu itu jantung Azim sudah berdegup kencang.

"cuba buka mata"kata Azim . Diana membuka matanya dengan perlahan lahan.

"Dah okayy, thankyou Azim"terima kasih Diana di balas dengan anggukan
"rora mintak maaf, rora terbaling kuatt"kata rora dengan menyatukan kedua - dua tangannya

"takapa lah sayang, bukan salah aurora"kata Diana dengan senyuman .

"hashtag done share dalam group family"kata Haura . Diana menjeling Haura . Budak ni memang nak kena .



***


"Movie?"soal Diana

"Ya , nak tengok cerita hantu . Tadi kitorang tengok TV tu ada netflix"kata abang Zaquan

"Tak nak lahh ..kenapa cerita hantu. Cari lah cerita rancak sikit"kata Diana . Mereka sudah tahu adiknya ini penakut, lagi mahu tengok cerita seram.

"Alahh, takapa nanti adik duduk tengah "kata Rafael . Diana diam buat seketika namun akhirnya dia setuju sahaja.

"Diana tolong mama ambik sosej dekat freezer kejapp!"ujar mama

"Okayyy mama"sahur Diana lalu melangkahkan kaki ke arah dapur .

Ya Allah , dia ni memang jodoh Diana ke , mana- mana tempat, ada sahaja jejaka tampan itu.

Diana mengalihkan pandangan apabila Azim melihatnya.Dengan segera Diana mengambil sosej yang diminta oleh ibunya, terus dia melangkahkan kaki keluar rumah. Malam ini mereka buat bbq.

"Ha datang pun diana , azim"

Azim??? Dia kat mana ? Diana menoleh memandang ke sebelahnya , maksudnya tadi azim berjalan dengannya?

"Nah sosej "Diana menghulurkan bekas berisi sosej kepada mamanya.

"Diana dengan Azim tolong bakar sosej tu dekat sana...papa dah sediakan barang"ujar Tengku Maisarah.

Diana bergerak arah tempat membakar itu.Dia tidak pernah membakar sosej.

"sini aku tolong" ujar Azim. Diana memberikan ruang untuk azim.

Dia mengambil sosej yang telah diperap itu lalu meletakkan di atas tempat membakar

"Kau ambik kipas tu , kipas sosej ni "arah azim

"Ouhh okay"Diana mengambil kipas lalu mengipas sosej tersebut seperti yang diarahkan oleh Azim

"Arhhh"tiba tiba bara api yang berada di dlm tempat membakar itu terbang terkena tangannya.

"Ehh kenapa?"soal Azim cuak.

"Ni bara api ni kene tangan aku..pedihhh"jawab aku

"Ish kau ni ..jangan la kipas kuat sangat ..tengok sini , luka ke?"soal Azim

"Takk ..sikit je"balas Diana

"Sikit apa nya merah dah tu. Dah kau pergi duduk sana biar aku buat..sapu ubatt "ujar azim

"taknak , aku nak try bakar sosej"balas Diana . Azim menggeleng

"Degil jugak eh kau ni"kata Azim lagi

"Haah memang pun"balas Diana lalu dia sambung mengipas sosej itu namun lebih perlahan

"nanti muka kau hangus duduk depan api ni"kata Azim

"tipu"balas Diana

"tak tipu"kata Azim

"betul - betul hangus ke?"soal Diana ingin tahu sebetul - betulnya .

"iya, tak percaya google"kata Azim

"kalau macam tu , kau bakar lah . Aku nak tengok je"balas Diana . Azim mengangguk, tanpa Diana sedar lelaki itu sudab tergelak kecil .


tbc

Headprefect Mr Ceo (edit)Where stories live. Discover now