8 APRIL 2017, 08.00 am, MAYA
"Apa dah jadi ini? Ariana!!!" tengkingku.
"Saya tak tahu apa-apa. Tiba-tiba sahaja gua itu mula runtuh sejurus Lu Ren keluarkan kunci. Sekarang satu pulau itu mengalami gegaran, tengok dari sistem, mungkin akan terdapat gempa bumi. Kalau tengok dari bawah laut, macam bakal terdapat letusan lava." Balas Ariana yang ketika ini sedang kelam kabut membaiki sistem.
"Macam mana boleh berlaku? Ini bukan yang kita rancang. Aku tak pernah program benda ini." Balasku terkejut. Aku cuba juga masuk kembali dalam programming tetapi sia-sia. Ianya ditendang dan error.
Tiba-tiba terdengar suara orang berdekah. Mata aku terus tertacap dekat Zack yang sedang duduk di mejanya. Apabila dia berpaling dari kerusinya, dia sedang tersenyum. Senyum sinis.
"Kenapa kau tergelak? Ini angkara kau ke?" pekikku.
"Memang. Ini semua angkara aku. Aku yang kacau programming. Lepas itu, aku hantar virus supaya tiada siapa yang boleh masuk dalam sistem dan ubah apa yang aku programkan. Aku nak bunuh mereka sekaligus. Bencana yang kau buat terlampau mudah. Budak-budak itu gifted. Mereka yang paksa aku buat macam ini. Mereka buat aku hampir gila. Hidup aku akan gembira kalau mereka semua mampus!!!!" katanya lalu tergelak.
"Kau memang gila!! Gila!!!" jeritku lagi.
"Kenapa? Kau akan menderita ke? Padan muka kau! Biar kau rasa macam mana hidup dalam kegelapan. Aku dah muak ikut telunjuk kau. Dasar tak sedar diri, kau itu cuma pengasuh. Layak ke kau aku panggil Prof? Bodohnya. Pergi mampus!!!" katanya angkuh lalu tergelak besar.
Bang...
Satu das tembakan dilepaskan tepat mengenai dahi Zack. Dia terus rebah. Aku terus memandang kearah Zakaria yang sedang menyimpan kembali pistol di belakang badannya. Dia membalas pandanganku.
"Kau buat apa yang patut. Tugasku sudah selesai. Aku sudah pastikan pertandingan ini berjalan lancar dan aku puas hati dengan hasilnya. Anggap sahaja pertandingan ini sudah tamat. Mereka berenam budak yang istimewa. Harta itu layak dijaga oleh mereka. Jika perlu, bawa masuk bantuan. Selamatkan budak-budak itu. Jangan ada yang mati." Kata Zakaria tegas.
"Ariana, mereka dekat mana?" soalku.
"Mereka berenam sekarang dekat persisiran pantai. Rasanya pulau ini tidak dapat bertahan lama." jawab Ariana.
"Hantar bantuan masuk." Arahku.
"Rasanya sudah terlambat. Akan berlaku gempa bumi di pulau ini kurang beberapa minit lagi. Bantuan sampai pun, paling cepat 30 minit. Tiada... Tiada apa lagi yang dapat kita lakukan." Balas Ariana. Dia sudah menghentikan menekan papan kekunci lutsinar. Tanda dia sudah berputus asa.
Aku terus terjelopok di atas lantai makmal itu. Aku tergamam dengan situasi yang sedang berlaku. Aku dapat lihat dengan jelas budak-budak itu sudah beberapa kali jatuh bangun kerana gegaran. Mereka kelihatan kesakitan dan ketakutan. Tidak tahu mahu berbuat apa-apa. Terus mengalir air mataku. Apa gunanya aku sebagai ibu. Gagal melindungi mereka. Mahu melindungi anakku sendiri pun, perlukan kebenaran. Bodohnya aku....
'Ya Allah. Aku tahu aku jahil terhadapmu dan gagal menjalankan tugas sebagai ibu. Tetapi kau tolonglah makbulkan doaku. Doa yang dipanjatkan sebagai seorang ibu. Tolong selamatkan mereka. Selamatkan anak-anak aku. Ini sahaja yang aku pinta. Kau ambillah nyawa aku sebagai galang ganti. Tiada yang lagi bermakna dalam hidupku selain melihat anak-anakku sihat dan bahagia.' Doaku dalam hati. Teresak-esak aku menangis.
Tiba-tiba muncul suatu susuk tubuh berhoody di skrin. Ianya terus menarik perhatianku. Kelibat yang sering kali menolong budak-budak itu. Aku terus gagahkan diri untuk bangun. Dia adalah harapan terakhirku. Dia perlahan-lahan berjalan mendekati budak-budak itu. Dia sepertinya mahu membuka hoody miliknya untuk menunjukkan siapa dia sebenarnya.
Pap...
Semua skrin di makmal itu serta merta gelap sambil perkataan error dipaparkan. Puas aku tekan butang-butang untuk memulihkan sistem tetapi seolah-olah tidak berhasil. Aku melihat radar. Budak-budak itu masih ada. Aku tidak boleh putus harapan. Makin laju tanganku menekan butang.
Pap...
Klip-klip pada radar yang menunjukkan keberadaan budak-budak itu telah termati. Aku terus meraung sekuat hati. Hilangnya klip-klip dari radar bermaksud jantung mereka telah berhenti berdenyut. Aku...aku... telah kehilangan anak aku.
"Bella!!!!!!!!!" laungku sekuat hati.
9 APRIL 2017, 08.30 am, MAYA (Hari kelapan)
Sudah sehari suntuk aku melakukan pencarian tetapi langsung tidak membuahkan hasil. Segala kerahan tenaga telah dihulurkan. Satu pulau sudah diredah tetapi hampa, langsung tiada apa-apa. Di pulau ini hanya tinggal pokok-pokok yang sudah tumbang sepenuhnya, tanah yang merekah dan batu-batu yang telah jatuh. Bantuan telah dihantar sejak jam 12 tengahari semalam apabila gempa bumi berskala besar sudah sepenuhnya reda. Letusan lava dari bawah tanah, aku berjaya kawal sebelum meletus. Aku masih lagi tidak berhenti berharap. Berharap akan sinar cahaya. Berharap anak-anak aku akan selamat. Bodohnya aku kerana mengorbankan darah dagingku demi kepentingan diri sendiri.
Aku tidak sepatutnya tamakkan harta. Aku sepatutnya melarikan mereka berdua sejurus sahaja Lu Ren sedar. Bukan mengikut serta dalam pembuatan pertandingan bodoh ini. 10 tahun masa yang telah aku korbankan. Aku sepatutnya berpuas hati dengan 20 peratus harta pusaka itu. Bukan terkejar-kejarkan lagi 80 peratus. Dulu aku sangkakan, hanya Lu Ren yang layak menguasai harta-harta itu semua kerana dia adalah pewaris terulung. Tiada siapa yang berhak menerima harta-harta itu kecuali pewarisnya yang sah iaitu Lu Ren tetapi aku silap. Tiada apa yang lagi bernilai dari keluarga. Benar cakap Bella, keluarga langsung tiada galang gantinya.
Aku perlahan-lahan menuju ketempat terakhir aku melihat anak-anakku didalam skrin. Kosong. Langsung tiada apa-apa. Aku sudah terduduk di persisiran pantai. Aku...aku nak kembali ke masa lepas. Akanku ubah segalanya. Aku menyesal. Sesalan yang langsung tiada pengakhiran. Masih adakah masa dan ruang aku meminta maaf pada anakku sendiri. Aku...aku.. Untuk sekalian kalinya, air mataku mengalir. Kepalaku ditundukkan. Biarlah aku habiskan sepanjang hidupku meratapi kebodohanku sampai mengorbankan anak-anakku.
"Mak... mak ke itu?" sapa seseorang dari arah belakang.
Aku cepat-cepat berpaling kebelakang.
"Bella..." ujarku perlahan. Aku terus bangkit lalu berlari mendapatkan anakku. Aku terus memeluknya dengan erat seolah-olah tidak mahu melepaskan dia pergi.
"Maafkan mak Bella. Mak berdosa dengan kamu. Mak minta maaf. Mak bodoh. Mak bodoh." Ucapku berulangkali.
"Mana ada. Mak langsung tidak bodoh. Sebab itu mak datang selamatkan kami. Mak sedar kesilapan mak. Mak pandai. Mak sedar sebelum semuanya terlambat. Mak adalah ibu yang paling bijak dan baik yang pernah Bella ada." Katanya menenangkan aku. Dia juga teresak-esak menangis.
Lama kami dalam keadaan berpelukan. Apabila aku rasa tangisku sedikit reda, barulah aku meleraikan pelukan. Sudah besar panjang anakku. Cantik dan bijak. Mataku aku halakan kepada Lu Ren. Aku ingin melihat keadaan anakku seorang lagi. Tetapi ada sesuatu yang pelik. Lu Ren... Lu Ren ada dua...
YOU ARE READING
DUNIA EKSPERIMEN
FantasyNovel ini mengisahkan tentang 6 orang sahabat yang berjumpa dan membesar di sebuah rumah anak yatim. Sepasang kembar, pasangan romantik, budak pelik dan budak cerdik. Di rumah anak yatim San Houstin hanya mempunyai 1 rules sahaja iaitu setiap kali w...