7 APRIL 2017, 08.15 am, BELLA
Imbas kembali...
"Apa kita nak buat ini?" tanya Kristen ketika itu.
Kami sudah acapkali terjatuh disebabkan gegaran. Bengong aku dibuatnya. Aku sendiri mati akal tidak tahu macam mana lagi mahu menyelamatkan diri. Kami sudah berada di persisiran pantai dan tiada lagi tempat untuk menyorok. Aku dapat melihat bahang kepanasan dari laut. Kalau aku tak salah, pasti ada lava di bawah laut hingga menyebabkan airnya panas sebegini rupa. Nak suruh Lu Ren hentikan masa pun tiada guna. Bukan boleh berambus dari pulau ini pun. Kena tunggu bantuan helikopter juga.
"Weyhhh... aku tak nak mati lagi." Balas Kristen.
"Tiada siapa yang akan mati. Mulut kau jangan cabul. Aku bunuh kau karang." Marah Damian.
"Ada beza ke kau bunuh aku sekarang ke nanti ke? Tetap mati." Balas Kristen.
"Boleh tak korang jangan bertekak!!" tengking Lu Ren.
"Boleh tak awak jangan menengking. Cakaplah baik-baik. Semua tengah panik ini." Tegur Ju.
"Ha iyalah... sorry" pohon Lu Ren.
"Okay." Balas Ju ringkas.
Tiba-tiba aku terdengar derapan tapak kaki seseorang mendekati kami. Kami berenam terus berpaling kearah bunyi itu terhasil. Muncul susuk tubuh orang yang seringkali mengenakan pakaian berhoody yang berkali-kali menyelamatkan kami dari ditimpa musibah. Nampaknya terdapat sinar harapan kami semua bakal terselamat. Dia perlahan-lahan mengangkat tangannya lalu mula membuka hoodynya yang selama ini menutup wajahnya. Aku terus berundur dua tiga tapak kebelakang kerana terkejut apabila melihat wajah sebenar susuk tubuh itu. Dia menjengilkan mata dan serta merta masa terhenti. Semuanya berhenti kecuali kami berenam. Dia terus berdiri betul-betul dihadapan kami.
"Nama aku Lu Ren. Aku datang dari masa depan. 10 tahun dari sekarang." Katanya membuka bicara.
Kami semua tergamam. Tiada siapa yang berani membuka mulut kerana banyak perkara yang bermain di minda kami. Lu Ren yang dihadapan aku bukanlah Lu Ren yang aku kenal. Mukanya penuh parut. Dia bermisai dan bertubuh sasa persis seorang tentera. Matanya buta sebelah. Wajahnya mendung. Dia seolah-olah sudah melalui banyak penderitaan. Dia menatap kami dengan pandangan penuh sayu.
"Apa yang terjadi dekat diri aku di masa hadapan? Kenapa? Kenapa aku jadi macam kau?" soal Lu Ren tergagap. Dia sudah mengalirkan air mata. Mungkin takut dan terkejut melihat dirinya sendiri.
"Kau jangan risau. Kau tidak akan jadi seperti aku. Aku jadi begini kerana 10 tahun lepas. Waktu era aku. Ketika aku masih lagi budak hingusan seperti kau. Ketika kawan-kawan aku mengorbankan diri mereka untuk selamatkan aku." Jelasnya.
"Korbankan? Kami dah mati ke? Aku tak faham. Apa sebenarnya sedang terjadi ini? Aku dah mati ke?" tanya Joseph pula. Dia juga seperti Lu Ren. Terkejut dan tergamam. Lagi-lagi mendengar perkataan 'mati' itu.
"Biar aku jelaskan. Kita hidup di era dan waktu yang berbeza. Aku juga pernah meyertai pertandingan ini suatu ketika dahulu. Aku dengan kawan-kawan aku. Kristen, Ju, Damian, Bella dan Joseph. Seperti korang, mereka sangat teruja mendengar habuan yang bakal mereka dapat. Mereka berjanji dan bersumpah untuk melindungi dan menjagaku. Katanya aku lebih faham ibu bapaku, kerana itu mereka mahu aku ikut. Disebabkan aku sayangkan mereka, aku turut serta. Aku lupa keluarga aku bukanlah calang-calang orangnya. Aku tersilap langkah. Semasa dalam perjalanan ke sana, semuanya lancar. Malam itu kami berparti dan sebagainya. Sehinggalah aku terlihat bayang kematian rakan-rakanku ketika Damian menyelamatkan aku dari rumah yang terbakar. Terdiam dan terkejut. Aku fikirkan aku dapat menghalangnya. Aku fikir aku dapat melawan takdir. Aku tutup mulut dan tidak mahu memberitahu mereka apa-apa. Seorang demi seorang dari mereka terkorban. Kematian mereka penuh trajis. Aku gagal menyelamatkan mereka. Sampai ke akhirnya, mereka tidak tahu perkara sebenar. Tentang kelebihanku. Hanya aku sahaja yang terselamat dalam pertandingan itu. Aku cedera parah. Tetapi bukan itu yang aku kisahkan. Aku sejujurnya menyesal dan penyesalan itu berlanjutan hingga ke hari ini. Bukan kunci keabadian yang sebenar-benarnya mereka mahu. Mereka mahu uji kamu semua. Kehebatan kamu semua dalam mengharungi bencana di pulau ini. Korang ingat tentang suntikan yang korang terima pada hari pertama korang jejakkan kaki di Pulau ini?" soal Lu Ren 10 tahun akan datang.
YOU ARE READING
DUNIA EKSPERIMEN
FantasyNovel ini mengisahkan tentang 6 orang sahabat yang berjumpa dan membesar di sebuah rumah anak yatim. Sepasang kembar, pasangan romantik, budak pelik dan budak cerdik. Di rumah anak yatim San Houstin hanya mempunyai 1 rules sahaja iaitu setiap kali w...